19 September 2014

Kau Jelita 8




BAB 8

“So, I think we are done… I better make a move now and see you later Mr. Hadi.” Peguam Luth, Mr. Krishen menyalami tangan Luth.

“Ya, sure… thanks for everything. I’ll call you later on.” Luth melemparkan senyuman kepada lelaki India tu dan menyambut salaman Mr. Krishen. Mereka berjabat mesra. Nisa hanya memerhati dari tempat duduknya.

Hadi? Apa nama penuh mamat tak center ni? Nisa mula tertanya-tanya. Ingatkan nama Luth je… Luth Hadi? Macam pelik je aku rasa… Hadi Luth? Ish, lagi tak ngam. Ke ada lagi nama tengah dia? Eh, berteka-teki pula pasal nama mamat tu. Kau tanya ajelah terus kan senang, Nisa…

“Cik Nisa. Nice to meet you…” Mr. Krishen menundukkan sedikit badannya tanda hormat kepada Nisa dan Nisa membalasnya dengan segaris senyuman.

Habis sahaja berbincang dengan peguam Luth dan semua syarat dalam kontrak OG tadi Nisa dah baca dan dah setuju semuanya selesai. Syarat apa yang Luth berikan pada Nisa? Tunggu…

Kini hanya tinggal mereka berdua. Nisa memandang lantai, Luth mengadah kepala… dua-dua kaku. Aik, dah jadi blind date pula ke? Cepat betul perkembangan mereka ni ya… Tapi yang sebetulnya Nisa langsung tak selesa berdua-duaan dengan Luth. Kalau ikutkan hatinya, nak aje dia angkat kaki cabut dari situ sebaik saja perbincangan mereka selesai tadi. Tapi! Misi kedua dia belum terlaksana lagi… misi pemulangan iPhone.

Nisa tak mahu membuang masa lagi. Lagi lama dia duduk dengan Luth, lagi tinggi risiko Luth nak kena hentam tu ada! Kang tak pasal kena saman lagi tiga puluh ribu. Nisa terus menyuakan iPhone pemberian Luth diatas meja makan. 

“Nah…”

“Apa ni?” Luth berkerut tak faham.

“La, tak tahu ke? Ni la biskut chipsmore.” Nisa menjawab sarkastik. Raut wajah tak berperasaan dipamerkan. Sahaja menambah sakit hati Luth.

Luth mengetap bibir. Loyar buruk betul la minah ni. Nampak saja macam minah kampung alim tapi bahasa boleh tahan. Aku tahulah biskut chipsmore tu rupa macam mana! Ingat aku bangang sangat ke?

“Saya tahulah ni benda apa. Yang saya maksudkan kenapa awak bagi dekat saya? Saya dah ada telefon bimbit sendiri.” Telefon bimbitnya yang sama canggih seperti Nisa ditunjukkan.

“Saya tak nak terima pemberian apa-apa daripada encik. So, encik Luth. Silalah ambil balik ya telefon ni.” Nisa menolak iPhone  tu kehadapan lagi sedikit.

Luth menggelengkan kepalanya. “Saya tak nak.”

“Saya dah ada handphone sendirilah. Tengok ni!” Nisa segera mengeluarkan telefon bimbit lain daripada tas tangannya. Telefon bimbit nokia 3310 atau lebih famous dengan  panggilan handphone tiga-tiga sekupang ditunjukkan kepada Luth.

Spontan Luth ketawa terbahak-bahak apabila Nisa menunjukkan telefon bimbitnya.

“Ini telefon baru awak? Yang ni? Awak ni hidup zaman batu ke apa guna handphone ni? Benda alah ni dah layak masuk musium tahu tak? Eh, ke memang kerajaan dah letak pun dekat museum untuk tujuan pendidikan?” Banyak soal pula Luth ni. Luth mencapai handphone Nisa dan membeleknya dengan pandangan menghina.

Nisa mengetap kuat bibirnya menahan marah.

“Awak… handphone ni kalau baling dekat anjing, anjing tu pun mati tahu. Kuno betul. Dah tak payah nak mengada guna yang saya bagi tu.”



Ah, ni dah melampau… Nisa mencebik tanda meluat. Berani dia menghina handphone aku! Agak biadap ya cara dia ni. Dia tak tahu ke aku macam nak gila punggah bilik aku semata-mata nak cari telefon buat pengganti telefon bimbit aku yang dia dah bagi rosak tu! Nasib baik telefon aku yang time sekolah menengah ni boleh pakai lagi. Sedap mulut dia aje cakap baling dekat anjing boleh mati. Meh sini aku try baling dekat kepala dia tengok. Hidup ke mati? Panas hati ni…

By the way… dah desperate sangat ke sampai save nama sendiri Encik Hensem? Tak rasa macam otak encik tu ada problem nak proses maklumat ke atau tak berapa nak center ke apa otak encik ni?” Nisa menyoal sinis. Tak apa Nisa. Tahan kejap marah kau tu.

“Pfttttt!” Tersembur air yang baru nak cecah anak tekak Luth… dia terbatuk kecil.

Nisa tersenyum kecil. Tapi sinis… padan muka kau. Mati tersedak pun tak apa. Lagi senang hidup aku.

“Oh… pasal tu ya?” Tisu dicapai dan dilap mulutnya.

“Bukan desperate, itu fakta namanya. Lagipun memang hensem apa saya ni?”

Nisa dah memegang kepalanya. Ya ALLAH wujud rupanya manusia macam ni? Nak pengsan rasa.

Luth menyambung kata lagi. “Ke awak nak panggil saya abang sayang? Saya ok je... Nanti saya tambah sebagai salah satu syarat dalam kontrak OG kita. Nak?” Luth tersenyum miang.

Mata Nisa mengecil, mulutnya terherot sikit. Subhanallah… gatalnya mamat ni! Miang dia ni kalah miang kucing nak mengawan. Geli aku!

“Gila.” Sepatah ayat Nisa.

Nisa mengeluh kuat… tapi yang itu dia terpaksa mengaku betul. Memang ada syarat sengal, bengong, tak masuk akal lain dalam kontrak OG mereka. Mula-mula masa Nisa baca syarat-syarat dalam kontrak OG berbulu la juga mata dengan hati. Entah apa-apa ajelah yang mamat depannya ini nak. Yang sesetengah syarat tu Nisa bolehlah kompromi lagi. Bila ditanya kenapa kena ada syarat ni dekat Luth. Jawapannya simple...

“Saja.”

Tak ke Nisa rasa nak hempuk kepala mamat ni lagi sekali tapi kali dekat kerusi pula biar dia waras sikit bila berfikir tu.

Bila Nisa tak setuju. Cepat-cepat Luth ugut. “Bayar tiga puluh ribu sekarang!”

Benci gila Nisa rasa… tu baru satu syarat tak masuk akal Luth. Ada lagi tiga empat syarat sengal dia. Nisa dah dapat nampak betapa gelapnya masa depan dia nanti bila jadi ‘OG’ Luth… mesti merana gila hidup.

“Saya tetap tak nak guna!” Nisa berkeras.

Fine, suka hati awak… saya dah bagi dekat awak handphone tu. So, saya tak boleh ambil balik. Nak buruk siku saya yang lawa ni. Kalau awak tak nak handphone tu. Tinggalkan kat atas meja makan ni.” Luth mencabar Nisa.

“Encik jangan cabar saya. Saya tinggal betul-betul kang atas meja ni.”

“Tinggallah.” Luth menyandar santai dikerusinya, kedua-dua tangannya digenggamkan sambil sikunya diletakkan atas pemegang kerusi. Nampak cool cara Luth duduk. Sengaja dia mencabar Nisa berbuat demikian, mahu melihat sejauh mana keberanian gadis berwajah manis ni dalam mengotakan kata-katanya.

“Ok, fine… saya letak. Bye!” diletaknya iPhone tu dan dia terus bangun meninggalkan Luth.

Luth cuma tersenyum memandang gelagat Nisa, sikit pun dia tak marah bila pemberian dia kepada Nisa seolah-olah tak dihargai. Selepas Nisa pergi Luth pun turut sama bangun dari kerusinya. Dia berjalan keluar dari café tersebut seolah tiada apa-apa yang berlaku. iPhone tu? Luth biarkan sahaja dekat atas meja tu.



Nisa bersembunyi di belakang dinding berhampiran café tu. Berselindung… dia memerhatikan Luth yang keluar dari café sehingga kelibat lelaki itu hilang di pandangan matanya. Nisa mengalihkan pandangannya ke dalam café tadi. Dia mencari sesuatu. Jumpa! Matanya menangkap iPhone yang masih ada atas meja makan mereka tadi.

Terkejut Nisa… Luth betul-betul tak ambil balik telefon tu.

“Eii, kalau dah orang kaya tu… memang macam tu la perangainya. Tahu membazir je… tak tahu nak menghargai langsung. Mentang-mentanglah duit dalam poket berkepuk barang mahal ni pun macam dah tak ada nilai. Tak apa, kau tak nak ambil balikkan? Biar aku ambil.” Nisa membebel.

Nisa keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan menuju ke meja makan mereka tadi dan mengambil telefon di atas meja tu. Dia mengusap-usap belakang iPhone pemberian Luth.

“Tuan kau buang kau… kesian kau. Tak apa biar aku jaga kau ek.” Nisa mengusapkan belakang telefon tu ke pipinya sambil tersenyum… barang mahal ni. Gila nak buang? Ala, kalau dia ambil pun bukannya Luth tau. Luth kan dah balik… mana dia nampak yang Nisa ambil iPhone ni. Lagipun konsepnya sekarang Luth dah ‘buang’ iPhone ni, maknanya dia tak bagi dekat Nisa. So, Nisa bolehlah ambil benda ni tanpa rasa bersalah ke rasa menyampah ke kan? Yalah, one man’s trash is another man’s treasure...

Nanti balik dia tukar la nombor guna nombor lama dia. Bukannya Luth tahu pun nombor lamanya tu… hehe. Nisa dah mula merangka strategi nak hapuskan jejak Luth dalam iPhone tu. Encik Hensem? Hello, mati hidup balik aku tak nak panggil kau Encik Hensem tahu. Nisa tersenyum sorang-sorang… tak sedar dirinya diperhatikan. Konon dah pandai sangatlah tu. Dia tak tau ada yang lagi pandai dari dia. Nisa, Nisa…

Luth cuma tersenyum memandang aksi Nisa. Tadi dia cuma berpura-pura meninggalkan café. Dibuatnya gaya seolah-olah dia dah nak balik dan dia tak ambil kisah pun tentang iPhone tu sebab dia yakin yang Nisa mesti ambik balik telefon tu. Ternyata jangkaannya memang tak salah.

“Tadi, beriya cakap tak nak ambil telefon tu… last-last peluk bagai nak rak. Dia juga yang ambil.” Luth ketawa kecil… Nisa, Nisa… comel.



Nisa melemparkan tas tangannya ke atas meja ruang tamu. Badannya dihempas ke atas sofa. Letih! Letih pasal perjumpaan tadi dan letih dengan perangai Luth yang tiba-tiba muncul dalam hidup dia sekaligus memorak-perandakan hidupnya yang selama ni tenang. Dia bahagia saja sebelum ni hidup dengan Fatehah dekat rumah sewa ni. Kemudian bila dekat pejabat rasa tenang je hidup dapat jumpa Encik Waqif hari-hari.

Tapi tu dulu… sekarang? Sejak munculnya lelaki yang bertanduk dua dekat atas kepalanya tu, hidup Nisa dah tak aman.

       Salah Nisa ke TERmandrem mamat tu? Ish, tapi tak masuk akal la kalau jampi tu berkesan. Bukannya dia sebut jampi serapah apa pun. Dia sebut main-main je… tak ada niat pun. Hurmm, kalau ada niat pun dekat Waqif. Yang mamat tu apahal tiba-tiba muncul? Entahlah…

Lagipun kalau betul ‘jampi’ dia tu menjadi, apasal pula mamat tu nak saman dia bagai? Patutnya mestilah dah sembah kaki Nisa sekarang minta kahwin dengan dia kan?

Mata Nisa menjuling ke atas, tak hendak dia kahwin dengan Luth.

Lagi yang buat Nisa tak puas hati pasal Luth. Baru dua kali saja pun mereka berjumpa. Itu pun boleh kira berapa minit mereka berjumpa dekat bilik Waqif dan yang dekat bus stop tu kira kejap la... sebab baki yang lain Nisa tak sedar pun mamat tu ada kat situ.

 Nama penuh dia pun Nisa tak tahu! Tup tup… masa dekat kedai makan hari tu, Nisa dah diangkat darjat jadi ‘tunang’ dia! Tunanglah sangat. Sampai kena hina depan orang ramai, tak pasal Nisa bercakar dengan perempuan langsuir yang nama apa entah Nisa dah lupa. Mel... Melinja... Melino. Albino? Ah, malas nak ingat…

Lagi? Ada lagi… kes yang terbaru ni la. Tak pasal-pasal diri dia ‘terikat’ pula dengan mamat tu! Nisa betul-betul tak tahu apa pula yang nak jadi dekat dia lepas ni, tiba-tiba rasa nafas ni macam pendek sahaja.

“Nisa.” Fatehah muncul dari dapur dengan memegang dua gelas air sekaligus menghentikan lamunan Nisa.

“Hurmm.”

“Ok tak tadi?”

“KO!”

Fatehah ketawa. Muka Nisa tu sebijik macam baru lepas bergaduh dengan laki!

“Air… minumlah. Buat sejuk tekak. Dia betul ke nak saman kau?” dihulurkan air bersertakan soalan sekali. Tak menyempat-nyempat.

Thanks. A’ah… dia memang nak saman. Siap angkut lawyer dia lagi tadi.”

“Serius? Dah tu… berapa banyak dia saman kau? Apa jadi? Ceritalah kat aku… cepat-cepat!” Fatehah terus teruja.

Nisa dengan malasnya menceritakan dari saat mula dia jejak kaki di café tu sampailah saat di sampai rumah masa Fatehah suakan air dekat dia.

“Tiga puluh ribu! Hoi, dia nak buat bayar duit muka rumah ke apa cekik kau sampai banyak tu. Astagfirullahalazim…” Fatehah mengusap dadanya berulang kali sambil beristighfar, badannya dah tersandar ke sofa gara-gara terkejut. Dah rupa macam kena heart attack pun ada mak cik seorang ni. Macam dia yang kena saman

“Tau takpe… aku macam nak tercabut jantung tadi dengar dia minta sampai banyak tu. Nak keluarkan tiga puluh ringgit untuk beli kasut pun aku fikir lima enam kali. Ni kan pulak tiga puluh ribu. Kalau aku tak ada iman tadi memang dah lama aku cari bangunan lima belas tingkat nak terjun.”

          Fatehah tak habis lagi beristighfar.

          “Habis yang pasal Kontrak OG tu?”

        “Kau tengoklah sendiri…” Nisa memberikan sekeping kertas putih kepada Fatehah. Surat bertaip tu dibaca dengan penuh tekun. Mata tak berkelip, lagak macam tengah jawab periksa sahaja si Fatehah ni.

Tiba-tiba Fatehah ketawa… “Apasal sengal sangat syarat dia ni?” Menangis Fatehah ketawa. Berair mata dia...

Nisa mencebik. “Tak matangkan mamat tu?”

“Adoi, senak perut aku. Ni yang lagi satu syarat dia. Bila-bila dia call suruh datang kau kena muncul depan dia within ten minutes. Humaih… kau ni batman ke catwoman?”

Mata Nisa ke atas…

“Yang tu lagi laa… buatnya aku tengah meeting dengan bos ke, tengah buang hajat ke, tak ke haru nak kena berlari pergi dekat dia? Sengal betul. Rasa nak sumbat dalam mesin basuh pun ada…” Nisa mengeluh lagi.

“Setiap hujung minggu kau kena pergi rumah dia untuk mengemas dan masak apa yang dia order. Aik, boleh pula macam tu?” Kening Fatehah bertaut dua.

“Yang masak dengan mengemas tu aku boleh faham lagilah dah nama pun orang gaji, mestilah kau kena buat semua tu. Yang pergi ke rumah tu apa pasal pula? Memang wajib ke? Kang tertangkap basah korang. Kahwin free je kot.” Fatehah menambah lagi.

Nisa tutup muka dengan lengan tangan. “Bengongkan mamat tu. Tapi kau pun sama juga bengong macam dia. Kalau dah faham kerja orang gaji mengemas rumah. Memanglah kena pergi rumah dia. Dah tu kalau tak pergi aku nak kemas apa? Kandang kucing?”

Fatehah ketawa... “Iya tak ya juga. Tapikan yang masak tu aku macam was-was je kau boleh buat.”

Giliran Nisa pula yang ketawa, faham maksud Fatehah. Mesti Fatehah ingat dia langsung tak ada skill masak memasak ni. Nisa senyum je.

“Kan... dia yang nak makan aku yang nak kena masak. Hurmm, yang pasal rumah tu. Dia cakap tu rumah persinggahan dia je. Dia tinggal dengan parents dia. Kiranya nanti aku sorang-sorang jelah kat sana. So, no worries... tak kena tangkap basah punya.”

Fatehah mengangguk… syarat seterusnya?

“Masak dekat dia breakfast hari-hari? Kau buka KFC francais sendiri la lepas ni Nisa… boleh aku tumpang order sekali. Hurmm, kau kena hantar dekat dia ke breakfast tu?”

Nisa mengadah langit. Matanya memandang cicak tengah bercengkerama. Cis, buat projek depan aku. Biadap betul!

“Taklah… dia datang ambil dekat sini pagi-pagi masa aku nak pergi kerja. Masa tu la aku bagi breakfast kat dia.”

“Oh, dia tak offer kau tumpang pergi kerja dengan dia ke?”

“Hah, tak payah offer. Aku lagi rela naik basikal roda tiga yang tayar dia warna pelangi tu pergi kerja dari naik kereta berair-cond dengan mamat tu.”

Fatehah ketawa kecil dengar ayat Nisa. Apa taknya spontan otak dia terbayang basaikal adiknya yang umur tiga tahun dekat kampung tu. Dia kembali meneliti syarat-syarat lain… ada sesetengah tu ok la juga. Boleh diterima pakai. Tapi yang lain tu macam tak berkaitan langsung. Contoh macam yang dia sebut tadi tu la.

Tiba-tiba terdetik dekat Fatehah, mamat ni memang saja nak dekat dengan Nisa ke dia saja nak main-mainkan Nisa ke dia betul-betul syok dekat Nisa? Mana satu…

“Berkuat kuasa bila kontrak OG korang ni?”

“Minggu depan… 1 Mei. Tamat tiga bulan yang merana kemudian.”

Fatehah tersenyum sumbing dengar ayat tiga bulan yang merana kemudian. Faham yang Nisa sikit pun tak rela hati nak terjebak dalam kontrak ni. Kalaulah dia ada duit memang dia bagi pinjam dekat Nisa. Tapi masalahnya… dia sendiri pun Nisa yang tolong. Hurmm, tak dapat den nak nolong

“Aku doakan kau selamat dunia akhirat bila dengan mamat tu Nisa. Yang ni saja yang aku terdaya nak tolong pun… tolong doakan.” Fatehah menggelengkan kepalanya. Macam-macam akal si Luth ni.

Thanks… tu pun dah kira kau tolong jugak . Doa sahabat yang mendoakan sahabatnya kan memang Tuhan senang makbulkan.”

Nisa tersenyum kecil. Fatehah pun…

Diam lagi…

“Nisa…”

“Hurmm.” Mata Nisa dah tertutup tapi masih mahu melayan bicara temannya.

“Bila sebut je kontrak OG korang ni terus aku teringat dekat Ogy Ahmad Daud. Luth tu minat Ogy ke ha?”

Spontan terus Nisa ketawa terbahak-bahak. Mata yang baru nak dipejamkan terus celik.

“Macam tu pun kau boleh fikir, Tehah?” Nisa masih ketawa lagi.

Fatehah tersengih.

“Tak adalah bunyi tu nak sama. Macam kartun Oggy and the cockroach pun ada…”

Sekali lagi tawa Nisa meletus. Kalau betul macam kartun tu. Mungkin Luth lipas yang tiga ekor tu! Banyak akal dan suka sangat kacau kucing tu... kucing tu dah sah-sahlah Nisa.

Thanks Tehah… walaupun dari segi kewangan kau memang tak boleh aku nak harapkan… tapi daripada segi semangat setia kawan. Kau memang selalu ada dekat sisi aku kan? Hati Nisa berkata dalam diam.

Sahabat dunia?

No la…

Ukhuwahfillah and uhibbukifillah forever until jannah. InsyaALLAH.

Nisa tersenyum.




 -----------------------
TK: Adoai... spechless... asal la sengal Luth ni makin berganda?? Just wondering... dalam kelam-kabutnya watak nisa ni yang saya cipta d
an juga watak Luth yang kaki belit ni... korang perasan tak apa yang saya cuba sampaikan? :) Nampak macam biasa2 je tapi sebenarnya it relate to our daily life. huhu.


32 comments:

  1. Sian Nisa kena jd org gaji....chaiyok2 Nisa, u can do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.... nisa cakap thank you sbb support dia... ;)

      Delete
  2. Akak tak nampak... Maaf. Maaf. Yang akak tau, akak rasa sakit hati sebab Nisa dipergunakan. Banyak cara lain lagi selain setuju jadi orang gaji Luth..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... takpe2... small matter. Rasa sakit hati tu normal kak.. readers lain pun rasa. Siap ada yg nak lempang si luth ni pun ada tahap geram dia tu.. haha. Nak buat cam na Luth nak jgk Nisa jadi OG dia...heheh

      Delete
    2. Sorry sangat kalau akak asyik bagi komen yang tak membina langsung. Tak reti la nak komen membina..nak marah Luth reti la. Hahahaha

      Btw, apa yang awak cuba sampaikan tu adakah tentang semangat setiakawan antara Nisa dan Fatehah? Tu je yang akak boleh nampak dalam bab ni pun..

      Delete
    3. haha... tak ada apa la nak disorrykan kak riana. Komen akak membina apa sebab buat sy fikir ok ---->klu readers ni komen mcm ni maknanya ada ruang lg nak improve.. so komen akak precious ok! :D

      Delete
  3. Luth tu mcm nk mengorat Nisa aje kan.. kan...hehehehe..
    Xsabar nk baca bab seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak mengorat tapi teknik nak tackle tu... aduai... *tepuk dahi. haha

      Delete
  4. Betul... bukan senang nak dapat sahabat sejati... teman gembira mmg ramai teman menangis???... tapi seyes luth mmg sengal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu sokong 100%... tak semua org blh dijadikan kawan takut nanti bertukar jadi lawan. :) hehe luth skrg je sengal... kut! haha

      Delete
  5. Sian nisa, yup dunia skrg rmi sgt manusia yg ambl ksmptn ats kesusahan org lain..
    Thanks, xsbr nak tau next #luthnisa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...susah nak jumpa yg ikhlas dgn kita.. :(

      pstt... cute la hashtag tu kak onnie!! #luthnisa... ahah i loike..

      Delete
  6. bab 3310 tak menahan zananis ---> handphone kita yg mula-mula tu, waktu tu dah grand bangga semacam. tapi kan zananis 3310 pakai sim kad size biasalah, iphone pulak pakai simkad nano yang secuit tu mcm mana Nisa boleh tukar hp sesuka hati?

    lagi 1, bangang kah aper Nisa ni, MEMANG pun spesies bangang, sain contrak takkan tak baca nama LUTH... patut pun kena ambil kesempatan oleh Luth, bendul!

    Patut dera masukkan dlm kontrak, Nisa kena sediakan makan dan PAKAI Luth, dari luar ke dalam yang kecik2 tu, semua kena saterika setiap hari, baju cuci pakai kanji, supaya segak (sekarang orang lain takder yg cuci pki kanji ni, biar dera Nisa yang blur tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3310 legend kak... tau x pe.. ingt lg games ular tu. dah rasa hebat sgt dh nokia masa tu.. haha. yg iphone tu kak luth yg beli no dia. :) yg nokia 3310 tu no nisa sndri... hehe.

      Nervous tu sampai tak nampak nama penuh luth... haha. bab2 dera tu adalah kot sikit tapi tak extreme la sampai luar ke dalam nisa kena handle... hehe. ;)

      Delete
  7. Geram sakit hati kelakar semua ada dlm bab ni... smbg lg...

    ReplyDelete
  8. sambung lagi kak. hihi best lah cerita ni

    ReplyDelete
  9. Hahaha, tergelak sama. LUTH dan NISA memang sepadan.....

    ReplyDelete
  10. Besarnya kuasa rm... xpasal si jelita jdi OG..cian Nisa..
    nampak sngt Luth nak mengorat Nisa...hehehe
    smbunglh lgi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. no money no talk katanya Luth... hehe Orait thank you penny :)

      Delete
  11. sedapa cite Nampak biasa2 tapi ada makna, Tulah lain kali jgn main2 dgn apa yg kita minta kan dah jadi tapi terbalik plak, hehe. seronok tengok Nisa kena buli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... tq kak rozita.. :) betul2... bak kata karma gitu. ;)

      Delete
  12. MIahaahahahaha.....klakooooooooo...:3
    a friend in need is a friend indeed..not only through financial help..but the motivation is a greaaaat help..hahahah..english bak angg...maapkan saya dok melalut dalam bahasa engelisss malam2 nie..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pewittttt....speaking habaq mai... haha. x pa2... bila lagi nak practice kan? anda sentiasa dialu-alukan klu nak speaking kat sini... hehe ;)

      Delete
    2. hahaha...trima kasih..trima kasih..saya bangga bila anda mengalu-alukan saya di sini..hahaha..bila hg nk update next bab weh??haha

      Delete
    3. bila nisa n luth bg sign dkt aku suh update baru aku update...hehe

      Delete
    4. okay,....depa da bagi sign...aq pon da baca..hahaha...

      Delete
  13. adui...kesian nisa...lps ni menahan sabar je la nisa layan kerenah luth...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...kesian nisa kesian lagi saya nak buat org rasa kesian dkt supaya kesian sgt2... ha nampak permainan dia?? haha

      Delete
    2. hihikk faham2 situasi zananis...turut mengalami hal yang sama...apa pun suka la si nisa..kalaut2 juga tapi comel

      Delete