BAB 3
Bak kata
pepatah melayu... sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna lagi. Nisa
setuju sangat dengan pepatah ni. Sungguhlah Nisa terasa agak menyesal sedikit
sebab mengajak Fatehah pergi shopping!
Macam manalah dia boleh lupa yang kawannya yang seorang ini bila bab-bab shopping boleh naik hantu? Yang sengsara
hidup… dia!
Nisa
mengeluh perlahan.
“Wei,
sudah-sudahlah shopping. Lutut aku ni
dah nak tercabut skru dah pun. Jom balik.” Nisa menarik tangan Fatehah yang
tengah galak membeli-belah gaya macam tak ingat dunia.
“Kejap-kejap...”
Kepala Fatehah dah terteleng tengok tanda sale
50% yang elok terpacak dekat
sebelahnya. Gila ah! Blaus ni murah gila... Fatehah dah hilang kawalan, dia
pula yang menarik Nisa.
“Tehah,
aku syorkan bila kau nak kahwin nanti make
sure bakal suami kau tu poket dia tebal setinggi gunung Everest. Kalau
tinggi macam gunung Jerai kau reject
jangan terima. Mati laki kau nak support
kau kalau macam ni punya gaya.” Nisa memberi nasihat yang tak serupa nasihat
sebenarnya tu. Tapi kalau fikirkan, logik jugalah kalau tengok gaya si Fatehah
ni.
“Ok,
jangankan gunung Everest. Yang tinggi macam gunung daik bercabang tiga pun aku
rembat.” Fatehah buat muka serius kononnya nasihat Nisa tu memanglah boleh
dipakai.
Dua-dua
sama je sengalnya!
Muka
serius, muka serius juga tapi baju murah depan mata tak terlepas daripada
tangan Fatehah tu.
“Tehah,
shopping complex ni tak runtuh lagi.
Kau jangan risau... nanti kita datang lagi.” Cubaan terakhir Nisa memujuk
Fatehah. Tiba-tiba rasa menyesal pula mengajak kawannya yang satu ni keluar.
Tapi manalah dia tahu hari ini ada sale
gila babeng punya murah macam tadi
50%! Half price tu. Manalah si
Fatehah tu tak rambang mata. Jualan murah gila yang sikit lagi nak gila namanya
ini.
“Ala,
kau ni… kalau dah penat sangat kau tunggu aku dekat depan kedai sushi tu. Lagi
sejam aku siap, aku terus pergi dekat kau.”
Mata
Nisa membuntang... “Sejam! Lama tu.”
Fatehah
tak pedulikan langsung omelan Nisa. Apa taknya matanya dah aim nak rembat blaus berwarna ungu muda yang berada dalam timbunan
baju-baju itu tapi dalam pada masa yang sama ada seorang lagi perempuan muda ni
turut nak mengambil baju yang Fatehah dah aim
tu. Sepantas kilat Fatehah menyambar baju tu dan buat muka tak bersalah,
kononnya dia tak perasan pun perempuan tu... baju itu dicubakan pada badannya.
Nisa
menggelengkan kepalanya melihat perangai Fatehah. Masuk je bab shopping boleh berperang mak cik seorang ni! “Ish,
yalah-yalah… aku tunggu kau kat sana,” balasnya mengalah. Usai bercakap Nisa
terus melangkah lemah meninggalkan Fatehah yang tengah berebut-rebut membeli
barang. Tak berjaya mengheret Fatehah kembali ke pangkal jalan yakni balik ke
rumah mereka. Sebaliknya dia pula yang kena ke jalan lain. Jalan kedai sushi
depan tu... sigh.
Sambil
menunggu Fatehah di kedai sushi itu, mata Nisa galak melilau memandang kiri
kanannya. Bosan betul menunggu seorang diri disitu... tapi tiba-tiba matanya
tertancap pada satu pasangan yang nampak macam tengah bertengkar.
Eh,
wait memang tengah bertengkarlah!
Awek tu tengah maki-maki pakwe dia sambil pukul pakwe dia dengan handbag. Nisa teruja! Bukan senang ni
dapat tengok drama melayu live macam
ni.
“Ni
sah pakwe dia minta clash ni. Ish,
ish, ish kesian awek tu. Muka cun macam tu pun kena tinggal.” Sesedap rasa Nisa
mengarang skrip drama sendiri sambil menggelengkan kepalanya. Air oren di dalam
gelas disedut lagi.
Makin
kuat pula suara gadis itu. Adalah sikit-sikit macam orang tengah histeria. Mata Nisa masih tak lepas memandang pasangan yang sedang bertengkar tadi. Ah, bukan
mata Nisa je yang melekap kat situ
boleh dikatakan semua pelanggan dekat restoran tu dapat tengok free soap opera petang tu. Yalah, soap opera ni kan orang selalu kaitkan
dengan dramatic scene dekat
televisyen waktu petang-petang. Scene
gaduh-gaduh macam ni memang scene
wajib yang ada la! Lepas tu, mesti ada scene
munculnya watak jahat yang ketiga... si perempuan perampas. Klimaksnya ada scene tarik-tarik rambut pula.
Nisa
ketawa dengan ‘skrip’ ciptaannya sendiri tanpa tahu skrip rekaannya itu bakal
jadi realiti.
“You
ada perempuan lain?! How dare you cheat on me?!” Suara perempuan tu
bergema lagi bagaikan halilintar.
“La,
pakwe dia main kayu tiga ke? Ish, ish, kesian dekat dia…” Nisa menggelengkan
kepala lagi. Air oren di dalam gelas disedutnya lagi. Best juga tengok drama sepetang
live macam ni. Nisa ketawa kecil.
“I
tak pernah main kayu tiga dan you kena
ingat kita tak pernah bercinta pun! You yang tergila-gilakan I dan untuk pengetahuan you... I dah
bertunang dengan dia.” Suara pakwe pulak
yang menyapa telinga Nisa.
“Oh,
pakwe dia dah bertunang dengan orang lain. Patutlah kena tinggal. Ish, ish,
kesian dekat dia… muka macam artis pun kena reject.” Nisa menggelengkan kepalanya lagi. Air oren di
dalam gelas disedutnya lagi.
“Siapa
dia? Siapa! Baik you cakap dekat I siapa perempuan sundal tu! Biar I belasah dia.” Awek itu menjerit kuat.
Nisa
masih lagi memerhatikan mereka.
“Aisemen, kesian perempuan ketiga tu kena
label sundal. Ini kalau perempuan perampas tu ada depan mata awek ni... confirm! Confirm kalu inna lillahi wa inna ilayhi raji'un digulaikannya.”
Kepala Nisa tergeleng-geleng sebelum dia mengangkat pandangan memandang
pasangan itu semula dan secara tak sengaja mata lelaki itu bertembung dengan
mata Nisa.
Nisa
terkedu.
“Eh,
macam pernah tengok je pakwe dia ni?
Kat mana ya?” Nisa menggaru perlahan kepalanya.
Mukanya
ditundukkan semula dan disedut lagi air orennya. Otaknya ligat memikirkan di
mana dia pernah jumpa lelaki itu. Tiba-tiba air oren yang disedutnya dah tak
naik. Nisa memandang gelas air orennya... “La, dah habis ke?” Nisa mengangkat
tinggi gelasnya. Diterbalikkan ke atas dan ke bawah berulang kali. Macamlah air
oren tu boleh ada balik kalau dia buat macam tu.
“Kalau
you nak tahu sangat… ni la buah hati I. Kami dah bertunang dan akan berkahwin
tak lama lagi.” Spontan lengan Nisa yang sedang duduk itu ditarik sehingga dia
terbangun dari tempatnya duduk.
Nisa
tercengang…
Apa?
Apa? Apa? Tunang? Eh, bila masa? Masa bila dia orang bergaduh sampai ke aku ni?
Air oren aku! Semuanya jadi kacau bilau… Nisa gelabah.
“What?
You got to be kidding, right?
Perempuan hodoh macam ni tunang you? Mana pergi taste hebat you, Luth?
You dah buta ke ha? Atau you dah kena mandrem dengan betina ni?”
Luth?
Kawan
bos! Eh, eh… mana dia tau aku mandrem mamat ni hari tu. Nisa panik. Matanya
memandang Luth dan perempuan tadi bersilih ganti.
Tapi...
tapi bila aku bertunang dengan mamat ni? Aku baru dua kali jumpa dia… Eh, apa
ni?? Nisa bingung! Kepalanya terasa serabut.
Eh,
kejap... perempuan tu cakap aku hodoh?? Kurang manis betul! Nisa sempat lagi
merenung tajam kepada perempuan mulut hampagas tu.
“Melina
back off...” Nada suara Luth tegang.
Oh,
nama perempuan tak ada adab ni Melina. Sayang seribu kali sayang. Nama dah
cantik, rupa dah lawa tapi perangai? Tak boleh pakai langsung.
Tak
boleh jadi ni! Mana boleh diamkan diri sahaja biar diri kena fitnah. Nisa
cepat-cepat menarik tangannya yang masih dalam genggeman erat Luth, tapi tak
berjaya! Terlalu kejap pegangan lelaki itu. Nisa memandang Melina, segera dia
membuka mulut hendak mempertahankan dirinya lalu dia mencelah dalam
pertengkaran Luth dan makwenya. “Cik dah salah faham ni... saya dengan dia...”
“Kau
diam! Dasar perempuan tak tahu malu! Dah tak ada laki lain ke kau nak rampas?
Kau ingat kau tu cantik sangat? Sedarlah sikit muka kau ni layak buat lap kaki
aku je.” Melina terus mematahkan
kata-kata Nisa dengan cacian. Jari telunjuknya tepat menunding ke arah muka
Nisa sampaikan juling mata Nisa yang ikut memandang jari yang runcing itu.
Nisa
menggelengkan kepalanya perlahan membetulkan balik matanya yang juling tadi.
Tetapi berkerut terus dahi Nisa mendengar kata-kata cacian Melina. Dia terdiam.
Perempuan tak tahu malu? Muka layak buat lap kaki? Nisa tergamam... bibirnya
kelu.
Luth
perasan riak wajah Nisa dah berubah. Segera dia membela Nisa. “Jaga sikit mulut
you Melina. Dia jauh lebih baik daripada you! I dah bertunang. That’s it. You jangan ganggu hidup kami lagi. Forever.”
Tanpa
membuang masa Luth terus menarik lengan baju Nisa untuk keluar dari situ tetapi
Melina lagi cepat bertindak! Secara drastik ditariknya tudung Nisa dengan
kasar. Rentapan kasar Melina sekaligus menyebabkan badan Nisa tertarik dan
terlontar ke belakang.
“Aduh...”
Nisa mengaduh sakit bila tudungnya ditarik terasa seperti lehernya dicekik dan
sedikit pedih bila pin di bawah tudungnya tu seperti mencucuk isi dagunya.
Pedih! Di tambahkan lagi dengan perit yang dirasakan pada tulang pinggulnya
yang terhentak akibat jatuh tadi.
“Perempuan
sundal. Dah la muka hodoh! Ada hati nak rampas buah hati aku! Rasakan perempuan
buruk… biar kau sedar siapa diri kau! Kau ingat kau lagi bagus dari aku ke ha?
Kau tak kenal lagi siapa Melina!” Melina dah bertindak macam orang gila. Dipukulnya
Nisa sekuat hati dengan tangan, kasut, beg tangan. Pendek kata apa-apa yang
sempat dicapai yang itulah dihempuknya ke atas Nisa.
“Apa
ni cik?!” Nisa bergelut untuk mempertahankan dirinya. Kedua-dua belah tangannya
dijadikan penghadang untuk menghalang pukulan Melina. Sepenuh daya Nisa cuba
mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa amukan Melina. Tapi sayangnya
tak cukup... Melina betul-betul naik minyak!
“Rasakan!
Hey, sedarlah sikit kau mana layak nak bertanding dengan aku. Muka macam kau ni
bersepah kat tepi jalanlah perempuan! Kau ingat kau siapa nak rampas Luth
daripada aku? Kalau kau miskin sangat, pergi tandas awam tengok cermin dekat
sana!” Melina betul-betul sudah hilang akal, hilang pertimbangan. Mulutnya laju
memaki Nisa tapi tak boleh lawan tangannya yang masih belum berhenti menghempuk
Nisa.
Orang
ramai yang berkerumum menyaksikan pergaduhan mereka mula berbisik sesama
sendiri. Masing-masing membuat telahan sendiri. Mungkin ada yang label Nisa
sebagai watak jahat. Mungkin juga ada yang kesiankan Nisa. Tapi kalau tengok
pada keadaan mereka sekarang pasti Nisalah yang dipersalahkan. Dia perampas!
Ya, dialah watak ketiga perampas yang dia cipta tadi.
Sakit
badan akibat pukulan Melina memang terasa sampai ke tulang. Tapi rasa sakit
dihina Melina lagi perit terasa sampai ke dasar hati! Sehabis daya Nisa menahan
hatinya daripada menangis apabila dihina di hadapan orang ramai.
Dia
tak bersalah!
Luth
terus menarik Melina daripada dekat dengan Nisa sekuat hatinya. Betullah orang
cakap. Perempuan bila bergaduh tenaga yang mereka ada memang luar biasa! Kuat
semacam. Berkerut dahi Luth ketika cuba menarik Melina daripada mengamuk pada
Nisa.
“You
jangan sentuh dia!” Ditolak jauh Melina sehingga jatuh terduduk apabila Melina
masih lagi cuba untuk mendekati Nisa.
“Sampai
hati you tolak I, Luth.” Kali ni Melina pula bersuara lirih. Dia menangis! Ala, menangis yang dibuat-buat. Huh, nampak sangat! Bukannya Luth tak tahu yang
Melina ni drama sahaja yang lebih.
Nisa
pula?
Empangan
air matanya dah tak mampu ditanggung. Menitik juga air matanya. Nisa menangis…
malu tu Tuhan sahaja yang tahu. Tudungnya sudah tercabut dek direntap Melina
tadi dan sekarang mahkotanya dah dipertontonkan di khalayak ramai. Terasa
maruahnya betul-betul diinjak ketika itu.
Tiba-tiba
ada sesuatu menutupi rambutnya yang terdedah. Luth menutup kepalanya dengan
jaket kulitnya. Ditariknya lengan Nisa meninggalkan tempat yang sudah
dikerumuni orang ramai dan Melina yang tengah menangis sambil terduduk tu.
Menangis yang sungguh-sungguh sampai habis luntur maskaranya... tapi Luth tak
peduli. Nisa lebih utama sekarang.
Fatehah
yang daripada tadi gila membeli-belah mula terasa pelik, melihat orang ramai
berkerumun di hadapan kedai sushi yang dia janji untuk berjumpa dengan Nisa
tadi. Bila dia mendekat barulah dia nampak drama melayu yang baru terjadi tadi
dan yang paling mengejutkannya adalah Nisa pun turut terlibat! Apa kes ni?
“Nisa!!”
Suara Fatehah menjerit dari jauh.
Nisa
dengar panggilan Fatehah tapi tangan Luth lebih cekap bertindak mencengkam
lengannya memaksa dia untuk mengikuti langkah lelaki itu. Otaknya dah tak mampu
nak proses apa-apa maklumat ketika itu. Hati tengah sedih sekarang, ingat dia
boleh melambai-lambai lagi ke dekat Fatehah? Memang tak la!
Fatehah
dah cuak... tapi bila dia tenung lama muka lelaki yang mengheret Nisa tu baru
dia perasan. “Eh, tu bukan mamat yang aku jumpa dekat bus stop teman Nisa hari tu ke? Mana dia nak angkut Nisa ni? Ha,
sudah...” hati Fatehah mula dipagut rasa risau.
Kereta Luth
berhenti di suatu tempat yang sangat asing bagi Nisa, yang pasti tiada sesiapa
pun di tempat itu melainkan mereka berdua sahaja. Dari mula mereka menaiki
kereta Luth sampailah sekarang sepatah kata pun tak terlahir dari bibir Luth
mahupun Nisa… yang kedengaran cumalah sendu tangis Nisa.
“Awak
ok Nisa?”
Nisa
mencebik. Dia ingat lagi rupanya nama aku. Pastinya Waqif, bos Nisa yang
memberitahu lelaki ini namanya.
“Encik
rasa lepas apa yang dah terjadi, saya ok lagi ke?” Nisa memandang sekilas ke arah
Luth. Matanya sembap dek kerana menangis tadi… merah saga matanya kerana
menangis terlampau banyak tadi.
“Err…”
Luth menggaru kepala. Betul jugak ,
soalan tak relevan langsung yang dia tanya pada Nisa. Kalau dia ok takkanlah
dia menangis!
“Apa
salah saya dengan encik?” Soalan tak bernada itu dilemparkan pada Luth sambil
pandangannya masih setia memandang Luth. Menagih jawapan yang pasti, jawapan
yang kukuh atas semua yang telah terjadi sebentar tadi. Kenapa perlu maruahnya
diinjak seteruk tadi? Sedangkan dia langsung tak bersalah! Dia tak kenal pun
lelaki di hadapannya ini! Hati Nisa memberontak dalam diam.
Luth
terdiam... lama.
Mungkin
sedang memikirkan jawapan terbaik buat soalan Nisa. Selepas beberapa ketika
baru Luth menjawab. “Awak tak ada salah apa pun dengan saya. Saya minta maaf,
saya yang salah.”
“Habis
tu, kalau saya tak ada salah dengan encik kenapa encik libatkan saya dalam
masalah encik?!” suara Nisa meninggi.
Luth
melontarkan pandangannya keluar tingkap kereta. Tak sanggup rasanya nak membalas
pandangan redup mata Nisa ketika itu... rasa bersalah bertubi-tubi menerpanya.
Dia tak sengaja nak libatkan Nisa. Sebetulnya Luth cuma nak jauhkan diri
daripada Melina yang suka betul mengganggu hidupnya, merayu padanya supaya
mereka menjadi kasih. Melina cakap dia dah jatuh hati pada Luth tapi bila Luth
tak layannya dia membentak, saban hari diganggu gadis yang tak faham bahasa itu
buatkan Luth rasa rimas.
Petang
tu bukannya dia ada temujanji dengan Melina sevara kebetulan sahaja mereka
terserempak di situ dan Luth yang sudah dah tak tahan dengan gangguan Melina
mula mereka alasan supaya gadis itu akan menjauhkan diri daripadanya. Bila tadi
dia nampak Nisa spontan dia mengaku yang Nisa tu tunangnya! Dia harap Melina
boleh terima apa yang dia cakap tu dan berhenti menggangu dia. Tapi ternyata
telahannya silap sebaliknya Nisa pula yang jadi mangsa amukan Melina.
“Saya… saya minta maaf.” Luth bersuara
perlahan.
“Senang
je kan encik cakap? Dah buat salah…
lepas tu minta maaf. Senang kan?” Nisa tergelak sinis sebelum tiba-tiba dia
menghentak dashboard.
“Maaf
encik tak berharga langsung sekarang! Tak ada nilai!” Nisa menjerit. Geram
hatinya. Geram sangat. Geram yang tak boleh disukat.
“Aku
benci kau! Aku benci kau!” Kini Nisa pula yang mengamuk dengan Luth. Kalau tadi
Melina yang mengamuk bagai tersampuk dek histeria kali ni giliran Nisa pula.
Dipukulnya bertubi-tubi badan Luth dengan kedua-dua belah tangannya sambil
menangis.
Luth
hanya membiarkan sahaja tubuhnya dihentam Nisa. Memang salah dia. Dia akur
dengan pukulan Nisa. Dia sedar sakit yang dia rasa sekarang tak sesakit apa
yang Nisa rasakan. Lama Luth biarkan Nisa melepaskan geramnya kepada dirinya.
Akhirnya Nisa berhenti daripada memukul Luth setelah rasa tenaganya mula
berkurangan. Badannya letih hari ni! Letih sangat-sangat… dia tak pernah nak
jangka semua tu akan berlaku dalam hidupnya. Tak pernah nak jangka yang skrip
rekaan tu menjadi realti dan dialah watak ketiga, perempuan perampas!
Sungguh
dia tak pernah bayangkan dirinya terlibat dengan masalah yang rumit ini. Baru
petang tadi dia dan Fatehah keluar membeli-belah dan dia melihat satu pasangan
yang bertengkar di kedai makan tanpa dia sedar dia bakal terlibat sama dalam
pergaduhan tu. Percaturan apa yang cuba Tuhan tunjukkan padanya? Nisa bingung.
Beberapa
ketika kemudian Luth nampak kemarahan Nisa mulai reda, dia nampak lebih tenang
sedikit berbanding tadi cuma wajahnya masih menunduk dan beriak sedih tapi
entah kenapa wajah sedih Nisa menarik simpati Luth.
Melihat
keadaan Nisa, Luth kehilangan kosa kata. Takut kalau-kalau dia buka mulut, dia
tersilap kata lagi. Jadi lebih baik dia diamkan diri dan biarkan Nisa bertenang
terlebih dahulu. Lalu sepi lagi ruang diantara mereka tapi tiba-tiba Nisa
bertindak cuba membuka pintu kereta Luth.
Luth
nampak, dia segera menarik tangan Nisa.
“Awak
nak ke mana Nisa?”
“Lepaskan
aku, aku nak balik.” Keras suara Nisa. Tiada lagi Nisa yang lemah lembut. Tiada
lagi encik dan saya. Panggilan dah bertukar… hanya kau dan aku kini. Tandanya
Nisa benar-benar tak dapat maafkan Luth tika itu.
“Saya
hantarkan.”
“Tak
payah! Dah cukup kau rosakkan hidup aku hari ni. Tak payah kau nak buat baik
dengan aku.” Nisa bersuara kasar. Siapa pun Luth sebelum ini, dah tak ada
apa-apa makna pada Nisa. Sekalipun Luth adalah sahabat bosnya waima anak raja
berdaulat mana sekalipun dia dah tak peduli… dia dah hilang rasa hormat pada
Luth. Bukan salah Nisa kalau dia bercakap dalam nada lebih kurang sebabnya Luth
yang mencari pasal dulu!
“Nisa.
Please… I’m sorry.” Luth merayu.
“Pergi
matilah dengan sorry kau tu! Jangan
berani tunjuk muka kau depan aku lagi. Aku benci!” Tangan Luth ditepis dengan
kasarnya.
Nisa
yang nekad mahu keluar dari kereta terus dibuka pintu kereta itu dan keluar.
Tapi sebaik sahaja kaki Nisa melangkah keluar dari kereta tu tiba-tiba dia
sedar sesuatu, kepalanya terasa sejuk ditiup angin.
“YaALLAH
tudung aku!”
Rasa
bersalah menerpa-nerpa dalam diri Nisa kerana membiarkan auratnya terdedah.
Tangannya memegang kepalanya yang tak berkerudung itu. Baru Nisa perasan yang
daripada masa dia bergaduh dengan perempuan gila tu lagi tudungnya dah
tercabut. Menangis lagi Nisa...
Nisa
teringatkan kata-kata abahnya. “Seorang wanita yang tak menutup auratnya ketika
keluar dari rumah akan menarik empat golongan lelaki bersama-samanya memasuki
neraka. Ayah, suami, saudara lelaki dan anak lelakinya. Nisa sayangkan abah
kan? Jadi lepas ni Nisa kena janji dengan abah jangan sesekali Nisa tak tutup
aurat ketika di luar rumah. Boleh sayang?”
“Ok,
Nisa janji!” Nisa tersenyum manja. Jari kelingking Nisa dan jari kelingking
abahnya bersatu. Mereka membuat perjanjian tu ketika Nisa baru berumur sembilan
tahun dan kini Nisa telah memungkiri janji itu. Tetapi bukan salahnya!
“Abah…”
Auratnya
terdedah…
“Nisa...”
Suara
Luth kedengaran lembut menyeru namanya.
“Nah…
tutuplah kepala awak. Ini saja yang ada dalam kereta saya.” Luth meghulurkan
sehelai selendang kepada Nisa. Selendang milik umminya yang tertinggal ketika
dia menghantar umminya ke lapangan terbang KLIA. Ada hikmah rupanya selendang
ummi tertinggal dalam keretanya. Padahal sebelum ini Luth berleter panjang
apabila umminya tertinggal selendang itu. Kini Luth bersyukur sangat selendang
itu tertinggal dalam keretanya. Ada hikmahnya…
Ego
mahu Nisa menolak selendang huluran Luth tapi hati Nisa tegas menyuruh Nisa
menyambut huluran itu. Nisa, aurat kau lebih penting dari ego! Dalam
keterpaksaan Nisa menyambutnya. Dibelit ala kadar selendang itu di sekeliling
kepalanya. Nisa langsung tak mengucapkan terima kasih kepada Luth sebaliknya
jelingan tajam yang dihadiahkan kepada lelaki tu. Nisa tekad manusia bernama
Luth tak akan diberi muka lagi!
Luth
terpana dengan jelingan Nisa. Wajah Nisa nampak lain ketika itu, hidungnya
merah, matanya kuyu penuh kesedihan tapi tampak memikat pada mata Luth. Bahkan,
jelingan maut Nisa seolah-olah menusuk terus ke hatinya. Jantungnya berdegup
kencang.
Cepat-cepat
Luth menyedarkan dirinya...
“Saya
hantar awak pulang.” Luth menawar dirinya lagi sekali untuk membantu Nisa. dia
yang pandai-pandai bawa Nisa ke sini. Sepatutnya dia juga yang menghantar Nisa
pulang.
Nisa
berdiri bertentang mata dengan Luth.
“Tak
payah.” Lantas dia berlalu meninggalkan Luth.
Kebetulan
sebuah teksi lalu berhampiran mereka. Nisa tanpa memikir dua kali terus menahan
teksi tersebut. Dalam fikirannya sekarang cuma ada satu benda iaitu dia tak
mahu melihat lagi muka Luth! Sakit hatinya dek perbuatan Luth masih terasa
lagi. Tanpa membuang masa dinaikinya teksi itu dan ditinggalkan Luth seorang
diri di tempat asing tempat mereka bertengkar tadi.
Luth
hanya mampu memerhatikan sahaja Nisa yang meninggalkan dirinya. Ada rasa sedih
bertamu di hati. Tapi kenapa pula nak rasa sedih? Luth sendiri tak mengerti.
Mungkin bukan rasa sedih tapi rasa bersalah agaknya. Hurmm, entahlah...
Dia
terus menghidupkan enjin keretanya. Ketika hendak menukar gear kereta mata Luth tertancap kepada sesuatu di tempat penumpang
sebelahnya. Eh?
“Beg
tangan...” Nisa tertinggal begnya. Luth mengukir senyuman kecil.
“Sorry Nisa… saya terpaksa muncul depan
awak lagi lepas ni.” Tiba-tiba hatinya berbunga riang pula lepas memikirkan dia
akan berjumpa lagi dengan Nisa. Beg tangan Nisa harus dipulangkan… dan untuk
memulangkan beg tangan ini dia mesti berjumpa dengan Nisa. Tiada cara lain
lagi.
Bibirnya
membentuk satu senyuman.
------------------------------
TK: Aduhduhduh...kesian Nisa. T.T saya yang tukang karang ni pun rasa nak backhand je Melina tu. Tau tak perempuan yang pakai tudung paling bengang, menyampah, benci and tak suka bila orang tarik tudung dia! Eii... geramnya... dah la suka2 hati kutuk Nisa... grrr...
Luth ni memang la... tak pasal Nisa jadi mangsa keadaan. Ha, balasan... Nisa dah menyampah gila dengan dia. Padan muka!
luth what hv u done.. hermmm
ReplyDeletemiss Z next n3 hehe
luth yg cari pasal... huhu... kesian nisa..:(
Deletenext n3?? berehh...tgu update kat group k :D
Syok2 gelak kat nisa sbb sedut air tak naik2 tetiba tersentuh bila si langau Melina mencaci Nisa. Kesiannya Nisa. Tiada salah tetiba jadi mangsa keadaan.
ReplyDeleteMelina tk matang. Dah Luth tk nak...yg terhegeh2 tu kenapa.
Hope Luth dapat pujuk Nisa. Semoga cacian yg Nisa terima dibayar dgn kebahagian....
kak norita! :D terima kasih komen...
Deletehehe... kan, sy pun kesian dekat dia. tengah minum air sorang2 kot tak kacau siapa2 pun tetiba kena attack dengan melina yg tak reti bahasa tu... heh...
Luth nak pujuk nisa? hehe...kita tengok nanti macam mana.. ;)
kesian nisa....si melina tu pun sesuka hati aje kan pukul orang. bukan si nisa tu rampas suami dia pun...yes luth pujukla si nisa tu
ReplyDeletemama ida, kan? kesian nisa... tak patut betul melina tu. Luth nak pujuk nisa?? hehe... pujuk ke dia... macam tak je... ;)
DeleteWah luth dah terkena panahan arjuna ni... luth cpt2 pujuk cik nisa tu klu x , x dptla nk tgk keletah comey cik nisa tu lagi nanti hehehehe
ReplyDeletepanah yang melekat ke dasar hati ni... hehe... Nisa klu luth tak pujuk pun still comell... haha
Deletekesian pulak ngan mamat Luth ni... kerana nak lepaskan diri dari wanita giler isim tu Nisa pulak yg tak pasai pasai kena kan...
ReplyDeletewaaa... akak org pertama yg rasa kesian dkt luth! org lain semua condem dia sbb dia nisa yg innocent kena belasah...hhe
DeleteKesian nisa..xptt btol melina gile tu..
ReplyDeletenama pun melina tu gila, ada... mana ada patutnya... haha
Delete