2 April 2012

Cerpen : Gaduh-gaduh sayang (i)



“Kalau Zara tak nak terima pinangan­ tu Mak Kiah nak buat apa?” Zara memandang Mak Kiah

“Hey! Berapa kali aku cakap panggil aku Auntie Kelly! Kiah tu nama kampung. Kau kena terima jugak kalau tak tapi jangan harap tanah mak kau nie aku nak bagi dekat kau. Aku akan jual tanah nie. Biar padan muka kau.”

Tak sedar diri dah nama tu Lekiah ada hati nak tukar Kelly! Aku panggil Lengkuas baru tau.

“Mana boleh tu tanah mak. Mak Kiah mana boleh jual. Bukan hak Mak Kiah.” Zara tetap memanggil nama Kiah walaupun dia tau ibu tirinya tak suka.

“Kau nie memang bebal kan? Kelly! K-E-L-I… Kelly bukan Kiah.” Mak Kiah a.k.a KELI seperti yang diejanya tadi membetulkan sanggul bonggol untanya tu. Baru lepas pergi buat rambut. Mahal tu.
Kelly diejanya Keli? Ikan keli…hahaha

“Peduli apa aku dengan hak. Yang aku tau kau kena terima pinangan tu. Faham budak bodoh?” Kasar betul bahasa mak cik tua nie.

“Zara tetap tak nak terima pinangan tu. Zara nak balik geran tanah nie. Zara tak kira Mak Kiah kena bagi balik geran tanah. Tu hak Zara bukan Mak Kiah. Tanah nie milik mak Zara, Mak Kiah tak boleh ambik tanah nie.” Zara merenung tajam ke arah Mak Kiah… betul-betul macam nak telan! Ah, kalau boleh di telan sekalipun Zara tak ingin. Lemak ja yang banyak orang tua nie, buat gemuk badan dia ja nanti. Dah la tu lemak degil! Sebab tu Mak Kiah gemuk walaupun minum vitagen dengan buat sit up hari-hari

“Kau nak tenung aku sampai biji mata kau tercabut keluar sekalipun lantak kau lah… kau pilih terima pinangan tu atau aku jual geran tanah mak kau nie. Tapi dah sah-sah lah aku nak kau terima pinangan nie kan.”

“Zara tak nak!”

“Baik. Aku jual tanah mak kau nanti. Degil. Bodoh macam bapak dia jugak.” Mak Kiah merengus. Dia nak berlalu pergi tapi Zara tahan.

“Mak Kiah bak geran tanah nie dekat Zara.” Zara masih meminta haknya.

“Aku boleh bagi tapi kau kena terima pinangan tu.”

Zara terdiam. Dia tak nak terima pinangan tu sebab lelaki yang meminangnya tu. Kalau lelaki lain memang dah lama Zara terima.

“Zara terima.”

“Bagus. Dari tadi kau terima kan senang. Masa hari nikah kau aku bagi geran tu untuk pastikan kau tak lari dari berkahwin dengan anak Tan Sri tu. Lepas kau kahwin nanti, pergi mampus kau. Ingat jangan tunjuk lagi muka kau tu dekat rumah aku! Dah berambus! Menyampah aku tengok kau.”

Zara merengus kasar. Diikutkan hati ringan saja orang tua tu dia nak tangan-tangankan biar berakal sikit. Zara terima juga pinangan tu. Tanah mak tu tanah pusaka, tanah yang diwarisi dari dulu lagi. Zara tak boleh biarkan tanah nie kena jual. Tapi sebagai ganti dirinya yang ‘terjual’.

Hidup memang tak adil.

Sebaik sahaja Zara keluar dari rumah tu. Bersorak sakan orang tua sorang nie.

“Seronoknya aku. Lepas nie aku nak meloncong ke Paris! New York! Londeh! Eh… londeh ke londen?? Londen kot… hahaha! Aku kaya. Bestnya aku nak pergi jumpa Senah Pendek la… nak canang dekat dia aku nak pergi luar negara. Huh! Bodoh betul Zara tu… dia tak tau yang aku dapat habuan kalau dia kahwin dengan anak Tan Sri tu. Ingat aku kisah sangat ke dengan tanah pusaka yang sekangkang kera nie? tak bernilai langsung kalau nak di banding dengan habuan yang aku akan dapat.” Kelly a.k.a Mak Kiah tengah syok sendiri. Sebut London pun tak betul ada hati nak ke sana… kubur kata mari rumah kata pergi tapi tak sedar-sedar diri jugak.

--------------------------------------------------------

“Kau kenapa? Macam orang dah putus harapan nak hidup… ada masalah ek?” Mien menongkat dagu memerhati Zara.

“Memang! Memang aku dah putus harapan nak hidup. Hidup aku dah musnah!” Zara menghentuk kepalanya di meja berkali-kali.

Woo, woo! Chill  la kak, kot ye pun tak payah la nak bunuh diri hempuk kepala atas meja.” Mien menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Kalau lah bunuh diri tu tak salah di sisi undang-undang negara dengan agama dah lama aku buat Mien.” Zara bersuara tetapi kepalanya tetap tak diangkat dari meja.

“Parah betul kau nie. Berat sangat ke masalah kau nie?” Mien menyoal lagi.

“Sangat berat! Penimbang berat pun boleh pecah kalau aku timbang masalah nie…”

“Ya lah berat… tapi apa yang beratnya? Cuba kau story morykan  dekat aku.”

Zara menarik nafas panjang, kepalanya diangkat merenung mata Mien sebelum ayat nie terkeluar dari mulutnya. “Aku kena kahwin…”

“La… kena kahwin ja ke? Kahwin ja la, best ooo kahwin.” Mien mencelah sebelum sempat Zara habiskan ayatnya.

“Aku kena kahwin dengan Kumad.” Zara menyambung ayatnya dan serentak tu Mien terbangun dari kerusinya.

What? Kumad? Ku Ahmad Ku Arshad? No kad pengenalan 840111-14-6111? Bukit Beruntung? Kumad?” Mata Mien dah terbeliak. Wah, dahsyat kau dengan no ic kau hafal.

Lemah Zara mengiyakan. Tiba-tiba…

Kedebukkk!

Mien jatuh pengsan.

“Mien? Bangunlah! Wei, apahal kau lak yang pengsan? Sepatutnya aku yang pengsan bukan kau. Yang kena kahwin tu aku bukannya kau. Mien! Bangunlah…” Zara menampar perlahan pipi Mien.

Kenapa Mien pengsan? Apa teruk sangat ke kalau Zara kahwin dengan Kumad? Tapi dari reaksi Mien nampak sangat kombinasi Zara dan Kumad memang tak ngam! Bak kata Mien dunia boleh terbalik kalau dua musuh seteru nie berbaik. Aish, hiperbola betul Mien nie.

--------------------------------------------------------

“Aku nikahkan dikau Ku Ahmad bin Ku Arshad dengan Zara Nameera binti Zulkarnain dengan mas kahwin sebanyak RM 150 tunai…”

“Sah? Sah? Sah… Alhamdulillah.”

Kumad dan orang disekeliling menadah tangan mereka mendengar Imam Khairun membaca doa. Selesai mengaminkan doa, Kumad menuju ke arah Zara untuk sesi membatalkan wuduk pula.

Zara berdebar-debar melihat Kumad yang sedang menuju ke arahnya dalam hati tu Tuhan saja yang tau betapa Zara rasa hatinya nak tercicir… tunggu masa ja nak jatuh.

Lensa-lensa kamera tidak henti-henti menyala menangkap saat terindah dalam hidup Kumad dan Zara. Kumad menyarungkan cincin ke jari runcing Zara dan Zara tunduk menyalami tangan Kumad. Kumad boleh rasakan betapa sejuknya tangan Zara macam ais batu!

Sebelum Kumad menciumi dahi Zara dengan perlahan Kumad bersuara… “Tangan kau sejuk.. kau takut dengan aku ya? By the way… welcome to the hell.” Serentak itu senyuman penuh makna tercetus dibibirnya sebelum hinggap di dahi Zara. Semakin galak pula lensa-lensa kamera berdecit merakam aksi mereka.

Walhal dalam hati, Zara mengumam ‘Masaklah aku… memang pendeklah ajal aku hidup dengan mamat otak separuh siap nie…’

Sebelum bersanding Zara berjumpa dengan Mak Kiah untuk mengambil geran. Tersenyum lebar orang tua tu bila Zara dah sah bergelar isteri Kumad sebabnya dia bakal dapat duit berpuluh ribu dari Kumad. Tu yang Zara tak tahu. Yang Zara tau dia lega geran tanah mak dah ada dalam tangan dia balik.

--------------------------------------------------------

Tepat jam 2 pagi, Kereta mewah Bently milik Tan Sri Ku Arshad tiba di Villa Surga Cinta milik keluarga mereka. Mereka tiba agak lewat memandangkan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan tidak putus-putus. Maklumlah anak orang kenamaan yang berkahwin. Kawasan villa tu agak lengang memandangkan segala-galanya dilakukan di hotel dan akad nikah pula di masjid.

“Turun.” Pendek saja ayat Kumad.

Zara menurut saja. Sekali imbas dia memerhatikan kawasan dan nama villa tersebut. Surga Cinta?? Apa orang-orang kaya pun layan band indon ke? Ingatkan orang-orang kaya ni hati besi rupa-rupanya hati bunga jugak. Tanpa sedar dia tergelak kecil. Apa kau ingat orang-orang kaya nie Mutant? Tak ada perasaan ke Zara oii.

“Kau apahal gelak? Seronok sangat kahwin dengan aku?” tiba-tiba Kumad bersuara.

Zara tak menjawab tapi jelingan maut sedas dihadiahkan pada Kumad. ‘Tolonglah aku kahwin dengan kau nie sebab terpaksa tak dak maknanya aku seronok!’ Zara menjawab dalam hati.

“Ingat kau jeling macam tu aku takut?? Kirim salam!” Kumad terus berjalan untuk masuk ke dalam rumah.

Zara yang cepat-cepat mengikut di belakang Kumad untuk memasuki rumah juga tapi tiba-tiba ada tangan menghadangnya memasuki rumah. Tangan siapa lagi? Tangan Kumad lah.

“Kau nak pergi mana?” Kumad menyoal.

“Err… bilik la kot…” Zara sendiri pun tak pasti dengan jawapan dia. Yala dia pun baru first time jejak kaki dekat villa nie.

“Bilik kau dekat sana.” Lurus Kumad menunjukkan arah ‘bilik’ Zara tu.

“Sana mana? Tak nampak pun bilik…” melilau mata Zara mencari ‘bilik’ yang Kumad tunjukkan tu.

“Tu yang warna merah tu. Buta ke! Tu bilik kau.”

“Merah?” akhirnya Zara nampak jugak ‘bilik’ dia. “What?? Tu bukan bilik tu store! Tak kan aku nak tidur dekat si….” Belum sempat Zara habiskan ayatnya.

“Bummmm!” Kumad dah tutup pintu utama.

“Memang tak bertamadun mangkuk nie. kecik-kecik tak nak mampus, besar-besar lagi liat nak mampus! Erghh, sabar Zara… sabar… iman kau kuat lagi.” Akhirnya lemah kaki Zara melangkah ke ‘bilik’ barunya itu. Sebaik tombol ‘bilik’ tu dibuka Zara terkedu! Beg ditangan terlepas ke tanah melihat keadaan ‘bilik’ tu.

“YaALLAH! Bilik ka tempat jin bertendang!” Zara rasa nak pengsan. Kerusi meja tunggang terbalik. Tilam berlipat dua. Katil di tengah-tengah jalan. Penyapu bertabur atas lantai. Sampah tak payah cakaplah dah macam hiasan atas lantai tu. Bersepah!

Hampir menangis Zara rasakan. Nie baru malam pertama… hari-hari yang mendatang? Wallahualam… tuhan saja yang tau.

“Tak boleh Zara, kau tak boleh kalah! Kau kena kuat… nie baru sikit mamat tu nak perdajal kau. Kalau awal-awal lagi kau surrender mesti mamat tu perlekeh kau. Kau boleh buat Zara.Gambatte!” Zara tiba-tiba bersemangat. Beg di letakkan di tepi pintu dan sesi mengemas ‘bilik’ bermula!

Permulaan hidup Puan Zara Nameera sebagai isteri Ku Ahmad adalah… mengemas bilik store pada malam pertamanya. Memang tragis!

--------------------------------------------------------

So, how’s your first night? Ada kick tak??” muka miang-miang keladi dah menjelma.

“Apa kata aku Kick kau? Nak tak? Lagi best…” Zara menunjukkan kakinya.

“Ala, gurau-gurau sikit tak boleh kau nie. Cuba story sikit pengalaman jadi isteri orang dekat aku yang tak jadi isteri orang lagi nie. Any good tips ke?” Mien menongkat dagu memerhati Zara. Kedua-dua tanggannya diletakkan di atas meja.

“Hurmm… good tips? Ada! Nanti bila kau dah kahwin perkara pertama kau kena buat masa first night kau jadi isteri orang… kau…” Zara diam tiba-tiba, dia tersenyum penuh makna dah.

“Apa? Buat apa?” Mien dah bersemangat!

“Kau letak racun dalam air minuman laki kau. Biar dia mati terus!”

Choi!! Mien menjerit kuat. “Mulut kau nie memang sue!” Mien memaki-maki Zara dalam bahasa cinannya. Terherot-herot bibir amoi nie mengutuk Zara.

“Hahaha! Kata nak good tips? Aku bagi dah la tu.” Zara ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Mien.

“Tu bukan good tips! Tu tips nak aku cepat menjanda!”

“Aku cakap betul lah tu Mien… in case kalau kau dapat laki yang macam Kumad tu, aku rasa tu la benda first kau kena buat kalau kau tak nak merana macam aku.” Suara Zara dah berubah serta-merta.

“Apa nak touching-touching nie, Kumad buat apa dekat kau?”

“Arghhh… aku tak nak jadi bini dia Mien! Aku tak nak dekat dia… uwaaa!” tiba-tiba Zara meraung dekat tengah-tengah kedai makan tu. Soalan Mien dibiarkan tak berjawab.

“Woi-woi, tau lah tengah sedih perlahan la sikit suara tu orang tengok tu! Malu la wei… shuhhh…” Mien tersenyum-senyum ke arah orang yang sedang memerhati mereka.

“Kau apa tau? Mamat tu mental tau tak! Ada ke hari tu dia sepak pintu bilik aku semata-mata nak suruh aku bangun cat rumah dia yang bapak gila besar tu. Huh!”

“Dah tu kau buat ke?”

“Buat lah dah dia ugut aku… tapi kan… tak da maknanya aku nak cat rumah dia cantik-cantik. Kau tau aku buat macam mana?” Zara tersenyum sebelum sambung ayatnya. “Aku simbah ja cat tu kat dinding rumah dia. Habis bertompok dinding rumah dia. Padan muka! Suruh lagi aku buat kerja gila tu.” Zara ketawa, tadi menangis sekarang gelak macam esok dah tak ada pulak.

“Gila kau. Bapak mertua kau tak mengamuk ke kau buat macam tu kat rumah dia??” Mien muka dah teruja sangat. Berani mati betul Zara nie.

“Huh, tengok anak dia la… kalau anak pun dah tak serupa manusia nie kan pulak bapak dia, lebih kurang dua-dua beranak tu. Pelik macam makhluk asing. Lagipun dari hari first kami kahwin lagi, bapak mertua aku tu tak ambik tahu hal kami.” Sesedap rasa ja Si Zara nie mengutuk suami dengan bapa mertua dia… ish, ish , ish.

“Lepastu kau tau tak mamat tu suruh aku tinggal dalam store! Tau tak store? Store tempat orang simpan barang tu… dia ingat aku nie kucing kurap ke apa suruh tinggal dalam store? Tak ke gila tu? Kalau tempat tu dia suruh orang gaji dia kemas tak pa la jugak nie aku yang kena kemas sendiri kau tau. Dah la tempat macam tempat jin bertendang! Sepah macam kena hentam dengan taufan Katrina.” Zara kalau cakap ayat mesti hiperbola yang melampau-lampau.

Serius? Kau tinggal dalam store? Perghh! Zionis gila Kumad nie…” Mien mengurut dagunya yang licin tu.

“Betul! Memang zionis. Kejam! Isk, isk, isk…”

“Tapikan… setahu aku lah kan, rumah Kumad tu bukan sebarang rumah. Villa tu! Mesti besar gila macam istana… then dia punya store pun mesti besar jugak kan? Silap haribulan lagi besar dari rumah sewa aku tu…” Mien mengalih pandangannya ke Zara. Zara tiba-tiba berhenti dari menangis kemudian tersengih macam kerang busuk.

“Hehehe… besar tu besar la jugak. Macam rumah sewa kau ada la sikit saiz dia… hehehe.” Zara tersengih lagi.

Mien dah mula mencebik mulut. “Kau buat teruk boleh.”

“Tapi! Dia masih tak patut suruh aku tinggal sorang-sorang dekat store tu. Tak berperikemanusiaan. Kumad tetap kejam!”

--------------------------------------------------------

Minggu tu minggu terakhir Zara kena hantar kerjanya. Tapi…

“Kumad mana Kumad?! Mana jantan tak guna tu?”

Mien pelik melihat Zara tiba-tiba macam orang gila serang bilik kuliah Kumad. Tapi Kumad tak ada pun dekat sana.

“Zara. Kau kenapa buat kecoh kat sini? Malu orang tengok. Jom!” Mien dengan susah payah menarik Zara yang tengah mengamuk pergi tempat lain.

“Kau kenapa mengamuk tak tentu pasal? Tak malu ke wei…” sambil tu Mien menghulurkan air kepada Zara. Biar dia tenang sikit tapi Zara hanya letak air tu di sisinya.

“Aku tension tau tak. Tensiontension!” Zara menumbuk paperwork ditangannya. “Kau tengok nie. Kau tengok paperwork aku nie!”

Mien menyambut huluran kertas yang Zara bagi tu dan…

“Hahahahahahaha! Beb! Aku tak tau pulak yang hubby kau nie kreatif ada bakat terpendam. Pandai melukis kartun… hahaha… kau tengok Powerpuff girls, spongebob nie… eh, sin chan pun ada? Comelnya! Haha, kiutnya dia lukis ninja turtle nie… pergh! Doraemon dengan Power rangers pun termasuk sekali? siap letak kaler-kaler lagi. Haha! Wait-wait! Mak atasinchi pun ada?? Adoi, sakit perut aku Zara… lawaknya…” Mien dah gelak berguling-guling dekat atas simen jalan. Memang tak senonoh amoi sorang nie.

“Woi, bangunlah! Orang tengok tu… buruk sungguh perangai. Kawan tengah tekanan perasaan dia boleh bantai gelak. Tak bertimbang rasa langsung. Huh!” Zara menampar kuat paha Mien.

“Hahaha! Sorry, Zara… aku tak boleh kalau tak gelak. Seriously boleh mamat tu buat kerja macam nie? adoi, comel gila kartun yang dia lukis macam kindergarden punya budak lukis.” Mien mengesat air mata yang keluar dari tubir mata dia sebab gelak banyak sangat.

“Comel tak comel. Paperwork aku tu. Kau tau kan 3 hari 3 malam aku bersengkang mata nak siapkan projek nie sebab nak tampung carrymark aku yang dah macam nyawa-nyawa ikan tu pasal aku tak nak repeat lagi paper Madam Kuan Lin tu… last-last kau tengok! Madam Kuan Lin reject paperwork aku bulat-bulat kau tau tak! Dia siap cakap lagi, aku nie perangai macam budak-budak belum mumaiz. Ntah macam man dia tau istilah mumaiz tu aku pun musykil. Kalau aku cakap Si Kumad punya kerja memang mati hidup balik Madam Kuan Lin tu tak percaya. Last-last aku kena menipu cakap adik aku punya kerja. Padahal celah mana aku ada adik pun aku tak tau! Tension tau tak? Tension! Menipu satu hal, kena repeat paper satu hal. Erghhhh! Semua sebab kuman bakteria tu aku kena repeat paper Madam Kuali nie.”

“Ish, ish… agak la kau nie pun, ada ke patut panggil Madam Kuan Lin tu Madam Kuali… tau la nama diaorang nak iras-iras. Tapikan kalau kau dapat cari Si Kumad tu pun, nak ke dia mengaku dia punya kerja? Aku tak rasa mamat ego tinggi melangit macam Si Kumad tu nak mengaku semua nie dia yang buat.” Mien memberi pendapat yang agak bernas juga pada pendengaran Si Zara nie.

“A’ah kan… macam la Kumad tu nak mengaku dia perdajal aku kan… tapi tak kan nak biar ja dia terlepas? Ini tidak adil!” Zara tak puas hati.

Mien hanya mampu menjongketkan kedua-dua bahunya serentak tanda ‘I have no idea at all.’ 

Lama dua sahabat nie terdiam sebelum…

TING!! Mentol bulat meyala atas kepala Zara.

“Aku ada idea… Muahahaha!”

“Wooo… agak-agakla kalau ada idea pun. Muka tu cover la sikit dah macam mak tiri nak baling anak tiri dia dalam gaung ja aku tengok. Menakutkan!”

Zara tersenyum makna. ‘Kumad… ada ubi ada batas, ada hari aku balas jugak… kau tunggulah.”

--------------------------------------------------------

Pagi tu suasana dalam Villa sepi saja. Hurmm, yang sebetulnya hari-hari villa tu sepi. Zara tersenyum sorang-sorang memerhatikan keadaan sekeliling. Daddy tak ada, Kumad mana? Kepala Zara masih melilau lagi.

“Bik, Tuan Muda mana?” Zara terus bertanyakan pada Bibik lepas tak nampak kelibat Kumad.

“Ya, gayanya Tuan Muda sudah keluar kok awal pagi lagi. Katanya mahu lari-lari perlahan di taman. Apa itu jogging ya? Bik pun enggak pasti. Tapi yang pasti Tuan Mudanya sudah keluar.”

“Ooo, ok-ok… terima kasih Bik.” Zara memberi senyuman pada Bibik.

Langkah kaki diatur perlahan-lahan ke tingkat atas. Sekali tengok macam penyamun tarbus pun ada gaya Si Zara nie. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu bilik Kumad, dia memulas tombol pintu dengan berhati-hati… Kepalanya disuakan sedikit ke dalam bilik dan senyuman penuh muslihat terbentuk dibibirnya bila melihat apa yang dia cari di dalam bilik Kumad terletak elok di atas meja kerja Kumad.

Its revenge time… Kumad.

--------------------------------------------------------

Tepat jam 9 pagi, Kumad dah balik. Zara buat tak tahu saja. Matanya langsung tak di alih dari televisyen.

“Bik!” Kumad melaung

“Ya, bik datang nie. Ada apa Tuan Muda? Tuan Muda haus ya? Ini Bibik ada bawakkan airnya.” Bibik nie service memang tip top tak payah cakap dia dah tahu.

“Hurmm, terima kasih. Bik dah bakar belum sampah dekat belakang rumah yang saya suruh pagi tadi?”

“Dah! Udah diberesin dong… ya, pada mulanya. Kepala Bibik nie pusing mahu cari kertas untuk dibakarin. Tapi mujur Non Zara bantuin… jadi kerja Bibik jadi beres.” Bibik tersengih-sengih depan Kumad.

“Hurmm, baguslah.” Kumad hanya menjeling Zara dari hujung matanya. Sebelum kaki di atur ke tingkat atas.

Countdown, Zara… 5… 4… 3… 2… 1…” Zara mengekek.

“BIK!!!!!!” tiba-tiba bergema satu villa dek tempikan suara Kumad.

“Tanam jagung atas batas, dah aku kata kau buat aku balas.” Berguling-guling Zara ketawa atas karpet di ruang tamu. ‘Hahaha! Rasakan Kumad. Rasakan…’ tunggu lagi? Terus Zara cabut dari Villa tu. Kunci skuter di capai sebelum dirinya jadi mangsa Kumad.

“Ya, ya… bik datang nie.” terkocoh-kocoh Bibik berlari ke ruang tamu.

“Mana model bangunan saya yang ada atas meja dekat bilik saya tu?” Muka Kumad merah padam menahan marah.

Bibik separuh mati kecut perut tengok muka Kumad masa tu. “Ooo, itu kotak-kotak putih buruk ya? Bik sudah bakarin tadi kok sama-sama sampah lain seperti yang Tuan Muda suruhin…” menunduk kepala amah nie.

What?! Kotak-kotak buruk! Bik tau tak tu model bangunan saya. Penting!” melenting suara Kumad. 

Sedangkan Bibik hanya menunduk kepala. Takut punya pasal. Kumad mendengus kasar. Marah Bibik bukannya boleh selesaikan masalah dia. Model dia tu bukannya boleh dapat balik. Nie semua Zara! Zara punya kerja.

“Zara. Zara mana?” Kumad mencari Zara.

“Non sudah keluar…” takut-takut Bibik menjawab.

“Perempuan nie memang nak kena dengan aku. Jaga kau Zara.” Kumad mengepal penumbuknya.

‘Datang bertandang tak jemput masuk, memang dasar hati kau busuk!’

--------------------------------------------------------

“Kumad, kau dah gila ke? Tak kan dengan bini sendiri pun jadi kerja jugak? Agak-agak la…” Qi atau nama penuhnya Chong Tai Qi (ala-ala tangki air la tu. Hehe)

“Sebab dia bini aku la yang jadi kerja nie.” Kumad masih bercangkung di sisi skuter ego pink Zara.

Bro, beragak la nak pancitkan tayar Si Zara tu. Jenuh dia nak menapak balik nanti… workshop paling dekat pun 5 km dari sini. Azab budak tu nak menolak skuter nie nanti.” Bood pulak mencelah.

“Ah, biarkan. Biar dia rasa azab nak menapak balik nanti siap suruh dia bakar model hotel aku? Gila punya perempuan. Macam nak mati aku bertungkus lumus 3 hari 3 malam nak siapkan model hotel tu, dia senang-senang bagi dekat Bibik suruh bakar. Lantak dia.” Kumad betul-betul nekad nak perdajalkan Zara kali nie.

“Masalahnya, kau yang cari pasal dulu! Yang kau pergi conteng paperwork dia tu sampai dia kena repeat paper Madam Kuan Lin tu kenapa? Kau yang mula dulu bukan dia.” Bood masih tak puas hati dengan statement Kumad yang dah sah-sah berat sebelah. Memihak kepada Kumad sendiri.

Dari mencangkung terus Kumad berdiri, betul-betul di hadapan Bood.

“Kau apehal? Lantak aku lah, bini aku bukan bini kau. Masalah sekarang kau nie kawan aku ke kau kawan perempuan senget tu!” Kumad menunjal-nunjal dada Bood. Bood muka tak puas hati ja.

“Kau tu yang ego!” tak mau kalah Bood pun.

Belum sempat Kumad nak bukak mulut Qi dah celah. “Wooo… relax la… tak kan pasal perempuan kita yang dah bertahun kawan nie nak bergaduh? Chill lah. Bood nak nasihat kau ja Kumad. Tak payahlah nak emosional sangat.”

“Huhh.” Kumad merengus kasar, dia kembali mencangkung dan memicit tiub angin tayar skuter Zara untuk mengeluarkan angina.

“Kepala batu!” Bood mengumam perlahan. Kumad dengar tapi buat tak tahu ja.

“Wei, cepat sembunyi! Aku nampak Zara dah datang sini. Cepat.” Pakat berterabur mereka bertiga lari. Takut Zara nampak. Mereka menyelinap di belakang-belakang kereta yang berada dalam kawasan parkir kereta tu. Terjenguk-jenguk kepala masing-masing mengendap Zara. Paling excited sekali of course lah Kumad.

--------------------------------------------------------

“Aku rasa nak tuntut cerai fasakh la dekat Kumad. Kau rasa ok tak?” Zara tiba-tiba bersuara.

What the hack? Cerai! Kau gila baru 2 minggu kau kahwin dah nak cerai? By the way fasakh tu apa?” Innocent ja muka Mien tanya dekat Zara.

Zara menepuk dahinya kuat. ‘Allah! Silap tanya orang la pulak. Yang aku pergi tanya amoi nie kenapa? Manala dia tau fasakh, khuluk tu apa. Sengal kau Zara.’ Zara mengumam dalam hati.

“Err, kau abaikan fasakh tu. Kita cakap pasal cerai ja sekarang. Kau rasa ok tak aku mintak cerai dengan Kumad?”

“Tak boleh ke kau cuba bersabar sikit dengan Kumad? Mana la tau, nanti dia berubah dan korang boleh hidup happily ever after macam Cinderella, snow white tu… kan romantik tu.” Mien dah terbayang-bayang muka putera kacak.

“Lutut mak timah kau romantik! Kumad tu hati batu, kepala simen, jantung konkrit, perut besi! Mana dia tau istilah romantik tu apa. Aku dah tak tahan la Mien… dia asyik nak perdajal aku ja. Bukannya kau tak nampakkan macam mana dia selalu cari pasal dengan aku. Hari tu dia suruh cat rumah banglo dia yang bapak gila besar tu lepastu paperwork aku dia bagi jahanam… lepas nie apa pulak rancangan mamat tu nak perdajal? Aku dah penat lah Mien. Aku penat nak layan kerenah mamat tu… huhh.” Zara termenung jauh.

“Walaupun aku tau kau dengan Kumad nie tak sebulu tapi I have strong feeling that you should stick to Kumad. You two seems suit each other. That’s my opinion. Terpulang pada kau. Yang kahwin dengan Kumad… kau bukan aku. Think carefully!” Mien memberi peringatan.

Whatever miss Mien Susan… tu skuter aku, aku parkir depan nie ja. Kereta kau mana?” Zara menyoal Mien.

“Aku parkir belah sana. Aku balik dulu ya. Bye.” Mien melambai tangan ke arah Zara.

Zara hanya melambai sambil senyum pada Mien. Langkah kaki kemudian di atur ke arah skuternya. Zara masih tak tahu apa yang akan terjadi padanya baru tadi dia sebut pasal bala dari Kumad dan sekarang dia bakal hadapinya. Enjin skuter dihidupkan…

“Eh, apa hal lak lelong ja skuter nie?” Zara berhenti semula, kepala dijengahkan ke arah tayar skuter.

“Pancit? Peliknya baru semalam aku isi angin. Siap tukar tayar baru lagi. Tak kan hari nie dah pancit?” Zara mengaru kepala yang tidak gatal. Tiba-tiba…

“Ponnn! Ponnnnn!” kereta Kumad berhenti betul-betul di sebelah Zara. Cermin kereta di turunkan dan wajah Kumad muncul.

“Cik Senah orangnya telinga pekak, tayar motor pancit ya kak? Hahahaha!” Kumad ketawa kuat.

“Hari-hari pergi pekan, nie mesti kau punya kerjakan!” Zaras mengenggam kedua-dua tangannya.

“Kalau aku punya kerja pun, so what? Kau nak buat apa? Hahaha! Potong cili potong cabai, bye-bye!” cermin mata hitam di pakai semula, cermin kereta dinaikkan dan minyak kereta ditekan laju.

“Woi!! Nie skuter la ngok, bukan motor! Pendek akal, motor dengan skuter tak tau beza. Huh!” Zara menjerit kuat walaupun dia tau Kumad takkan mendengar jeritan dia tu.

“Pak Aji suka nombor sebelas, jaga kau tunggulah aku balas…” kemudian pandangannya teralih ke arah skuternya.

“Menapak la jawabnya aku nie…”

--------------------------------------------------------

“Dia pancit tayar motor kau? Patutla semalam kau telefon aku pun suara mengah-mengah kau kena menapak balik ya semalam…” Mien mengangguk kepalanya berkali-kali entah apa yang dia anggukan pun Zara tak faham.

“Kau dengan Si Kumad tu sama ja. Tu skuter, skuter! Bukan motor. Nama ja budak universiti, motor dengan skuter tak tau beza…” Zara membebel

Mien hanya tersengih-sengih menutup malu.

“Tanya lagi. Menapak la aku semalam. Macam nak terputus nyawa aku nie tolak skuter aku ke bengkel tu. Gila jauh. Agaknya kalau semalam aku tak kuat semangat hari nie kau tak jumpa dah aku.”

“Hish, mulut celupar kau nie. Lepas tu, kau buat apa pulak nak balas balik dekat Kumad?” Mien faham sangat apa yang kawan dia yang sorang nie fikir. Dah sah-sah nak balas dendam dekat Si Kumad tu.

Zara tersenyum. “Pandai pun kau. Macam tau-tau ja apa yang aku tengah fikirkan. Nak tau aku buat apa? Sini, aku bisik.”

Mien mendekatkan telinganya ke mulut Zara. Zara membisikkan pelan nak rosakkan hari-hari yang indah Kumad pulak. Berkerut-kerut dahi Mien mendengar rancangan Zara, sekejap dahi dia berlipat, sekejap dia senyum, sekejap dia mengurut-urut dagunya pula.

“Amacam?? Baik punya pelankan aku punya otak.” Zara tersenyum bangga.

“Perghhh! Cayalah beb! Otak hantu jugak kau nie bab-bab mengena orang ya. Tak sangaka aku.”  Mien menepuk-nepuk bahu Zara tanda kagum.

See the leg aaa…banyak licin tau!” Zara tergelak kecil.

‘Rasakan Kumad, rasakan… kau ingat senang nak buli aku? Heyy, kalau tidak bukan Zara Nameera Zulkarnain lah kalau senang kena buli.’






Bersambung... :)


18 comments:

  1. Kumad dengan Mak Kiah KELI kejammm ! HAHAHA

    ReplyDelete
  2. @emeliena

    tau tak pa... jom kita siang ikan keli kerepot tu!... hahaha

    ReplyDelete
  3. Kumad giler! Tapi pelik jgk nama Ahmad, knp panggil Kumad?

    ReplyDelete
  4. @ArifahLee

    Nama kumad kan Ku Ahmad Ku Arsyad... so singkat plus gabung nama Ku Ahmad jadi Kumad :)

    Ku Ahmad - Ah = Kumad.... hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha...gile bez citew nie...^^thumbs up cik writter

    ReplyDelete
  6. gelak guling2 sbb nama kumad....

    ReplyDelete
    Replies
    1. why why? sebab nak dekat bunyi kuman ke? haha

      Delete