11 October 2014

Kau Jelita 9




BAB 9

Kalender di tangan dipegang dan ditenung lama… jari telunjuknya dihala dari satu tarikh ke satu tarikh. Seolah-olah sedang menghitung hari. Seketika kemudian jarinya dibawa pula ke bibirnya. Diketuk perlahan bibirnya sambil matanya memandang ke atas.

“Lagi dua hari…” Nisa menggumam perlahan.

“Apa yang lagi dua harinya? Tarikh kau nak nikah ke?” Tiba-tiba Fatehah muncul.

Nisa meletakkan semula kalender tadi di atas meja ruang tamu rumah mereka. Raut wajahnya masih kelihatan runsing sekaligus menarik perhatian Fatehah lagi.

“Kau kenapa?” soal Fatehah buat kali keduanya.

“Hurmm, lagi dua hari.”

“Apa nak jadi lagi dua hari?”

“Kiamat muncul.”

“Choi! Cakap macam amalan kau tu dah banyak sangat. Ada ke patut kiamat di buat main budak ni. Gila.” Bibir comel Fatehah mengomel tak puas hati. Ya la, apa taknya. Buatnya betul cakap Nisa tu mahu mati katak semua orang. Amalan tak cukup lagi dah nak kena hisab.

Nisa ketawa kecil melihat ‘ustazah tak diiktiraf perbadanan islam’ dihadapannya merungut tak puas hati.

“Tak la, lagi dua hari satu Mei. Maknanya…” Nisa sengaja tidak menghabiskan kata-katanya. Matanya memandang Fatehah yang kelihatan teruja mahu mendengar ayat seterusnya darinya.

“Maknanya?”

“Maknanya bermulalah kisah hidup malang aku sebagai OG insan yang bergelar mamat tak center tu. Luth.” Nisa menyambung kata-katanya. Matanya masih setia memandang wajah Fatehah.

Mulut Fatehah membentuk huruf O besar… masalah tu rupanya. Bilalah masalah manusia dua ekor yang tak berekor ni nak selesai? Yang seorang tak rela tapi terpaksa rela terjebak! Yang seorang lagi nak kata rela, macam main-main rela. Tapi kalau tak rela buat apa beriya dia nak wujudkan kontrak sengal tu? Nak pikat Nisa? Aku tak rasa Nisa yang down to earth tu taste dia. Taste mamat macam dia tu mestilah stok-stok model yang kain baju dia tu memang setakat cukup nak tutup mana yang patut je kan. Tipikal anak orang kaya. Apa motif si Luth tu? Fatehah menyoal dirinya sendiri.

Padahal soalan tu sepatutnya ditanyakan terus pada Nisa atau lebih tepat pada Luth!

“Jangan cik adiklah sayang. Rindukan bulan… bulanlah tinggi cik adik. Jauh di awan. Orang jauh jangan rindu, orang yang dekat dengarkan teman…” Telefon bimbit Nisa berbunyi.

Kening Fatehah terangkat sebelah. “Kau dah tukar ringtone kau Nisa? Apahal yang klasik benor bunyinyer teman dengar ni?”

“Tidur sebantal cik adik, sanggul berbunga. Kasih sayang hamba sembah… sirih dikapur tanda mesra…” Suara mendayu Ahmad Jais masih lagi berbunyi nyaring tanda belum diangkat.

Memang betullah taste Nisa bab-bab lagu ni tak boleh nak diduga. Kejap lagu indon kejap lagu klasik melayu zaman berapa puluhan entah. Jangan nanti dia layan black metal sudah. Mahu pengsan Fatehah dibuatnya.

“Kau ni bising la, Tehah. Aku pakai ringtone dulu kau bunyi. Aku tukar pun kau bunyi. Bila masanya kau tak bunyi?” bebel Nisa, tapi tangannya dengan cepat mencapai telefon bimbitnya di atas meja.

“Err, bila aku tidur aku tak bunyi la.” Fatehah mengekek perlahan.

Nisa menghadiahkan jelingan maut pada Fatehah. Skrin dihadapannya dipandang. Unknown calling. Nombor siapa pula ni? icon hijau disentuh.

Hello?”

Hello… Nisa.” Satu suara garau yang ala-ala seksi menyahut panggilan Nisa.

Mata Nisa terus celik sebaik sahaja mendengar suara pemanggil disebelah sana. Meremang bulu roma Nisa dengar suara seksi tu. Rasa nak tergoda pun ada. Glupp…

“Err, siapa?”

“Luth.”

Sesaat kemudian… bukan sesaat kau datang yang lagu Ramlah Ram tu.

Tut tut tut tut…

Luth tercengang.

“Kurang asam punya minah dia letak telefon aku tak sempat cakap apa-apa lagi pun. Nak kena dia ni.”

Luth tak puas hati.



Nisa terus menyentuh icon end call! Spontan tindakan dia begitu sebaik saja Luth perkenalkan diri. Fuh, kus semangat. Betullah Nisa tak cam tu nombor Luth sebab lepas insiden dia ambil iPhone  tu balik dia terus tukar sim card guna nombor dia yang lama dan yang pasti nama Luth bukanlah salah satu contact yang patut dia save

Dia ingat Luth tak tahu yang dia dah ambil balik telefon bimbit tu. Hari tu kan, Nisa ingat Luth dah balik. Padahal mamat kurang kasih sayang tu mana balik lagi. Kan elok je dia mengendap Nisa ‘kidnap’ balik telefon bimbit tu. Konon tak nak ambil tapi... masuk juga dalam tas tangan dia. Kantoi di situ.

Nisa menggigit hujung bibirnya.

“Mana Luth tau aku ambil balik benda alah ni? Eii, malunya!” Kepalanya diketuk perlahan. Nisa kemudian memandang lama iPhone di tangannya. Patut ke aku buang sekarang benda ni? Tapi…

Gila nak buang! Mahal wei… simpan Nisa… simpan. Satu suara menghasut.

Tapi nanti Luth tau kau dah ambil balik benda yang dia bagi. Mana kau nak letak muka kau nanti? You drop my water face you know. Suara lain pula menghasut.

Ala, kau buat muka kering macam roti sardin sudah, kalau mamat tu ungkit pasal telefon ni. Lagipun dia dah buang benda ni hari tu. Lupa ke? Maknanya, tak ada istilah bagi-bagi ni. Suara yang mula-mula tadi kedengaran balik.

Nisa tak tahu suara yang mana satu patut dia ikut. Ish, dilema wanita betul! Padahal pasal telefon bimbit aje pun. Nisa ni memang betullah kusut. Benda simple pun jadi payah.

Siapa cakap simple! Hello, apa benda yang melibatkan hamba ALLAH yang bernama Luth apa entah lepas tu ada Hadi. Benda tu bukan benda yang simple. Benda tu la yang paling complicated dalam dunia tahu!

Nisa termangu…

Ah, simpan sudah. Fikir lama-lama pun buang karan je. Pasal at the end pun mesti kau simpan jugak  kan benda tu Nisa?

Nisa tersengih. Eh, mestilah simpan. Benda free.

Case closed.

“Jangan cik adiklah sayang. Rindukan bulan… bulanlah tinggi cik adik. Jauh di awan. Orang jauh jangan rindu, orang yang dekat dengarkan teman…” Eh, eh… Ahmad Jais tu nyanyi balik la.

Kali ni Nisa terus angkat panggilan yang menjerit minta diangkat tu.

Hel…

How dare you hang up the phone? Dah lama hidup? Ingat saya ni tunggul ke apa ha? Ingat saya telefon awak ni bayar guna daun sirih nenek saya ke bayar bil telefon? Awak ingat saya suka sangat…”

One more word and you'll end up talking to the operator.” Nisa terus memintas bebelan Luth.

Luth terdiam terus.

Tahu takut Nisa letak telefon tu. Manalah Nisa tak ugut macam tu… hello pun tak sempat nak sebut disemburnya Nisa macam guna mesingan. Kalau lambat sikit Nisa hentikan bebelan Luth tadi… mati terkedang Nisa!

Satu saat… dua saat… tiga saat… krik… krik…

Sepi. Tak ada langsung suara baik di sebelah Luth mahupun Nisa. Yang ada hanyalah deruan nafas masing-masing menandakan kedua-duanya masih ada di tempat mereka.

“Tadi cakap banyak sangat macam tak cukup nafas. Ni diam pulak.” Akhirnya, Nisa yang memulakan bicara dulu.

“Hurmmm.”

“Hurmmm je? Kuih talam, jemput-jemput, cendol pulut ke tak nak jamu?”

“Hahaha…” Suara Luth ketawa kedengaran di corong telefon.

Nisa tersenyum.

Adoi, suka ek… buat lawak malam-malam.” Tawa Luth masih bersisa-sisa. Ada pula tanya macam nak pergi makan kenduri rumah orang Nisa ni. Sabar jelah.

“Mana ada lawak. Orang tanya je tadi. By the way? Main point telefon saya kenapa ya?”

“Nak ingatkan. Lusa dah satu Mei… kontrak tu dah berkuat kuasa lusa. Maknanya awak kena bersiap sedia.”

Nisa mencebik. Benda kecik tu pun nak ingatkan aku? Meluat! Menyampah! Aku tak lupalah… Nisa merengus perlahan. Kuat-kuat nanti Luth dengar pula lepastu tak pasal dia kena tuduh menderhaka dengan ‘majikan’ barunya itu.

“Nisa?”

Hello? Nisa…?”

“Awak ni memang suka mengelamun ke masa cakap telefon? Nisa!” Piching suara Luth dah mula meninggi.

Nisa tersentak.

“Ya, ya… saya ada kat sini. Nak makan apa breakfast nanti?”

“Nasi lemak. Susu rendah lemak kalori dengan karipap sepuluh ketul. Saya datang pukul 7.30 pagi tepat! That’s all. Bye.” Senafas Luth cakap.

Hello? Hello? Encik Luth?”

Tuttttttttttttt... Luth dah letak telefon.

Nisa mengusap perlahan dadanya. Mamat ni betullah mencabar iman dia yang tak berapa nak tebal tu. Sabar Nisa… orang sabar ganjaran dia syurga. Tapi masalahnya dengan mamat ni sabar tak pernah nak ada! Sakit hati tu ada la.

“Nasi lemak? Kuih karipap? Susu rendah lemak kalori? Well, hello! Aku breakfast pun makan roti kering cicah kopi’o je. Yang dia demanding sangat apahal? Macam aku ni buka kedai restoran. Tak ada mak ke budak sekor ni, sampai masak-masak pun aku nak kena buat. Anak terbiar kut dia ni, yalah kan dia tu kurang kasih sayang.” Nisa membuat telahan sendiri. Entah tepat entah tak. Wallahualam.

“Tapi mana sempat nak masak semua tu, bangun pagi pun dah lambat. Bilanya aku nak masak? Yang sedia ada sekarang ni pun Tehah yang tolong buatkan breakfast. Aku? Memang tak la kan…”

Kacau!

Nisa dah mula pening kepala memikirkan hari mendatang.

“Ah, tawakal sudah! Ada nasi lemak tu adalah. Kalau tak ada, aku jamu je dengan biskut kering dah.” Nisa membuat keputusan.

Ehem-ehem… jadi ke menu first day yang Luth order tu?



Luth tersenyum puas. Rasakan apa yang aku rasa. Tadi ikut sedap dia je letak telefon masa aku tak sempat lagi cakap sampai habis. Banyak kali dah kena. Biar dia pula rasa sakit hatinya bila kita tak cakap habis lagi orang dah letak telefon. Dah la tu, suka sangat mengelamun masa cakap telefon! Bazir betul kalau telefon minah seorang ni. Apa taknya… sepuluh minit telefon, yang cakap betul-betul dengan dia cuma dua minit je. Baki lapan minit penuh dengan jerit panggil nama Nisa nak bagi dia sedar.

Luth menggelengkan kepalanya mengingatkan keletah Nisa. Pelik betul. Tengah cakap telefon pun boleh berangan.

Telefon bimbitnya dilemparkan ke sebelah. Badannya direbahkan di atas katil. Kedua-dua tangannya dijadikan sebagai alas kepalanya.

“Macam mana agaknya rasa masakan Nisa tu? Pandai ke minah ni masak? Entah kuali dengan sudu pun tak boleh nak bezakan apa?” Luth ketawa kecil.

Melampau betul kalau sudu dengan kuali tak boleh beza. Kucing pun tahu beza kan dua benda alah tu. Apalah Luth ni… macamlah Nisa tu teruk sangat. Tapi betul juga, selama ini yang selalu masak Fatehah. Nisa mana pernah masak dekat rumah sewa tu. Ada kemungkinan juga apa yang Luth cakap tu betul!



 ----------------------------

TK:  Untunglarrr hidup kalau setiap hari boleh nak order breakfast macam tu kan? realiti bukan fantasi... dalam mimpi je laaa...

14 comments:

  1. Mengekek akak gelak tang ringtone Nisa tu. Adoii..klasik betul la si Nisa ni! Ermm..awat pendek sangat bab ni yang? X puas baca.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. faveret song of the year tu kak... jgn memain. hahaha. x pe2.. next bab sy kasi panjang sikit. ;)

      Delete
  2. rasa teruja giler... makin lama plotnya semakin menarik..

    ReplyDelete
  3. kesian pulak bagi makan biskut kering...bagi la biskut oreo keee...baru kelassss..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bikut kering cap ping pong ja yg ada dkt umah dia pagi tu..haha

      Delete
  4. Update laju2 ye cik writer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha... nak laju cam tu yer cik atie.. ;)

      Delete
  5. Update laju2 ye cik writer

    ReplyDelete
  6. Update laju2 ye cik writer

    ReplyDelete
  7. Hahaha..xhenti gelak baca bab ni..nisa mmg slumber je..bila akan kluar novel ni kak..xsabar sangat ni..keletah luthnisa sngat terhibur!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tq zawani. :) Sabar ya sama2 kita tgu..x lama dh ni.. ;)

      Delete
  8. ringtone tu memang tak bleh tahan..kelakar..

    seronok ada best friend cam Fateha...ceria hari-hariku

    ReplyDelete
    Replies
    1. ringtome tu legend tu..jgn memain..huhu. Kan? kawan yg forever ada tepi kita. ;)

      Delete