9 September 2014

Kau Jelita 5



BAB 5

Mata Nisa memerah seperti biji saga. Mukanya turut sama bertukar merah, jelas menunjukkan yang Nisa tengah menahan kemarahan yang bakal meletus bila-bila masa sahaja. Kedua-dua belah tangannya digenggam kuat. Sangat kuat sampaikan semua urat-uratnya timbul. Apa yang Tuhan cuba tunjukkan pada Nisa ni? Baru sebentar tadi dia cakap tak nak dah berjumpa dengan mamat tak center ni… tapi tak sampai beberapa minit pun. Lima minit pun tak sampai! Guess what? Luth dah terpacak depan rumah dia. Paling penting depan mata dia!

Luth menelan air liurnya berkali-kali. Takut jugak  dia rasa apabila melihat wajah Nisa yang macam nak makannya.

“Err, Nisa… saya…” Belum sempat Luth menghabiskan ayatnya Nisa dah bertindak dengan drastiknya. Payung yang tergantung disisi pintu rumah mereka dicapainya dan dihambatnya Luth. Dipukulnya kepala Luth tu dengan payung yang dicapainya tadi sekuat hati.

“Eh, Nisa… Nisa… Wait, let me explain!” Tangannya menepis pukulan payung Nisa. Tapi Nisa dah menggila! Tanpa disengajakan Nisa mengetuk kepala Luth dengan tempat pemegang payung yang keras.

“Aduh!” Luth terduduk terus di atas simen rumah sewa Nisa. Kepalanya terasa berat dan pandangan matanya kian berpinar-pinar. Luth memegang kepalanya sebelum kemudiannya dia terlentang ke belakang dek pukulan Nisa yang padu tu.

“Rasakan ni. Nah… rasakan! Berani kau tunjuk muka kau depan muka aku lagi. Rasakan.” Nisa terus memukul Luth. Nisa masih belum sedar yang Luth dah kiok! Rasa amarah menguasainya...

“Nisa! Sudah-sudahlah tu… dah tak bernyawa aku tengok mamat ni. Stop it!” Fatehah akhirnya menghalang Nisa apabila melihat kawannya sudah mula hilang pertimbangan.

“Puas hati aku.” Nisa bernafas dengan kuat. Dadanya berombak kencang… puas hatinya dapat pukul Luth. Rasa macam dendam semalam sudah terbalas!

Fatehah melepaskan pegangannya pada lengan Nisa, dia menggeleng kepalanya berkali-kali. Boleh tahan juga bila dia ni mengamuk! Fatehah memandang semula ke arah Luth yang terlentang, dia menghampiri lelaki tu. Pelik melihat tubuh sasa itu tidak bergerak-gerak. Perlahan-lahan dia menapak ke arah lelaki itu dan bercangkung di tepinya. Hujung jarinya mencuit lengan Luth. Tak bergerak! Dicuit lagi sekali lebih kuat daripada tadi menggunakan dua jari pula. Tak bergerak juga! Kemudian mata Fatehah tertancap pada kepala Luth.

Gulp... Fatehah menelan air liurnya. Kepalanya berpaling perlahan-lahan memandang Nisa yang masih dalam keadaan marah seperti mula-mula dia nampak Luth tadi.

“Nisa… dia tak bergerak la. Ke… ke... kepala dia berdarah.” Tergagap-gagap Fatehah memberitahu, wajahnya pucat lesi.

Nisa? Jangan cakaplah, berubah 360 darah riak wajahnya! Kalau ditoreh dengan pisau rambo pun darah putih sahaja yang keluar. Pucat lesi muka mereka berdua! Ha, tahu takut. Tadi masa belasah anak orang tak pula dia fikirkan natijahnya.

“Aa… aku… aku dah bunuh dia ke?” Nisa menyoal Fatehah dalam keadaan takut. Tahu pun gagap…

“Apa kita nak buat ni?” Fatehah panik! Dia bingkas berdiri menjauhi mayat Luth dan bersembunyi di belakang badan Nisa. Tangannya memegang bahu Nisa sambil sesekali memandang mayat yang terbaring itu.

“Kau la ni! Pukul dia sampai mati!” Fatehah menampar bahu Nisa berkali-kali. “Kalau ya pun marah beragaklah!”

“Eii, mana kau tau dia mati? Entah-entah pengsan je kut.” Nisa cuba menyedapkan hatinya.

“Mati la! Tengok dah tak bergerak.” Suara Fatehah jelas kedengaran dia sedang ketakutan.

“Kau pergi check dia bernafas ke tak lagi,” arah Nisa pada Fatehah.

Membulat mata Fatehah mendengar kata-kata Nisa. “Eh, kau yang belasah dia... kau la yang check! Apa pulak aku?”

“Walaupun aku yang belasah dia, tapi kau yang kena check dia. Sebab kalau aku yang check, aku declare terus mamat ni mati walaupun dia tak.” Nisa memberi alasan yang sama sekali tak logik! Boleh pula main-main declare sesuka hati dia. Heh.

Berkerut seribu dahi Fatehah mendengar alasan dua alam dia. Fatehah mengalah, dia menarik nafas yang agak dalam sebelum bergerak menghampiri Luth buat kali keduanya. Tapi sempat lagi dia berpaling ke belakang, “Kau ingat ya, kau hutang nyawa dengan aku, Nisa.”

Nisa mengangguk laju kepalanya. “Tiga bulan duit sewa rumah, bila api dengan air semua aku tanggung. Kau duduk free je...”

Up 5 bulan...”

“3 bulan.” Nisa tolak usul Fatehah.

“4 bulan!”

“Fatehah!” Nisa naik angin. Ni ada juga yang terbaring sebelah Luth nanti. Boleh pula dia nak negotiate dengan Nisa masa-masa kritikal macam ni.

Fatehah cepat-cepat memandang semula ke arah Luth. Dia beristighfar di dalam hati. Terkumat-kamit bibirnya berdoa, supaya makhluk di hadapannya ni masih bernyawa! Dengan perlahan-lahan dan nampak sangat dia cuak masa nak hulurkan jari ke hidung Luth. Tangannya terketar-ketar... sebaik sahaja jarinya mencecah bawah hidung Luth dia menunggu untuk merasa nafas Luth.

Air liurnya di telan kasar, perlahan-lahan kepala Fatehah berpaling kepada Nisa. “Tak... tak... tak ada nafas. Dia... dia... dah mati.” Air liur terlekat di kerongkongnya. Fatehah terduduk ke belakang. Macam mana ni? Dia akan dituduh bersubahat membunuh orang. Fatehah seolah-olah ternampak betapa gelapnya masa depan dia nanti.

“Kita buang dia dalam gaung!” Nisa yang turut sama gentar seperti Fatehah malah lebih lagi rasa takutnya itu tiba-tiba memberi cadangan yang gila. Muka Nisa cuak.

“Gila kau! Kau nak masuk penjara ke ha?” Tu bukan jalan penyelesaian, tu jalan nak menempah maut sendiri lagi cepat namanya.

“Aku periksa lagi sekali.” Dengan lafaz bismillah, Fatehah mendekatkan lagi sekali jari telunjuknya ke hidung Luth mahu memeriksa buat kali keduanya untuk memastikan perkara itu. Sebaik sahaja jari telunjuknya berada di bawah hidung Luth, dia berhenti seketika mahu merasai deru nafas Luth. Dan...

“Eh, dia bernafas! Aku silap rasa tadi...” Fatehah menarik nafas lega. Nasib baik hidup! Tahulah mereka yang Luth cuma pengsan sahaja.

Nisa pun turut sama menarik nafas lega. Dia segera memandang sekeliling mereka. Tak ada orang… jiran-jiran mereka belum keluar rumah lagi.

“Cepat Tehah… kita bawak dia masuk ke dalam rumah.” Nisa memberi arahan.

“Tapi dia lelaki, mana boleh orang lelaki masuk rumah kita.” Sempat lagi Fatehah membantah dalam saat-saat genting macam ni. Prinsipnya mudah sahaja lelaki bukan mahram tak boleh masuk ke dalam rumah mereka. Big no!

“Darurat ni… cepatlah sebelum orang nampak kita.” Gesa Nisa.

Fatehah mengetap bibirnya,dia nampak tertagak-tagak lagi tapi akhirnya dia akur dengan kata-kata Nisa, memang betul ni darurat! Bukan sengaja. Dia menyedapkan hatinya. Dengan susah payah diangkutnya mamat tu masuk ke dalam rumah mereka bersama Nisa.

“YaALLAH, berat gila mamat ni. Manusia ke batu ni?” sempat lagi Nisa mengutuk Luth dalam saat macam genting ni.

Luth diusung masuk ke dalam rumah. Hurmm, kalau nak diikutkan keadaan yang sebenarnya… perkataan diusung tu tak berapa nak sesuai sebenarnya. Sebabnya Nisa dengan Fatehah cuma mengheret Luth masuk ke rumah mereka bukan mengusung. Berat sangat Luth tu sampai tak termampu mereka berdua nak mengangkatnya.

Luth pula? Nasib badanlah… orang heret dia macam heret plastik sampah! Macam tak ada nilai langsung, siapa suruh berat sangat! Ish, ish, ish… kat situ pun kita boleh nampak dah betapa bencinya Nisa dengan Luth.




Lima belas minit berlalu. Nisa dengan Fatehah bercangkung di atas sofa yang bertentangan dengan Luth yang masih pengsan tak sedarkan diri di atas lantai ruang tamu mereka. Masing-masing tengah cuak sebab Luth masih tak bangun lepas kena ‘belasah’ dengan Nisa tadi.

“Apa kita nak buat dengan mamat ni?” Nisa bersuara sekaligus memecahkan kesunyian di antara mereka sejak tadi lagi.

“Aku tak tahu… yang kau pukul dia sampai tinggal nyawa-nyawa ikan ni kenapa?” soal Fatehah dengan nada tak puas hati.

“Yang kau tak halang aku tadi dari pukul dia kenapa?” Nisa menyoal Fatehah semula.

“Eh, aku pulak yang salah. Kaulah yang salah. Baran tak kena gaya.” Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain.

“Aku pulak yang salah. Salah mamat nilah, siapa suruh muncul lagi depan aku? Memang cari nahaslah. ” Nisa mempertahankan dirinya sekaligus menyalahkan Luth.

Seolah-olah apa yang berlaku sekarang berpunca dari Luth. Tapi memang salah Luth pun! Kalau dia tak muncul depan rumah mereka tadi tak adalah Nisa nak mengamuk. Kemudian tak adalah Nisa nak belasah dia sampai setengah mati macam ni. Kemudian taklah mamat tu terbaring atas lantai rumah mereka sekarang. Nampak berapa banyak kemudiannya tu? Jadi, semua salah Luth!

“Kau, nanti bila mamat ni dah sedar... sila cakap baik-baik dengan dia. Aku bagi amaran siap-siap ni. Ingat.”

“Apasal pulak? Mamat ni dah tak layak dapat penghormatan daripada aku. Dia layak dapat penghambatan je daripada aku macam tadi.”

“Eh, amboi... bijaknya budak ni bercakap.” Kepala Fatehah dah bergoyang-goyang sambil tangannya bercekak pinggang. “Kau sedar tak kau dah belasah dia sikit lagi nak meninggal? Banyak songeh pula. Buatnya dia saman, kau nak?”

Nisa menelan air liurnya... saman?

“Huh!” Fatehah merengus kasar.

Kedua-dua mereka hanya memerhatikan Luth yang sedang berbaring atas lantai rumah mereka dalam keadaan tak sedarkan diri tu. Atas lantai? Yes! Atas lantai, Nisa dengan Fatehah tak larat nak angkat mamat tu letak atas sofa. Kan Luth tu berat macam batu! Nisa la yang kata.

“Wei, kepala dia berdarah… kau tolonglah lap kepala dia tu.” Fatehah pula memberi arahan.

“Apahal pulak aku yang kena? Kepala dia bukan kepala aku.” Nisa menjawab.

“Yalah, kaulah kena bertanggungjawab! Sebab kau ketuk kepala dia sampai berdarah.”

“Ala, sikit je pun.” Nisa cakap saja macam tu tapi dalam hati cuak gila kut!

“Khairunnisa Khuwailid…” Sengaja Fatehah tekankan suaranya ketika menyebut nama penuh Nisa tanda dia betul-betul serius.

“Ok-ok… fine. Aku lap kepala dia.” Nisa mengangkat kedua-dua belah tangannya seperti menyerah kalah sambil membuat muka menyampah. Memanglah mamat tak center ni tak habis-habis menyusahkan hidup aku! Nisa membentak di dalam hati.

Tapi hati sahaja yang bising badan bergerak juga. Nisa bingkas bangun dan menuju ke dapur untuk mengambil kain bersih dan air panas. Tak sampai lima minit pun dia dah muncul ke ruang tamu. Kaki dia terasa berat sahaja nak melangkah ke arah Luth.

Diperhatikan wajah Luth. Ish, kesianlah pulak dengan mamat ni. Nisa mula simpati. Darah yang meleleh turun di dahi Luth dilapnya dengan cermat. Berhati-hati dilapnya kepala Luth supaya kulit mereka tak bersentuhan. Perlakuannya tu diulang sehingga darah di kepala Luth berhenti. Nasib baik juga tak teruk sangat luka kepala dia ni…

Nisa mengambil kesempatan merenung wajah Luth. Hensemnya dia… desis hati Nisa dalam diam. Padanlah makwe dia mengamuk sakan bila tahu mamat ni dah ada tunang. Tunang? Akulah tu… tunanglah sangat kan. Mata ke atas kaki ke muka! Heh… Nisa menggumam lagi.

Ketika Nisa sedang asyik menilik wajah Luth, tiba-tiba sahaja mata Luth terbuka luas! Dia dah sedar… Mata Luth terkebil-kebil merenung siling rumah sewa Nisa sebelum pandangan matanya jatuh pada Nisa.

Nisa pun sama turut terkejut. Luth yang melihat Nisa tengah bersila depan dia sambil memegang kain putih spontan terus memeluk Nisa!

Nisa tertegun! Tak bergerak. Dia… dia… dia… pe… pe… peluk aku. Hati Nisa dah bertukar rentak. Matanya tak berkelip. Mulutnya terkunci rapat. Seumur hidup bergelar anak dara, ini kali pertama ada lelaki yang berani memeluknya!

“Nisa stop! Jangan pukul saya.” Luth memeluk Nisa kuat sekali.

Oh, rupa-rupanya Luth ingat Nisa nak hentam pukul dia lagi itu yang dia ambil tindakan drastik dengan memeluk Nisa, konon nak menghalang Nisa dari bertindak menghentam dia lagi teruk dari tadi la ni.

“Eh, eh… haram-haram! Encik lepaskan kawan saya. Apa main peluk-peluk ni?” Fatehah menarik baju Luth supaya melepaskan Nisa. Maksiat-maksiat! Fatehah berstighfar di dalam hatinya berkali-kali.

“Aku dah kata bawa masuk lelaki dalam rumah ni memang bawa bala! Kau degil.” Sempat lagi Fatehah membebel.

“Kalau kawan awak berhenti pukul saya baru saya lepaskan dia.” Luth hendakkan jaminan yang dia tak akan dihentam lagi. Sakit woi kena belasah dengan payung. Pernah rasa? Tak pernah meh nak tolong bagi rasa…

Nisa masih dalam mode terkejut. Dia langsung tak bergerak! Rasa macam ada satu perasaan yang asing dalam dirinya masa tu...

Cis... memanglah asing! Kalau dah bukan mahram saling berpelukan si setan laknatullah tengah menyucuk sambil salurkan ‘elektrik’ pada mereka yang bukan mahram tu!

“Eh, mana boleh encik peluk dia suka-suka hati. Dia bukan bini encik.” Kali ni Fatehah menarik Nisa pula. Kejap betul Luth memeluk Nisa! Tak sedar ke yang dia peluk tu anak dara orang?

No! Selagi dia tak berhenti pukul saya selagi tu saya tak akan lepaskan dia.” Luth masih berkeras

“Nisa. Do something!” Fatehah menjerit.

Nisa tersedar bila Fatehah menjerit. Amboi, sedap kena peluk sampai orang kena jerit dekat tepi telinga baru nak sedar? Melampau Nisa ni. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Baru dia sedar sepenuhnya kini.

“Encik Luth lepaskan saya!” Nisa pula bergelut mahu melepaskan diri. Tangannya cuba menolak dada Luth daripada terus melekap dengan badannya. Aduh, terasa dah bahang ni muka menahan malu. Dalam pada menahan malu tu sempat lagi Nisa ingat pesanan Fatehah dan nampak sangat nasihat Fatehah diguna pakai, Nisa bahasakan dirinya saya. Takut kena saman la tu.

“Cakap yang awak tak akan pukul saya, baru saya lepaskan.”

“Ya! Saya janji tak akan pukul encik lagi.” Nisa cuba menolak jauh tubuh lelaki tu darinya. Gilalah… rasa macam electric shock tahu bila badan mereka bersentuhan! Betullah orang cakap perempuan dengan lelaki mana boleh duduk dekat-dekat. Nanti rasa something… 

“Betul?” Luth meminta kepastian.

“Ya, betul! Saya tak tipu.” Muka Nisa dah mula bertukar warna merah… kuat betul Luth peluk dia.

“Encik!” Fatehah pula menjerit. Dia benci lelaki yang suka peluk perempuan ajnabi. Nak ambil kesempatan saja kerja orang lelaki ni. Huh!

Akhirnya, Luth melepaskan Nisa perlahan-lahan dengan rasa ragu-ragu. Yalah, mana Luth tahu yang Nisa akan mengotakan kata-katanya atau tak. Tengok-tengok Nisa cakap je, elok dia lepaskan Nisa nanti Nisa bantai dia lagi teruk! Tak ke naya tu? Seketika selepas Luth melepaskan Nisa… mata mereka bertentangan… Zapp! Kedua-dua mereka merasakan sesuatu. Luth segera mengengsot kebelakang menjauhi Nisa dan Fatehah.

Kini tiga pasang mata saling berpandangan antara satu sama lain. Tiga-tiga diam.

Luth menelan air liurnya berkali-kali. Tak sangka betul dia Nisa ni luaran sahaja nampak lembut, dalaman? Humaih… macam Stone Cold! Ganas…

Darah di kepala Luth tiba-tiba mengalir semula. Tapi tak seteruk tadi. Nisa yang nampak kepala Luth berdarah semula segera menghulurkan kain tadi kepada Luth. Luth ingat Nisa nak belasah dia lagi, dia pun mengundurkan diri lagi jauh daripada Nisa dengan cara mengengsot kebelakang. Nisa nak tergelak pun ada melihat muka Luth yang nampak takut-takut dengan dia.

“Kepala encik berdarah. Ambil kain ni… lap darah tu.”

Luth memegang kepalanya. Betullah berdarah. Dia pun menyambut kain yang dihulurkan Nisa. Nisa hempuk kepala aku dengan payung sampai berdarah? Desisnya di dalam hati. Nak kena minah ni. Dia ingat kepala aku tak bayar cukai ke apa?

“Awak ketuk kepala saya sampai berdarah, Nisa?” Senada suara Luth bertanya sambil memandang wajah selamba Nisa. Macam tak terkesan langsung rasa bersalah dekat hati Nisa lepas pukul Luth.

Riak luaran memang nampak tak bersalah, Nisa cover baik punya. Gengsi kena jaga wei. Padahal dalam hati tu rasa macam nak buat sujud syukur bila Luth mula sedarkan diri. Alhamdulillah, kalau tidak ada yang kena buang dekat gaung.

Nisa buat tak tahu. Matanya dipandang ke arah lain… tak berani nak bertentang mata dengan Luth tika tu. Yang tadi terpandang sekejap pun dah rasa catchy-catchy-geli-geli-zap-zap…. Ish, perasaan apalah tu kan? Kang tertenung lama-lama lain pula yang jadi! Bak kata orang dulu daripada mata turun ke hati. Tapi dalam kes Nisa ni lain sikit… daripada mata turun ke kaki jadinya, tu pasal ada yang pengsan tadi.

“Eleh, darah sikit je pun.” Nisa bersuara perlahan. Baru tahu diri tu salah.

Still berdarah! Cuba kalau orang pulak yang ketuk kepala awak sampai berdarah?Awak bengang tak?”

“Bengang apanya? Belasah jelah balik orang tu…” Ewah, pandai pula menjawab si Nisa ni.

“Ooo, belasah balik.” Luth mengajuk cara Nisa bercakap.

“Marilah! Biar saya belasah awak pulak. Awak ingat kepala saya ni memang tersedia untuk kena belasah dengan orang ke ha?” Luth dah menapak setapak ke arah Nisa. Kalau tadi Luth yang mengundur menjauhkan diri dari Nisa, sekarang dah terbalik pula situasinya! Nisa pula yang jalan mengundur ke belakang menjauhi Luth. Tahu takut.

“Eh, stop-stop! Apa ni encik, tak gentleman la orang lelaki belasah perempuan.” Fatehah menyampuk menjadi penyelamat Nisa. Fatehah cuma menyampuk bila dia rasa perlu saja, selebihnya dia mahu Nisa sendiri handle. Tugasnya cuma memantau Nisa supaya Luth tak bertindak yang bukan-bukan ke atas Nisa.

Luth merengus kasar sebelum senyuman sinis terbentuk di bibirnya. “Tahu guna alasan gentleman. Habis tu kawan awak yang seorang ni sopan sangatlah? Ayu macam perempuan melayu terakhir? Oh, perempuan belasah lelaki tu kira beradab sangatlah.” Suara Luth sinis. Sinis yang tajam.

Nisa mengetap gigi. Dia nak kata aku perempuan tak adab la ni? Kurang ajar!

“Buat apa encik datang rumah saya? Beradab sangatlah orang lelaki datang rumah orang perempuan tanpa ada sebab. Dasar miang.” Suara Nisa keras menyoal Luth beserta sindiran sekali.

Mereka mula berbalas kata, dalam erti kata lainnya berperang mulut!

Fatehah menggeleng kepala. Aura kepala angin Nisa dah menjelma…

“Jangan menuduh kalau tak ada bukti. Saya datang bersebab! Banyak sebab.” Kali ni giliran Luth pula yang bersuara keras. Sakit hatinya bila tujuan baiknya datang ke rumah Nisa disalah erti. Sudahlah disalah erti, dapat layanan dari tuan rumah memang tahap first class pula tu! Mana ada lagi dalam sejarah tamadun manusia pergi rumah orang ‘dijamu’ dengan kaki payung yang keras dekat kepala? Nisa sahaja yang buat ok.

“Sebab utama, saya nak pulangkan beg tangan awak yang tertinggal hari tu.” Kain tadi ditekapkan kepada kepalanya.

Erkkk! Pulangkan beg aku…? Nisa terkedu. Riak wajah menyampah yang ditayangnya tadi terus berubah serta-merta. Nisa memandang Fatehah…

Fatehah dah buat riak muka yang seolah-olah berkata pada Nisa. Ha... ha... aku tak tau. Tu la kau belasah main taram. Bukan nak siasat dulu!

“Sebab kedua, saya nak minta maaf dengan awak sebab menyusahkan hidup awak semalam.” Tiba-tiba Luth berjalan mendekati Nisa.

Nisa cuak... diundur lagi beberapa tapak. Apa kes mamat ni muka tak puas hati?

Simple… jawapan dia saya tak akan maafkan encik.” Nisa menjawab sambil menyilang kedua-dua tangannya ke dada, lagak gaya berani padahal berani-berani takut je tu.

Luth ketawa sinis. “Pergi matilah dengan maaf awak tu. Dah tak bernilai bagi saya.” Luth memulangkan balik kata-kata Nisa kepadanya tempoh hari.

Nisa terkedu.

“Sebab ketiga, saya nak saman awak.” Luth bernada tenang tangannya masih menekap kain putih yang Nisa berikan padanya tadi di kepala tapi riak wajah yang dipamerkan betul-betul buat Nisa kecut perut. Glupp…

Saman kena bayar denda tu ke Pak Saman belakang rumah? Agak-agak kalau Nisa tanya macam ni Luth saman dia sampai bankrupt tak?

“Aa… aa… apahal pulak nak saman saya?” gagap terus dibuatnya Nisa.

“Boleh awak tanya lagi soalan sengal tu? Buat apa saya nak saman awak? Tak nampak kepala saya dah nak berkecai kena hempuk dengan awak. Boleh awak tanya kenapa?” Bertubi-tubi soalan dilemparkan kepada Nisa. Tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut kembali... boleh tahan sakit kena ketuk kepala ni.

Nisa terdiam.

Luth terus keluar dari rumah Nisa dan Fatehah secara tiba-tiba… tapi sebentar kemudian Luth masuk semula ke dalam rumah mereka.

“Ni beg tangan tak berharga awak! Lain kali otak tu guna sikit… jangan nak pelupa sangat. Bukannya umur tu dah 60 tahun. Nenek yang umur dah 80 tahun tu pun tak pernah tinggal beg tangan dia merata-rata.” Dilemparnya beg tangan tu ke dada Nisa. Nisa yang tak boleh baca tindakan Luth tu terkejut. Tak sempat ditangkap begnya habis berterabur isi dalam beg tu. Entah macam mana Samsung Ace Plus Nisa pun turut sama tercampak keluar daripada begnya lalu terhempas ke lantai dan terpisah dua! Berkecai…

Nisa tercengang.

“Telefon aku…” Nada suara Nisa lirih. Luth langsung tak peduli apabila melihat handphone Nisa yang dah berkecai tu, tak terkesan riak rasa bersalah pun pada mukanya. Perlahan-lahan dia menghampiri Nisa…

See you in court.” Luth berbisik di tepi telinga Nisa dengan nada suara yang… yang… yang… Nisa dengar macam nak menggodanya! Bukan nak mengugutnya. Gluppp… air liur ditelan kasar buat kesekian kalinya.

Ini bukan mamat tak center… ini mamat sycho namanya!



Sebaik sahaja kereta Luth meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah sewa mereka, Fatehah menarik nafas lega. Berkali-kali diurut dadanya yang nyaris-nyaris nak terputus nyawa mengenangkan apa yang terjadi tadi! Berlainan pula dengan Nisa… Nisa cuma mendiamkan diri. Dirinya seperti dibelenggu sesuatu yang berat.

“Nasib baik mamat tak center tu hidup lagi. Kalau tidak hari-hari aku kena melawat kau dekat penjara.” Fatehah bersuara. Badannya di sandarkan pada pagar rumah mereka.

Riak wajah Nisa bertukar muram. “Nasib baik apanya? Kalau tadi dia betul-betul kiok baru nasib baik. Aman hidup aku.”

“Ish, kau ni mulut…”

Mereka masih terpacak di luar rumah mereka. Padahal kereta Luth dah lama hilang bayang dah pun…

“Tehah…”

“Hurmm…”

“Kau rasa betul-betul ke dia nak saman aku?” Nisa mengalihkan pandangannya yang dari tadi memandang jalan ke wajah Fatehah pula.

Fatehah cuma mengangkat bahunya tanda… Entah!

“Alah, dia main-main je tu. Tak kanlah sebab benda simple macam ni pun dia nak saman aku betul-betulkan? Tak logik kan?” Nisa bersuara lagi nak menyedapkan hatinya. Matanya masih memandang Fatehah mengharapkan rakannya akan menjawab macam ni…

Confirm, dia tak saman kau.

“Betul tu. Tak masuk akal kalau dia nak saman kau…” Fatehah menjawab seperti yang Nisa nak.

Nisa dah tarik nafas lega dengar jawapan Fatehah.

Tapi…

“Tapi dari gaya dia tadi tu, macam serius betul dia nak saman kau. Aku rasa betullah dia nak saman kau, Nisa.” Fatehah menyambung ayatnya yang tergantung tadi sambil mengusap lembut dagunya yang licin tu.

Tersenget sikit bahu Nisa dengar jawapan Fatehah.

Sekilas pandang dilemparkan hujung pandangannya pada wajah cuak Nisa. Dalam hati Fatehah ketawa kecil melihat muka panik Nisa.

Saman… mahkamah… kes… maksudnya? Duit keluar lagi banyak! Nisa tertegun depan pintu pagar rumah mereka. Tiba-tiba dia rasa nak menangis…

Nisa menepuk dahinya berkali-kali. Bodoh! Bodoh! Yang kau belasah dia tu kenapa, Nisa? Eiii… bebal. Tak pasal timbul masalah baru, lepas tu kau kena jumpa dia lagi. Arghh… kalau tadi kau ambik beg tangan daripada dia dengan cara yang baik kan senang. Lepas ambik beg tu kau tak akan jumpa dia dah. Settle semua masalah! Kenapa kau bodoh sangat Nisa…

“Sudah-sudahlah tu, benda dah jadi. Nak panggil doremon mintak tolong dia undurkan masa pun memang tak boleh, bukannya kucing biru tu wujud pun. Tawakallah jawabnya Nisa. Doa jelah mamat tu main-main nak saman kau.” Fatehah menyedarkan Nisa.

Air mata Nisa terus melimpah keluar…“Tehah… duit aku dalam bank mana ada dah nak bayar saman mamat tu. Isk, isk, isk. Buatnya dia mintak pampasan berjuta-juta dekat aku macam mana? Bapak aku bukannya tauke kilang kicap… bapak aku tukang beli kicap kat kedai je. Tehahh…” Suara Nisa dah mendayu.

Fatehah menggaru belakang kepalanya yang tak gatal… “Err, kau gadai jer la body kau dekat dia.”

Tu dia!!! Superb punya idea Fatehah bagi dekat Nisa.

“Uwaaaaaaaaaa! Tak mahu…!” Nisa terus meraung depan pintu pagar rumah mereka.

Betullah orang tua-tua cakap. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata mana ada gear gostan nak reverse... terjun dalam laut terus la jawabnya.



Di sebelah sana mungkin Nisa sedang meraung bagai nak gila! Tapi disebelah pihak Luth? Luth tengah tersengih panjang macam nak gila juga.

Saman? Macam mana idea gila tu boleh timbul tadi…

Ah, semua tu spontan. Effect lepas kepala dia kena ketuk dengan Nisa. Tapi bagus juga. Maknanya lepas ni akan ada lagi pertemuannya dengan Nisa! Itu yang Luth nakkan. Dalam kepalanya dah terencana satu plan baik punya untuk mengikat Nisa…

“Nisa… Nisa. Jampi apa yang awak dah pakai dekat saya ha?” Luth menyoal dirinya sendiri sebelum kemudian dia ketawa kecil.

Sah! Jampi Nisa hari tu memang menjadi.


-------------------------------------- 

TK: kekeke... brutal ya amat Nisa. Luth nak pujuk Nisa?? heh, wassalam! memang tak la... kan dah cakap Luth ni kaki belit... haha. Habislah Nisa lepas ni. Tu la akibatnya bila kita bertindak ikut perasaan bukan fikiran... huhu.

20 comments:

  1. hehehe...padan muka luth...padan muka nisa...sama2 padan...kan.kan..kan...saman jadi isteri kot...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2! sama2 padan muka... dua2 tak tau nak beradab.. hehe... ni lagi extreme daripada saman jadi isteri... ;)

      Delete
  2. Memang ganas betul si Nisa tu. Pukul org tak ingat dunia. Kalau Fatehan tk ada..memang Luth dah jalan terus. Tak agak2 Nisa tu. Menghukum tanpa usul periksa. Taulah marah kat Luth. Saman Luth...biar Nisa terikat terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ganazzz tahap giga! huhu...Angin kus2 terus menjelma bila nampak luth itu yg jadi hulk tetiba... haha. Ramai betul yg sokong luth suruh saman nisa... ;)

      Delete
  3. Ermm rasa macam tak munasabah la pulak Nisa emo melampau. Sbb bukan salah Luth 100% tapi Nisa sungguh-sungguh marah dan bencikan Luth.

    Dah tu siap belasah anak orang sampai pitam..tak reti nak minta maaf satu hal. Selamba je cakap nak campak dalam gaung bagai..

    Haihh.. Nisa, Nisa.. Rasa nak lempang dia laju-laju pun ada. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tahu yg bukan salah luth 100% tapi dekat mata Nisa tu Luth tu 110% salah... haha. tahap kemarahan Nisa dekat Luth mg gila2 punya la... tu yg jadinya mcm kat ats.. hehe..

      Delete
    2. Hehe tau.. tapi Nisa keterlaluan la. Patut dia pegi lempang Melina je. Luth memang salah sebab tetiba kaitkan Nisa sbg tunang dia tapi akak still rasa Nisa terlebih emo. Tapi tu la..sebab Nisa ni jenis clumsy takleh nk kata apa la.. hehehe.. Bertindak tanpa berfikir panjang.

      Delete
    3. ahaha... dia memang nak lempang melina tapi Luth yg muncul dulu.. so, Luth yg teruk kena... hehe. Betul2... nisa ni saya imaginekan jenis yg kelam-kabut, x fikir pnjg, main aci redah dia dia je nak buat apa pun... heh.

      Delete
  4. Bez!! Sakit jiwa gak ngn nisa nie..xptt pukul org smpy cm2 skali..saman nisa jd isteri!! Yeahh ^_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lagi dahsyat daripada saman jadi isteri.. hahaha <---- gelak jahat

      Delete
  5. Haha jahat luth mainkn nisa... sian nisa....

    ReplyDelete
  6. Zananis, somehow, kita termiss entry yg bab 5 ni, kit abaru notis hari ni, tu lah akibat baca kat group dlm fb saja, tak complete rupanya, best! best! best! panahan asmara dah masuk ke dlm gaung (suka nya pakai perkataan GAUNG) hati Nisa. Luth pun, memang spesis nak menrayam kat Nisa. TERBAIK zananis. keep it up. sekarang nak ke bab 6 pulak. muah muah muah. match betul dorang bertiga ni Luth, Nisa & Fateha ---> semua tak boleh pakai! sengal yang amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe2 biar lambat asal baca... hehe. kat group tu salu update teaser2 ja...haha yang merenyam tu tak boleh tahan betul.. btw thanks utk komen ni... :D

      Delete
  7. looooooooooveeeee it muchh.hahahaha...>.<

    ReplyDelete
  8. Haha..berkesan lak jmpu tu...

    ReplyDelete
  9. Haha..berkesan lak jmpi tu...

    ReplyDelete