BAB 6
“Nisa!”
“Apa?” Suaranya
dilaungkan sambil kepala Nisa dijengahkan sedikit dari tangga tingkat atas. Dia
malas nak turun ke tingkat bawah.
“Ada
bungkusan untuk kau.” Fatehah masih memegang bungkusan Nisa tu. Ringan je kotak ni, apa ya? Fatehah
menggoncangkan sedikit kotak tu di tepi telinganya. Mahu meneka isi barang di
dalam.
Nisa
mengalah, dengan malasnya dia menapak turun ke bawah. Ikutkan hati nak sahaja
dia buat aksi stunt terjun dari
tingkat atas. Tapi itulah, dia sayang lagi nak hidup kat dunia ni…
“Benda
apa tu?”
“Entah…
kau ada order barang online ke?”
Berkerut
dahi Nisa memikirkan samada dia ada membeli barang secara online baru-baru ni. “Ish, seingat aku tak ada… bak sini kotak tu.”
Tanpa
membuang masa bungkusan yang disuakan oleh Fatehah dicapai dan dibuka dengan rakusnya.
Fatehah hanya memerhatikan sebab dia pun teruja juga nak tahu isi kandungan
kotak tu yang boleh tahan juga besarnya.
“Fulamakkkk!”
Fatehah menjerit kuat. Kedua-dua mereka terkejut sebaik saja bungkusan tu
dibuka oleh Nisa.
“iPhone 5S tu! Gila kentang banyak duit
kau Nisa. Beli handphone baru tak
ajak aku.” Fatehah teruja terus diambilnya iPhone
5S berwarna putih yang berada di tangan Nisa dan membelek benda tu dengan penuh
rasa kagum. Sudah lama dia idam nak beli gadjet
terbaru di pasaran ni tapi tak mampu… alih-alih Nisa dah beli dulu.
“Eh,
mana ada aku beli… aku mana ada duit nak beli.” Nisa menafikan. Tiba-tiba Nisa
seperti teringatkan sesuatu. Pembalut kotak tadi… terus diambil semula dan
dibelek pembalut yang dikoyaknya sebentar tadi untuk mencari nama pengirim.
“Nama
pengirim tak adalah wei… ada nama aku je.”
Nisa memberitahu sambil matanya masih setia mencari maklumat lain pula. Mana tahu,
pengirim ada tulis benda lain sekali ke pada kertas pembalut tu.
“Nisa
ada kad kecil dalam kotak ni.” Fatehah menyuakan kad bergambar teddy bear comel
di luar kepada Nisa. Dia jumpa kad tu ketika dia mencari buku manual iPhone untuk dibaca. Alih-alih ada
terselit satu kad kecil yang comel di bahagian dalam bawah sekali kotak itu.
Nisa
mencapai kad yang dihulurkan Fatehah dan dibukanya dengan tertib.
Sorry.
=(
“Tu
je dia tulis? Bukan nak tulis nama.”
Mulut Nisa membebel.
Fatehah
pun turut membaca kad tu. “Siapa ya yang hadiahkan kau iPhone ni?”
“Kalau
aku tahu, tak adalah aku tanya kau tadi. Tak adalah aku sibuk-sibuk cari nama
pengirim dekat kertas pembalut tadi. Kau ni Tehah… cuba rasional sikit.” Nisa menggeleng
perlahan.
Mereka
duduk bersila diruang tamu sambil membelek iPhone
tadi. Selalu tengok orang kaya-kaya je
pegang. Kali ni dah ada depan mata mereka… jakun tak jakun la juga. Rupa macam
kera baru dapat bunga tu pun adalah sikit-sikit. Yang bezanya kera dua ekor ni
lawa banyaklah daripada kera kat hutan tu.
“Kau
rasa siapa yang hadiahkan kau benda mahal ni?”
“Abah
aku kut. Semalam aku ada call dia,
cakap phone aku dah kembali ke
rahmatullah...” Err, maksud Nisa phone
dia jahanamlah tu. Nisa kan SOPAN bak kata Luth.
Fatehah
mengangguk kepala. “Ooo… telefonlah abah kau cakap terima kasih.” Telefon bimbitnya
disuakan kepada Nisa.
Nisa
akur segera nombor telefon abahnya didail… “Assalamualaikum, abah… terima kasih
ek bagi phone baru kat Nisa. Terharu
Nisa…” baru nak buat ayat drama abah dah memotong percakapannya. Nisa pun diam
memberi laluan kepada abahnya pula untuk bercakap. Tiba-tiba dahi Nisa berkerut…
“Eh,
ye ke bah? Err, tak apalah kalau macam tu. Kirim salam kat ummi ya. Ya-ya…
nanti Nisa cari. Waalaikummusalam.” Telefon di tekan butang merah.
“Abah
kau ke yang bagi?” Fatehah dah tak sabar.
“Bukan.”
Nisa
dengan Fatehah saling berpandangan…
“Kalau
bukan abah kau… dah tu siapa yang bagi? Err, nak kata rezeki jatuh dari langit…
macam tak logik. Walaupun, memanglah rezeki tu Tuhan yang bagi.” Fatehah
menambah lagi.
Nisa
diam mematung, hadiah mahal ni nak terima macam gitu tanpa tahu siapa yang bagi
macam tak best pula walaupun
memanglah bestkan dapat benda mahal free…
siapa tak nak? Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari, musuh jangan dibuat!
Kan?
“Secret admire kau kut.” Fatehah membuat
spekulasi lagi.
“Ish,
orang tak lawa macam aku ni ada ke secret
admire? Merepeklah kau ni.” Nisa merendah diri, padahal dalam hati tu
kembang kempis bangga kalau betul dia ada secret
admire. Huhu, hot stuff jugak rupanya aku ni. Nisa memuji diri sendiri dalam
hati. Dasar perasan!
“Dah
orang bagi… kau sapu jelah.”
“Nak
sapu buat apa? Aku guna buat telefon oranglah nama pun telefon bimbit bukannya
penyapu. Apalah kau ni.” Nisa mengekek.
“Sengal!”
Fatehah menjerit kecil lalu dibalingnya kusyen sofa kemmuka Nisa. Padan muka
loyar buruk lagi dengan aku. Huh!
Persoalannya
sekarang… siapa yang bermurah hati sangat bagi iPhone dekat Nisa ni?
“Bila kau
nak jumpa mamat tu?” Fatehah menyoal Nisa ketika mereka sedang lepak di ruang
tamu rumah sambil menonton sinetron indon.
“Tak
tahu…” Sepatah Nisa menjawab.
“Diam
macam tu saja? Pelik. Hari tu beriya aku dengar nak saman bagai.”
Nisa
mengangkat bahunya lemah membawa maksud aku tak tahu! Tak faham bahasa ke minah
ni.
“Entah-entah
dia tengah cari lawyer hebat nak
saman kau.”
Nisa
menjeling lipat maut ke arah Fatehah. Minah ni memanglah mulut suwei! Ada ke patut sebut benda yang dia
tak nak dengar. Nak di‘smack down’kan
kawan baik… nak dibiarkan hati dia sakit. Eii, geram betul rasa!
“Kau
diam boleh? Makin banyak kau cakap makin sakit hati aku rasa. Jangan disebut
pasal mamat tu boleh tak? Nanti lagi malang hidup aku.” Suara Nisa berubah nada.
“Aku
tanya je… tu pun nak marah.” Fatehah
memuncung. Merajuklah tu kena marah.
“Ala,
lagipun hari tu masa bergaduh dengan dia… kan dia nampak handphone aku rosak. Yalah, kan dia yang baling beg aku sampai
bersepai handphone dek balingan dia
tu. Kalau dia ada nombor telefon aku pun macam mana dia nak contact aku kan?” Nisa membuat andaian
sendiri.
Fatehah
mengangguk. “A’ahkan… mana dia tahu kau dah tukar handphone dengan nombor baru sekarang kan. Tapikan… entah-entah dia
apa yang bagi dekat kau iPhone tu!
Sebab rasa bersalah bagi rosak handphone
kau hari tu. Ada kemungkinan juga aku rasa.” Fatehah tiba-tiba teruja.
Muka
Nisa berkerut seribu…
“Ya
ke? Ish, tak kanlah! Mustahil… tengok rupa pun aku dah tahu yang mamat tu jenis
bakhil.” Nisa cuba menafikan, padahal hati dia dah rasa was-was.
“Aku
agak je.”
Tiba-tiba…
“Ibu-ibu bapak-bapak, Siapa yang punya anak…
bilang aku. Aku yang tengah malu sama teman-temanku kerana
cuma diriku yang tak laku-laku…” telefon bimbit Nisa berbunyi
nyaring. Amboi, ringtone lagu pun,
tak boleh blah betul… desperate gila
bunyi.
“Bila
kau nak tukar ringtone kau tu? Dah la
lagu zaman purba, sekarang dah 2014 kut. Lirik pun tak menahan langsung... tolong
carikan diriku kekasih hati, tak laku-lakulah. Lirik tak boleh desperate lagi ke ha?”
Tengok,
Fatehah pun cakap ayat yang sama!
“Sibuk…
suka hati akulah. Telefon aku.”
Nisa
melihat nama yang tertera di permukaan telefon bimbitnya dan spontan membulat
terus matanya!
Encik
Hensem.
Encik
what?!
Nisa
tiba-tiba rasa tak sedap hati. Encik perah santan mana pula telefon dia ni…
matanya masih setia memandang iPhonenya.
Tapi langsung tak dijawab panggilan tu. Rasa ragu-ragu tu bermaharajalela dalam
hati, cuak tahap giga… Akhirnya telefon Nisa berhenti berdering.
“Kenapa
tak jawab? Siapa call?” Fatehah
menyoal, pelik dia rasa bila Nisa tak jawab panggilan sebentar tadi.
“Aaa,
errrm… aku…” Nisa tak tahu nak jawab apa. Kang dia cakap Encik Hensem yang call, Tehah cakap dia mental pula.
“Ibu-ibu bapak-bapak, Siapa yang punya anak…
bilang aku. Aku yang tengah malu sama teman-temanku kerana
cuma diriku yang tak laku-laku…”
Telefon
bimbit Nisa sekali lagi berbunyi. Nisa terkejut… dibacanya nama pemanggil yang
tertera. Encik Hensem lagi yang call!
Encik Hensem mana ni?! Aku tak kenal la mana-mana Encik Hensem… Nisa terus
menyumbat iPhonenya tu ke bawah
kusyen sofa.
Fatehah
makin pelik melihat gelagat Nisa ni. Orang telefon tak dijawab lepas tu siap
bawa sorok bawah kusyen lagi. Macam along Bukit Beruntung sahaja yang telefon
dia. Muka cuak semacam…
“Siapa
yang call? Tak nak jawab meh aku nak
tolong jawab.” Fatehah dah bangun menghampiri Nisa. Tangannya disua untuk
mengambil telefon bimbit Nisa yang berada di bawah kusyen sofa.
“Jangan!
Aku jawab sendiri.” Nisa melemparkan senyuman paling aneh untuk Fatehah.
Kemudian terus dia berlari naik kebiliknya bersama-sama telefonnya itu.
Fatehah
cuma mampu menggelengkan kepalanya melihat keletah Nisa yang tiba-tiba berubah
pelik.
Pintu bilik
ditutup kuat! Sekuat hatinya yang tengah berdegup sekarang ni… Nisa bersandar
disebalik pintu bilik tidurnya dengan dada yang sedang berombak. Ombak rindu
barangkali. iPhonenya masing
berdering lagi, menandakan pemanggil disebelah sana also known as Encik Hensem masih berusaha menghubungi Nisa.
Telefon pintarnya itu diangkat
tinggi. Melihat nama pemanggil tu saja dah buat hati Nisa berdegup kencang sebab
takut! Dia sendiri tak perasan ada nama Encik Hensem dalam list contactnya sebelum ni. Sungguh tak perasan! Lagipun serasa
dia, tak ada pula dia save contact nama
pelik macam ni. Gila perasan. Jangankan nak save
guna nama tu… nak sebut pun Nisa rasa dah meremang bulu romanya. Telefon
bimbitnya berdering buat kesekian kalinya. Nisa masih tak jawab panggilan
misteri tu! Misterilah sangat kan. Misterilah tu… tiba-tiba je Encik Hensem.
“Nisa, pick up your phone! Bising la!” Fatehah menjerit dari luar biliknya.
“Ya, ya nak jawab la ni!” Nisa
membalas, bibirnya diketap kuat… sibuk je
Tehah ni. Tak tahu ke aku tengah takut gila ni. Serta-merta jarinya menyentuh button hijau. Dengan rasa yang was-was iPhone ditekapkan ke telinga sebelah
kanannya…
“Err, hello?” Suara Nisa jelas takut-takut.
“Hello!
Apahal lambat sangat pick up phone?
Ingat saya ni tak ada kerja lain ke selain telefon awak? Ingat awak tu anak
raja ke nak kena telefon sampai berpuluh-puluh kali baru nak angkat? Tidur mati
ke apa?” Terus pemanggil disebelah sana a.k.a Encik Hensem menyembur Nisa,
macam air cakap… laju gila. Nada suaranya jelas tengah marahkan Nisa. Yalah dah
naik kebas jari-jarinya dial nombor Nisa. Ni entah kali ke berapa baru Nisa
jawab. Mana tak hangin!
Nisa
tersentak sebaik sahaja mendengar suara pemanggil tu. Matanya tak berkelip…
suara tu.
Suara…
Tahu
rupa mayat hidup berjalan macam mana?
Ha,
rupanya sebijik macam rupa Nisa sekarang! Masam, muram, sedih, berdukacita, frust, takut… pendek kata semua jenis
emosi yang negatif memang jelaslah terpancar daripada raut wajah manis Nisa.
Nisa
melakukan tugasan kerjanya dengan perasaan yang tak bersemangat. Ada sahaja
kerjanya yang silap dibuat. Silap taip maklumatlah, salah fotostat dokumenlah,
bancuh air tawarlah. Nak dibuang sampah terbuang jam
tangan. Serba tak kena…. Apa taknya hati tengah walang mengenangkan
nasib diri yang malang sejak bertemu dengan Luth. Lepas satu, satu benda buruk
menimpanya…
“Hai,
Nisa… bergaduh dengan pakwe ke? Mengeluh kuat I tengok.” Waqif muncul
tiba-tiba. Tubuhnya bersandar santai di pintu pantri.
Nisa
sikit pun tak terkejut. Kepalanya dikalih memandang bosnya, lemah sekali
pergerakannya. Hanya satu senyuman tawar yang dilemparkan kepada bosnya sebagai
jawapan kepada soalan bosnya tadi.
Dahi
Waqif berkerut… pelipis kening digaru perlahan. Pelik. Selalu bukan main lebar
dia senyum dekat aku macam nak terkeluar gigi-gigi dia kalau aku tegur dia. Ini
senyum pun macam terpaksa sahaja… hati Waqif berdesis dalam diam.
“You
tak sihat ke? Kalau you tak sihat, jomlah I bawak pergi klinik ambil ubat.”
Waqif memang bos yang prihatin. Manalah Nisa tak jatuh hati dengan bos mudanya
ni.
“Bos…
tak ada klinik yang boleh ubat penyakit saya. Tok bomoh terhandal sekali pun
tak boleh ubat sakit saya ni. Ini sakit dalam…” Nisa bersuara perlahan.
Tiba-tiba rasa nak menangis… bila teringat balik perbualan telefonnya dengan Encik
Hensem dia baru-baru ni. Huh, Encik Hensem la sangat. Encik Hatuihhh! Ada…
Teringatkan
balik perbualan mereka semalam pun dah boleh buat Nisa rasa nak pitam!
“Err, hello?” Suara Nisa jelas takut-takut.
“Hello!
Apahal lambat sangat pick up phone?
Ingat saya ni tak ada kerja lain ke selain telefon awak? Ingat awak tu anak
raja ke nak kena telefon sampai berpuluh-puluh kali baru nak angkat? Tidur mati
ke apa?” Terus pemanggil disebelah sana a.k.a Encik Hensem menyembur Nisa.
Nisa
tersentak sebaik sahaja mendengar suara pemanggil tu. Matanya tak berkelip…
suara tu.
Suara…
Luth!
Nisa
terdiam.
“Hello? Hello? Ha, elok sangatlah tu. Dah jawab tak mahu cakap. Saya
telefon awak ni memang saja nak cakap sorang-sorang
pun. Memang tak nak dengar awak cakap pun… memang sajalah nak bazir duit telefon
awak malam-malam macam ni.” Luth membebel. Panas hati betul dia rasa. Dah
angkat lepas tu tak cakap! Bisu agaknya.
Nisa
mencebik disebelah sana. Alah, bukannya Luth nampak pun… telefon je kan? Menyindir aku aje kerja mamat ni.
Nisa mengutuk.
“Ada
apa encik call saya? Eh, nanti dulu…
mana encik tahu nombor baru saya?” pelik Nisa tiba-tiba Luth boleh tahu nombor
baru dia.
“Laa… dah saya yang belikan nombor tu.
Saya tahulah!”
Again,
buat kali keduanya Nisa tersentak mendengar ayat Luth. Maknanya iPhone ni pun mamat tak center inilah yang bagi! “Aaaaa… apa?”
Nisa gagap.
“Apanya
apa? Saya tahu sebab saya yang beli nombor ni. Telefon tu saya yang hantar
dekat rumah awak. Macam mana ok tak? Selesa guna?”
Selesa
kucing siam kau! Kalau aku tahu kau yang bagi dah lama aku buang dalam tong
sampah! Nisa menyumpah seranah di dalam hatinya.
“Nisa?
Are you there? Awak ni memang suka
berangan ke masa cakap telefon? Nisa?” Luth memanggil-manggil nama Nisa.
“Ya,
saya ada lagi kat sini. Encik nak apa call
malam-malam ni? Mengganggu tahu tak.” Nisa membalas dengan nada yang jelas
menunjuk dia malas nak melayan panggilan Luth.
“Pasal
kes hari tu. Saya dah jumpa dengan lawyer
saya… dia dah set date. Hujung minggu
ni, hari ahad kita jumpa dekat Station
One Café untuk bincang dengan lebih lanjut.”
Bummm!
Hah, na hayyy, baru nak ‘cerah’ mata
Nisa masa tu dengar ayat Luth. Macam orang hempap kepala dia dengan batu
konkrit rasanya tahu!
“Errr…
encik biar betul? Tak kan betul-betul nak saman saya?” Suara Nisa mula berubah…
menagih simpati. Huhu.
“Betullah.
Sampai nak lunyai kepala saya awak belasah hari tu. Ingat senang-senang boleh
lepas?”
“Tapi…”
“No excuse… hujung minggu. Hari ahad.
Pukul sepuluh pagi. Station One Café.
Set. Bye-bye.” Suara Luth berbaur arahan.
“Hello? Hello?” telefonnya bukan di tepi telinga lagi tapi sekarang di
hadapan mulutnya.
Tuttttttt...
“Hampeh…
dia letak telefon terus. Aku tak habis cakap lagilah!” Nisa menjerit kuat pada
telefon tu. Berapi-api Nisa rasa masa tu. Geram, bengang, tension… semualah. Tak sempat dia nak bangkitkan soal nama Encik
Hensem tu Luth dah letak telefon.
Mulai
detik itu... Nisa set nama baru
kepada Luth dari Encik Hensem ke Encik Hantu! Kira ok la tu huruf H masih
dikekalkan yang belakang-belakang saja dia ubah.
Waqif
memandang Nisa pelik. Dia mengawangkan tangannya di hadapan Nisa. Tak ada
respon… Nisa masih mengelamun. Matanya tepat memandang dinding pantri. Khusyuk
tak bergerak.
“Nisa are you ok?” suaranya ditinggikan
sedikit.
Nisa
tersedar, kepalanya digeleng beberapa kali. Dia tersengih memandang ke arah
bosnya. “Err, sorry bos. Apa tadi bos
cakap?”
“I
tanya you ok tak ni? Mengelamun tiba-tiba.”
“Nope.
It’s ok, I’m fine…”
“Dah
tu, apasal I tengok you lembik semacam? Macam tak bertenaga langsung I tengok. You
ada masalah ke?”
“Taklah
bos saya ok… penat sikit.” Nisa tersenyum ke arah Waqif. Terus dia minta diri
untuk menyambung kerjanya, meninggalkan Waqif terpinga-pinga di hadapan pantri
pejabat.
“Pelik…”
sepatah komen Waqif kepada perubahan diri Nisa.
Satu
perkataan je yang menyebabkan Nisa
berubah jadi macam mayat hidup dengan hanya satu panggilan.
Luth!
----------------------------
TK: Habislah Nisa... lepas ni Luth nak bawak lawyer saman dia! ha, siapa suruh bedal kepala orang sampai nak lunyai... heh.
TK: Habislah Nisa... lepas ni Luth nak bawak lawyer saman dia! ha, siapa suruh bedal kepala orang sampai nak lunyai... heh.
Habis la nisa...
ReplyDeleteentah ape la si luth tu nak kenakan lisa..
*geleng2 kepala gak.. Luth tu dalam otak dia idea melimpah ruah nak kenakan nisa.. hehe
DeleteLost kejap..
ReplyDeleteMasa hp Nisa bunyi..dah sah2 tu hp baru kan? Apsal Tehah pelik dgn bunyi ringtone tu? Bukan Nisa yg set kn bunyi ringtone tu kn? Dan apsal pulak Nisa pelik dgn nama pemanggil tu..dia baru je dapat hp tu kot. Err, sorry akak mmg lost skit pg ni.. Takleh nk imagine skit part 6 ni. Haha.
Btw, Luth sengaja cari alasan nk jumpa Nisa je kan.. Bukan nk bincang pasal kes saman pn. Betul tak?hehehe
Haha...lost ya? meh saya guide akak balik. mg tu phone baru n nisa yg set ringtone tu tp bygkan yg tu bkn 1st time tehah dgr lps nisa dpt phone tu. sebelum luth call ada lagi org lain call.. hehe. Yg psl nama pemanggil tu... nisa tak sedar pun luth dah savekan nama dia sndri dlm cntct list tu.
Deletehehe, yg pasal saman tu kita kena tgu next chpter... mana tau kut2 mg betul Luth mg nak saman Nisa ke? haha
Habis la habis nisa nisa...
ReplyDeletehabisss kiok yilek... ahah
DeleteHabis la kau nisa....
ReplyDeletebalasan ni balasan... haha
DeleteHahaha mesti luth ada perancangan terancang ni....
ReplyDeletekekeke... tu kita tak tau... tungguuuu ;)
Deletebaget desperado punya ringtone - mencari jodoh (wali band) kikiki ... adoi Nisa, siapa yg set tu? Luth atau Nisa. boleh pulak pandai guna iphone ni terus iyer. Luth ni bermurah hati pulak belikan iphone 5s, belikan nokia 3210 cukup lah kikiki. tau pulak takut iyer Nisa, minta2 lah Luth mau settle di luar mahkamah, hehehe luar mahkamah tapi dlm bilek, kena baca ijab qabul depan tok kadi.
ReplyDeleteNisa aa yg set... dia rasa diri dia tak laku tapi tak tau ada yg dok usya dia dalam diam... hahaha. Org kaya bley aa nak sedekah iphone cam tu jer kak... cuba kalau kita?? heh, dlm mimpi...
Deletedlm bilik?? hahaha..
Abih la nisa.... hehe...
ReplyDeletehaha... balasan tu kak syania... ;)
DeleteRasanya luth ajak dating je tu. Ada ke nk bincang kes saman ari ahad. Loyer cuti da..hehe
ReplyDeletehahaha... kan... tapi tu personal lawyer.. bila2 dia boleh panggil..huhu
DeleteBest..
ReplyDeletehehe..tq :)
Delete