22 October 2015

Prolog P.A.P.A




PROLOG

Pertama kali dalam seumur hidupnya Qaisy terpaku… lenggok gaya si dia menjadi perhatian. Si gadis sedang tekun membaca buku di tangannya sambil tangannya membetulkan rambutnya yang jatuh ke dahi sekaligus menyukarkan bacaannya.

Mata Qaisy bagaikan digam apabila memandang si gadis yang anggun berbaju kurung kapas itu. Gerak lakunya menjadi tarikan.

Si gadis menyelit rambut ikalnya ke belakang telinga.

Qaisy menelan air liurnya. Glup!

“Bidadari syurgaku.” Tuturnya perlahan.

Tiba-tiba sahaja Qaisy terasa bahagia apabila ternampak gadis itu. Effect bidadari turun dari langit menjelma bilamana dia mula nampak cahaya muncul disekeliling gadis itu. Segala-galanya seperti di dalam movie… segala-galanya menjadi slow motion… kepalanya tak berpaling daripada memandang si gadis. Mulutnya ternganga. Matanya berkelip beberapa kali. Sebelum…


BUMMM!

8 comments: