2 April 2012

Cerpen : Miss Polka Dot (ii)

Kyra hanya mendiamkan diri dalam kereta. Dia sebenarnya rasa segan dengan Amru tu.

“Kenapa diam?”

“Ha? Err… tak ada apa nak cakap.” Kyra jadi kalut tiba-tiba.

“Awak tau… awak nampak lain hari nie?” Amru memulakan perbualan.

“Eh, ya ka? Saya pakai baju terbalik ke?” Kyra membelek dirinya berkali-kali.


Amru menggelengkan kepalanya. “Tak la… kali pertama jumpa awak dengan kali kedua kita berjumpa nie memang lain. Saya rasa macam dua orang yang berbeza tapi ada muka yang sama.”

“Yang pertama kali jumpa tu terukkan?”

“Hahaha… tau tak pa… ada ke patut belasah orang pakai high heels 3 inchi. Tu nak membunuh namanya.”

“Dah panik… rembat ja la yang sempat capai. Dah tu yang tu paling dekat… tunggu lagi? Ambik yang tu ja la buat defence.” Kyra dah lemparkan pandangan keluar tak sanggup rasanya nak tengok muka Si Amru tu.

“Ya… tapi comel…” Amru terlepas cakap.

“Tapi apa…” Kyra terus berpaling menghadap Amru.

“Tak... saya cakap baby kat tepi jalan tu comel. Cuba awak tengok…”

“Mana? Tak ada baby  pun…”

“Mak baby tu dah naik bas kot.” Amru oii, kot ye pun nak menipu… carilah alasan munasabah sikit.

“Hah??” sungguhlah Kyra terasa sangat blurr masa tu. ‘Apa yang mamat nie merapu?’

Amru hanya tersenyum melihat muka Kyra yang blurr tu. ‘Alahai comelnya… geram aku tengok.’

------------------------------------------

“Terima kasihlah sebab hantar saya balik Encik Amru.”

“Sama-sama, just call me Am.”

Nope, I like Amru better.” Kyra tersenyum.

Fine… mana pun boleh… nak panggil abang sayang pun boleh.” Gatal jugak rupanya mamat ni.

Kyra tersipu-sipu malu. Pipinya merona merah macam pakai blusher.

Tanpa mereka sedar… ada mata-mata yang sedang mengintip perlakuan mereka.

“Awak, saya nak mintak maaf lagi sekali sebab saya pukul awak dulu… sorry sangat-sangat… tuduh awak bukan-bukan… sorry ye.” Lembut ja suara Kyra. Dia tak tau yang Amru macam dah nak cair dengar suara Kyra mendayu-dayu tu.

“Err… it’s ok benda dah lepas… ok lah Kyra jumpa lagi. Bye Miss Polka Dot.”

Kyra mengetap bibir tak sempat dia nak balas balik… Amru dah memecut keretanya. 

“Tak habis-habis nak panggil aku Miss Polka Dot! Benci!” Kyra merungut.

------------------------------------------

“Yun kau tengok… bukan main mesra lagi.”

“Kau tak tak pa… hari tu bergaduh macam dah nak membunuh. Pelik aku tiba-tiba boleh naik kereta sekali. Tak terbalik ke kereta tu?”

Jua yang terhendap-hendap di balik tirai tu hanya menganggukkan kepalanya. “Eh, Kyra dah nak masuk… cepat serbu dia.” Jua terus melompat dari kusyen yang dia berlutut tadi semata-mata nak mengendap Kyra dengan Amru.

Sebaik sahaja kaki Kyra melangkah masuk. Baru sebelah kiri melangkah masuk. Terus badannya ditarik Jua dengan Yun!

Kejam sungguh kawan-kawannya tu.

“Wei… apa nie main tarik-tarik… tak mau lah bergusti masa nie. Hari lain la, aku penat nie.” Kyra nie memang sengal.

“Siapa nak bergusti dengan kau? Baik kau cerita cepat dekat kitaorang tu Encik Amru kan? Macam mana kau boleh balik sekali dengan dia? Kau dah baik dengan dia ke? Kau jumpa dia kat mana?” Yun terus menyoal bertali-arus.

“Aku…” tak sempat Kyra nak jawab.

“Kenapa kau jalan terhinjut-hinjut? Nie baju nie kenapa terkoyak? Dia buat benda tak senonoh dekat kau kan? Baik kau cakap… dia buat apa dekat kau? Korang pergi mana tadi? Dia culik kau ke tadi?” Jua tak bagi can langsung dekat Kyra nak jawab.

“Dah? Dah habis tanya? Dah habis? Kalau dah habis aku naik atas dulu. Aku penat.”

Yun dengan Jua saling berpandangan.

“Pelik tapi benar…” Serentak dua-dua cakap.

“Aku rasa dia nie dah kena mandrem la wei.” Jua mengurut-urut dagunya.

“Choi! Mulut bau longkang… ada ke doa bukan-bukan dekat kawan sendiri.” Yun merengus.

“Aku cakap ja bukan doa…”

“Aku cakap kau bodoh kau marah… tapi masalahnya memang dah tu kenyataan dia.” Yun menunjal kepala Si Jua.

“Mulut kau lagi teruk. Bau logi taik! Hahaha.” Jua terus melarikan diri sebaik saja Yun dah bangun nak terkam dia.

“Jua!!”

------------------------------------------

“Kyra kau tengah masak maggi ke?” Jua yang baru lepas mandi menegur Kyra.

“A’ah. Kau nak ke?”

“Nak! Aku nak. Jangan lupa letak telur dua biji tau.”

“Ya… aku tau.” Faham sangat Kyra dengan selera Jua tu.

Kyra mengambil telur dan memecahkannya.

“Kyra kau ok ke?” Jua dah berdiri sebelah Kyra.

“Ok la… kenapa tiba-tiba tanya aku nie?”

“Tu…” Jua menjuihkan mulutnya ke arah maggi yang dimasak Kyra.

“YaALLAH!” Kyra dah menekup mulutnya. Kemudian memandang Jua.

“Kau nie genius melampau-lampau ya Kyra. Siapa ajar kau masak maggi buang isi telur lepas tu letak kulit telur dalam maggi nie?” 

“Err… sorry, sorry… aku tak sengaja.”

“Kau berangan apa wei? Sampai kulit telur dengan isi telur pun tak tau beza nie?”

“Mana ada berangan kau nie… aku tersilap letaklah. Aku buat lain.” Kyra terus membuang maggi tadi.

“Tak payahlah, biar aku yang masak, nanti kalau kau masak lagi aku rasa kau letak sepapan telur terus dengan papan-papan tu sekali kau bubuh.”

“Hish, kau nie Jua!”

Jua dah mengekek… ‘Kyra, Kyra apa kenalah dengan kau nie…’

------------------------------------------

“Kyra! Apa yang lama sangat kau nie siap? Kau pakai make up ke kau proses make up?” Yun melaung dari ruang tamu bawah.

“Kejap! Nak siap dah.” Kyra menjawab dari atas.

Petang tu mereka plan nak ke PWTC ada pameran buku. Niat dihati nak borong bukulah.

“Ok dah siap. Jom!”

Yun memandang Kyra tak berkelip. 

“Kau biar betul Kyra? Kau nak pergi pameran tu pakai macam nie ja?”

“Ye lah ok apa. Blaus putih, dengan tudung bunga hitam match dengan skirt labuh hitam nie… cantik dah aku rasa."

“Kyra aku risau lah dengan kau nie… kau ok ke?”

“Ok la… jomlah cepat.” Kyra dah capai kunci keretanya.

“Kyra kau tunjuk dekat aku mana skirt labuh hitam kau tu.” Yun menarik tangan Kyra yang dah nak keluar rumah tu.

“Nie apa?”

“Tu skirt kau?” Yun menyoal tak puas hati lagi. “Kau tengok betul-betul Kyra.”

Kyra pun memandang ke bawah dan… “Eh… silap, silap… aku pergi tukar jap.”

Yun menggelengkan kepalanya. “Tu bukan skirt labuh. Tu tuala labuh orang panggil.”

“Hish, aku tersilaplah… kau tunggu kejap.” Kyra terus berlari naik ke atas.

“Apa kena dengan kau nie Kyra? Takkan lah tak sedar diri tu tak pakai seluar ke skirt ke?” Yun menggelengkan lagi kepalanya.

------------------------------------------

“Kau perasan tak dengan perangai Kyra sejak dua menjak nie Jua?”

“Perasan. Aku tengok dia tu macam orang sasau pun ada.”

“Kau tak tak pa. Kau tau hari tu masa nak pergi pameran dekat PWTC boleh dia tak perasan dia pakai tuala ja, siap ambik kunci kereta lagi nak keluar. Tu kalau aku tak tegur mahu sampai sana baru sedar gamaknya dia pakai tuala ja. Tak ke pelik tu?” Yun mengerutkan dahinya memikir perihal kawannya yang sorang tu.

“Jangankan kau, aku pun naik sama pelik. Hari tu masa dia masak maggi boleh dia pergi buang isi telur dalam tong sampah lepas tu bubuh kulit telur dalam maggi. Tu kalau aku tak tegur dihidangnya aku maggi cap kulit telur! Resepi baru tu.” Jua dah menggelengkan kepala.

“Apa kena lah dengan Kyra nie… kau ingat hari tu lepas dia jumpa dengan Mr.Troli tu, boleh dia lupa dia parking kereta Rush dia tu kat mana? Padahal dia dengan Rush dia tu mana boleh berenggang!” 

“Betul-betul… kau ingat tak masa kita tengok cerekarama sabtu lepas… cerita tu punyalah sedih tahap gaban. Yang kita berdua nie menangis macam kassim selamat dah. Dia? Boleh dia gelak terbahak-bahak tengok cerita tu? Tak pelik ke?” Jua menggaru-garu kepalanya yang tak gatal tu.

“Aku rasa ada something wrong somewhere…” Yun angkat kening kiri.

“Dan aku rasa puncanya…” Jua angkat kening kanan.

Mr.Troli!” serentak mereka menjerit.

“Kita kena tanya dia nie… aku risaulah dekat minah nie.” Yun dah bangun dari kerusinya.

“Setuju! Jom.”

------------------------------------------

“Kyra… kitaorang nak tanya sikit dekat kau nie.” Yun sebagai pembuka mukadimah.

“Tanya apa?”

“Kau nie tengah bercinta dengan siapa-siapa ke?”

“Siapa-siapa siapa?” Kyra buat-buat tak tahu.

“Caih, kura-kura masak tauhu, pura-pura tak tahu pulak.” Jua mencelah.

“Dah tu aku tengok kau angau semacam ja dua tiga hari nie? kenapa?” Yun menanya.

“Mana ada aku angau. Memandai ja korang nie.”

“Iye kau tengah angau… kau mandi tak lencun, tidur mengingau, makan mencekik. Sebijik macam orang tengah angau.” Siap dengan gaya-gaya lagi Jua nie memang over.

“Tak… aku tak angau.” Kyra masih menafikannnya.

“Ye… kau tengah angau.” Yun membalas.

“Tak angau…”

“Kau angau…” Jua pulak.

“Hey… aku taulah, aku tuan punya badan! Aku tak angaulah dengan Amru tu. Tak faham bahasa ke?” Kyra dah bercekak pinggang.

“Bingo!” Jua bertepuk tangan.

“Mengaku jugak kau akhirnya.” Yun tersengih.

“Mengaku apanya?” Kyra mengeluh.

“Kau tengah angau dengan Amru a.k.a Mr.Troli kau tu.” Jua menambah.

“Mana ada…”

“Acecece… tadi tu mana ada kitaorang sebut nama Amru pun. Kitaorang cuma cakap kau tengah angau ja… tup tup kau sebut nama Amru! Dia dah la tu… kau angau dengan dia.” Jua nie kadang-kadang cerdik jugak rupanya.

Kyra buat tak tau ja… malulah rahsia dia dah pecah!

“Sejak bila kau syok kat dia nie?” Yun menggiat.

“Entah… tiba-tiba ja TERsuka…” Kyra memintal-mintal hujung baju tidur! Gila gatal kau nie Kyra.

“Kau nie suka betul TER TER dengan Amru tu… kang TERkahwin… aku tak tau.” 

Tiba-tiba pipi Kyra merona merah bila dengar Jua cakap pasal kahwin.

“YaALLAH… gatal jugak rupanya kawan aku nie… hahahaha” Yun dengan Jua dah gelak tak ingat dunia.

“Biarlah… macamlah korang dua tak nak kahwin.” Kyra masih memintal-mintal hujung baju tidurnya… malu-malu tenuk afrika lak minah nie.

“Hahaha… Miss Polka Dot sudah tangkap cintan sama Mr.Troli.” Kyra tersenyum…

------------------------------------------

“Assalamualaikum!”

“Uit, ada tetamu la… kau pergi la tengok Yun.” Jua menendang perlahan kaki Yun.

“Apasal lak aku? Kau la.” Yun menendang balik kaki Jua.

“Assalamualaikum! Ooo tuan rumah!”

“Woi… pergilah.”

“Kau la pergi… kau lagi muda dari aku. So, kau lah pergi.” Yun tak mau kalah.

“Siapa ajar kau kalau nak buka pintu kena tengok umur?” Jua dah bercekak pinggang.

“Kau.” Selamba ja Yun balas.

Jua ketap bibir. “Pemalas! Baloq Liat!

Yun buat donno ja.

Jua pun mengalah bukak pintu.

“Eh, Mr.Troli! err… I mean Encik Am…”

Amru hanya melemparkan senyuman. Dalam hati… ‘Aku muka sikit punya macho, diaorang panggil aku Mr.Troli? Panggillah Mr.Aeroplane ke. Up la sikit. Nie troli? Hah!’

“Jemputlah duduk.” Jua memperlawa Amru duduk di meja luar. Meja persidangan mereka tempoh hari tu.

“Ada apa hajat ke mari?” Chewah! Berbahasa pulak Si Jua nie.

“Saya nak jemput cik adik bertiga nie ke majlis kahwin dekat rumah saya hujung minggu nie.”

“Siapa yang nak kahwin?” tiba-tiba Yun mencelah.

“Err…saya…” Amru baru nak bukak mulut, tapi tiba-tiba…

“Yun, Jua mana korang nie?” Kyra muncul sambil memisat matanya. Baru bangun tidur anak dara nie, padahal dah pukul 12 tengah hari! Memang kena lah dengan time. Amru pulak datang. Cantik!

Tiga pasang mata memandang ke arah Kyra.

Kyra lagilah terkejut, tambah-tambah nampak Amru yang dia tengah angaukan selama nie. Lagi laaaa… dahlah muka tengah sememeh, air liur basi pun ada… nasib baik dia serkup kepalanya dengan tuala. Terlindunglah auratnya yang satu tu.

“Errr… Amru… buat apa kat sini?” Kyra menanya.

“Saya nak bagi kad jemputan kahwin.”

“Siapa nak kahwin?” Kyra tiba-tiba cemas.

“Nie tengoklah nama pengantin dekat kad nie.” Amru menghulurkan kad jemputan tu kepada Kyra.

Kyra yang pada mulanya segan dengan keadaan dirinya terus berubah! Dia dah tak peduli. Bila terpandang ja nama yang terpampang di kad jemputan tu. Mata Kyra terus berair. Kyra menangis!

“Nah! Ambik balik kad nie.”

“Eh, kenapa nie Miss Polka Dot?” Amru bertanya.

Jua dengan Yun yang mendengar panggilan Amru tu, rasa nak gelak berguling atas rumput kat luar rumah tu dah.

“Kyra?”Amru  nak mendapatkan Kyra… tapi tiba-tiba Kyra lari dari rumah.

“Kyra!” Amru menjerit.

“La, pacak apa lagi kat sini? Pergilah kejar cepat!” Yun mengarah Amru.

“Ha? Owh… ok, ok!” barulah mamat nie terkocoh-kocoh berlari mengejar Kyra.

Jua hanya menjongketkan bahunya bila Yun memandangnya.

------------------------------------------

“Sengal! Buat penat ja aku angau dekat dia! Last-last dia kahwin jugak dengan orang lain. Bodoh-bodoh!” Kyra mengetuk kepalanya sendiri.

“La, tak kan dah penat angau dekat saya? Saya tak pernah penat pun angau dekat awak.” Tiba-tiba Amru muncul.

Kyra menjelingnya dengan hujung mata.

“Penat tau tak saya kejar awak. Laju betul awak lari… awak dulu-dulu masa sekolah atlit berlumba ek?” Amru saja nak menceriakan suasana.

Kyra diam.

“Err, tak lawak ke saya buat lawak tadi?”

Kyra buat tak tahu.

Amru dah mengesat peluh yang mula menitik di dahi. Penat gila kejar Si Kyra nie, nasib baiklah tasik nie 200 meter ja jauh… tapi tu pun mengah jugak di buatnya nak mengejar Si Kyra nie.

Amru menggaru kepalanya. 

Tiba-tiba…

“Bila cinta kini… tak lagi bermakna… yang ku rasa kini, hanyalah nestapa. Ditinggalkan cinta masa lalu…”

Kyra dah cantum kening. ‘Mamat nie kenapa?’

Amru sambung lagi. “Dulu kau tawarkan, manisnya janjimu, yang ku sambut itu. Dengan segenap hatiku… Bila engkau pergi, tinggalkanku…”

Kyra dah tongkat dagu… tiba-tiba dia rasa sedap pulak suara Amru nie menyanyi lagu Bila Cinta, ost lagenda budak setan tu.

“Hilangnya cintamu… Menusuk hatiku… Hingga ku memilih, cinta yang fana....”

Kyra dah terpegun dengar Amru menyanyi…

“Perginya dirimu… merobek jantungku… Hingga ku terjatuh, dalam harapan… uuuuuuuu…”
Amru memandang Kyra.

“Hilangnya cintamu… Menusuk hatiku… Hingga ku memilih, cinta yang fana.... Perginya dirimu… merobek jantungku… Hingga ku terjatuh, dalam harapan… uuuuuuuu… dalam harapan…”

Tiba-tiba Kyra bertepuk tangan… “Yeyy!”

Amru tergelak. “Dah ok? Tak merajuk dah?”

Kyra berdehem dua tiga kali. Dalam hatinya terdetik… ‘Alamak ter‘excited’ la pulak… malunya…’

“Siapa merajuk!” 

“Entah siapa entah yang merajuk… lari rumah. Dah la tu dengan tak mandi dia, baju pun pakai baju tidur lagi, dengan bau masam… air basi pun bersisa kat tepi mulut lagi…” Amru memandang Kyra, dia nampak Kyra tengah curi-curi lap tepi bibirnya. ‘Hahaha… comelnya.’

“Anak siapa la tu kan?” Amru sengaja mengusik Kyra.

“Biarlah! Dengki… pergilah balik kalau dah tau saya busuk… ikut buat apa?”

“Dah tu tak kan biar kekasih hati saya merajuk sorang-sorang? Kang dia terjun dalam tasik nie saya jugak yang susah… menbujang sampai ke tua. Tu yang kena kejar jugak tu. Tidak saya biar ja…”

Kyra mengetap bibir. “Eleh, lelaki bila bercakap tu macam tanam tebu di tepi bibir! Entah bukan tanam tebu ja… siap bukak kilang gula lagi! Manis tak hengat!

“Hahaha!” lawak betul peribahasa Kyra nie, suka-suka dia ja mengubah peribahasa melayu.

“Awak… Miss Polka Dot saya yang comel… kenapa awak lari tadi? Cuba cakap dengan saya? Tak payah lah nak pakai ayat-ayat tebu, gula segala bagai. Saya nie tak suka makanan yang manis.”

Kyra menjuling mata ke atas…

“Awak dah nak kahwin kan? Pergilah balik duduk dekat tepi bakal bini awak tu! Buat apa duduk kat tepi saya yang busuk nie.”

“La… nie saya tengah duduk kat tepi bakal bini sayalah nie. Nak balik buat apa… busuk pun busuklah. Saya redha…”

Tiba-tiba Kyra rasa nak tergelak… tapi ditahannya jugak sedaya-upaya.

“Yer la tu… sini cakap lain tapi dekat kad tu nama awakkan?” Kyra akhirnya berpaling memandang Amru.

Amru yang masih setia menatap Kyra tersenyum. Cepat-cepat Kyra mengalihkan pandangannya. Jantung dia masa tu rasa macam nak pecah! Tiba-tiba berdegup laju semacam.

“Ya ke nama saya?”

“Habis tu takkan nama saya Megat pula?” Kyra dah naik menyampah dengan Amru yang macam acuh tak acuh nie.

“Awak… memanglah nama dekat depan kad tu Megat…”

“Ha, mengaku pun…” Kyra mencelah.

“Tapi masalahnya… yang nak kahwin tu Megat lain… Megat Amir Nabil. Bukan Megat Amru Nasabil.” 

Kyra dah berkerut seribu dahinya.

“Lain kali kalau orang bagi kat jemputan kahwin tu… buka dalam sekali, baca bagi habis.” Amru menggelengkan kepalanya.

“Tipu!”

“Laillahaillallah… nak menipu buat apa? Nah, tengok sendiri.” Amru menghulurkan kad jemputan kahwin tu.

Kyra membuka bahagian dalam kali nie.

“Ha, nampak tu. Eja tengok nama kat situ… saya nak dengar.” Sengaja Amru nak menggiat Kyra.

“Hurmmm… benci! Bukan nak cakap awal-awal masa kat rumah tadi. Buat penat saya marathon ja tadi. Huh!” Kyra sebenarnya nak cover malu dia tu.

Amru tersenyum. Ya, senyuman itulah yang menambat hati Kyra.

“Dah tu tak sempat saya nak cakap apa-apa awak dah start marathon, saya pun tak pasal-pasal kena join sekaki marathon.”

Kyra tertawa jugak akhirnya. “Ha, kan lawa tu kalau ketawa… ni muka nak cemberut ja…”

“Saya lawa ek?”

“Tak.”

“Awak…” Kyra dah buat suara manjanya.

Miss Polka Dot… boleh tak jangan buat suara macam tu… saya takut nanti bukan abang saya yang naik pelamin nanti… tak pasal kita yang naik pelamin dulu.” 

Kyra ketawa. “Awak kenapa awak nyanyi lagu Bila Cinta tu? Ada kena mengena dengan kita ke? Kan tu lagu sedih…”

“Hehe… tak la. Tak ada kena mengena dengan kita pun… saya menyanyi lagu tu sebab saya tengah sedih kena pujuk awak kot tadi…”

Kyra menjeling manja ke arah Amru. “Amru…”

“Ye… Miss Polka Dot saya…”

“Hish… tak nak panggil nama tu… awak tau tak saya segan setiap kali awak panggil saya macam tu.” Sebabnya nama tu mengingatkan Kyra pada pertemuan pertama mereka.

“Ya ka? Saya tak… lagipun sweet apa nama tu… buat saya terkenangkan masa first time kita jumpa.” Amru dah tersengih miang-miang keladi.

Sungguhlah masa tu Kyra rasa macam nak pelempang ja muka Amru.

“Awak… kita kahwin ya… saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak… bukan setakat jatuh ja… dah tersungkur pun saya rasa…”

Kyra yang baru bajet feeling-feeling Hindustan dah ketawa terbahak-bahak. ‘Orang baru nak bajet romantik boleh dia buat lawak masa nie.’

“Tak kan saya nak cakap ya terus… tak macam gelojoh sangat ke bunyinya?”

“Tak… sebab awak memang gelojoh pun…” Selamba Amru membalas.

“Hey!”

“Haha… I’ll that as a big YES! Minggu depan turn kita pulak naik pelamin ok sayang?”

Kyra hanya menganggukkan kepalanya.

Miss Polka Dot…”

“Hurmm…” Kyra redha ja la bila Amru panggil dia guna nama pelik tu.

“Nanti bila kita dah ada anak… awak jangan menipu dengan diorang tau.”

“Apa??”

Amru dah tergelak…

“Mana awak cekau nama Puaka Tebing Hijau tu? Kreatif betul… hahaha!” Amru dah ketawa berguling-guling dah.

Kyra dah bangun bercekak pinggang sambil menunding jari telunjuk ke arah Amru. “Rupanya awak mamat yang cakap dengan tin sardine tu!”

Amru hanya terdaya menganggukkan kepalanya sahaja… mulut dah bergetar tak boleh cakap sebab banyak sangat gelak.

Kyra tak payah cakaplah. Muka macam nak meletup!

Sungguhlah Kyra nie suka memalukan diri dia depan Amru. 

Orang cakap… kalau kita tak boleh nampak buruk depan orang yang kita sayang depan siapa lagi? 

“Awak dah la tu… janganlah gelak… malulah saya.” Kyra hanya menguis rumput dikakinya.

“Ok-ok… saya tak gelak dah. Tapikan awak… lepas nie kalau nak beli, beli corak yang mengancam sikit tau…” 

Kyra terus mencubit lengan Amru… “Eii… Gatalnya… nah rasakan.”

“Aduh… aduh… ok-ok… tak gatal dah lepas nie… tunggu lepas kahwin saya gatal balik.”

Kyra dah jegil mata. Tapi tak lama, melihat gaya Amru mengadoi sakit tu…

Kyra terus tertawa begitu jugak dengan Amru.

------------------------------------------

Dalam dua merpati sejoli tengah bermadu kasih, bergurau senda… rupanya ada lagi dua ekor burung gagak tengah mengendap mereka. Siapa lagi? Jua dengan Yun la! Tak kannya diorang dua nie nak biar Kyra sorang-sorang dengan Amru tu. Terhendap-hendap mereka memerhati Kyra dengan Amru disebalik kerusi rehat yang berdekatan tempat  dengan Kyra dan Amru.

“Jua… kau tau, bila aku tengok Kyra dengan Amru tu kan, terus aku rasa nak pergi Giant sekarang jugak!”

“Kau nak buat apa pergi Giant?” Jua mengerutkan keningnya.

“Nak buat-buat TERtolak troli orang. Kot-kot la aku boleh jumpa prince charming aku macam Kyra tu.”

“Gila! Kalau kau TERtolak troli orang yang stok macam Amru tak pa la… sekali kau TERtolak troli orang yang rupanya stok laki orang macam mana? Menggelupur kau nanti.”

“Hurmmm… dah tu kau macam mana?” Yun menyoal Jua balik.

“Macam mana apa? Si Zaim tu aku nak TERtolak ke mana?”

“Betul jugakkan… nasib kau lah Jua.”

“Hay… merpati dua sejoli tak nak balik rumah lagi ke? Zohor dah nak masuk. Yang burung merpati betina tu mandi pun belum.” Jua dah membebel. Tapi ada betulnya jugak.

“Entah. Nak kena nie.” Yun terus keluar dari tempat persembunyian mereka.

“HOI! Si anak dara oiii! Tak ingat nak balik rumah ke?! Kau tu mandi pun belum! Balik!!” Yun menjerit jauh sebatu boleh dengar suara guru disiplin nie.

“Alamak! Mak dara dah mengamuklah awak. Saya nak kena balik nie…” Kyra terus berlari ke arah Yun dan Jua tapi sempat lagi dia berpaling semula ke arah Amru.

“Awak! Kita jumpa atas pelamin nanti minggu depan! Bye!”

Amru hanya melambaikan tangannya.

“Alahai, Amru… macam manalah kau boleh jatuh hati dekat budak Kyra tu… well, cinta tu kan buta.”

Dia sendiri yang tanya, dia sendiri yang jawab.

Orang kata… cinta pandang pertama ni susah nak jangka. Kadang-kadang tu macam bom jangka! Tak da dah ‘clue-clue’. Tiba-tiba ja BOMM!! Meletup.. terus jatuh cinta.


THE END!

p/s : Fuh… siap jugak akhirnya. Nie cerpen saya yang kedua selepas Sketsa Cinta. Memang tak sempurna. Tu saya mengaku. Saya masih menggunakan pendekatan bergaduh pada mulanya tapi kejap ja… hehe. Tapi part last tu kalau nak lagi berkesan pasang sekali lagu Bila Cinta tu, baru feeling habis… haha..

Kalau boleh saya nak tulis cerita yang santai tak memberatkan otak orang dengan konflik-konflik. Just for fun, untuk release-release tension. Macam tu la bila saya tulis cerpen nie. saya nak orang yang bacanya akan terhibur dan ketawa. =) tak mau sedih-sedih… haha.. apa-apa pun thanks for reading my story yang lintang-pukang nie dan tolong komen ya. =D sangat menghargai komen anda.





32 comments:

  1. Cerita ni.. I wish jadi kat sayaa. HAHAHA <3 Sangat best ;]

    ReplyDelete
  2. @emeliena

    :) me too... jom pi giant sungai petani ada giant... moh ler kitawat2 tertolak troli org...haha

    ReplyDelete
  3. haha. lawak siott. tergelak sorang2 kot.

    ReplyDelete
  4. @ArifahLee

    make sure org x nmpk masa gelak sorg2 tu takut nnt org ingt benda lain pulak..hak3... thanks arifah :)

    ReplyDelete
  5. hahaha lawak... thumbs up!

    ReplyDelete
  6. kihkihkih.... best sangat citer nieeee.. >_<

    ReplyDelete
  7. adoi,sakit la perut dok gelak sorang2...lawak tak hengat citer ni...cam hensem jer mamat troli...mana nak cari mamat hensem ek...kat giant ada?

    ReplyDelete
  8. hehe... thanks sgt2.... uh, mamat troli tu sgt hensem! haha.

    klu kat giant x ada...cer cari kat tesco lak.. hehe

    ReplyDelete
  9. Best! Writer tinggal dkt Sungai Petani ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... thanks adik. :) Yup, tgl dkt sp. ;)

      Delete
  10. rasa macam nak pi mana2 pasaraya je... nak buat tertolak troli org... hahaha... tapi kalo dpt laki org mampuih la den... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... sila2... tp hati2 risiko nk tolak troli laki org lagi tgi. yalah mana ada ank bujang nak pergi pasaraya saja2 mcm Amru kan?

      Delete
  11. hahaha...suka bc akak pny karya2...sweet2...lawak2...slumber badak...haha agk2 kt giant sp ni ada ke x eh...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... thanks amirah. :) ha, try pi usya tgk dkt giant tu hjg mgu ni.. :P

      Delete
  12. Hahahaha... Klaka sgt crite nie... Sye asyk gelak je.. Karakter kyra sgt funny n cute...

    ReplyDelete
  13. Bestt...... comel je kyra dgn amru tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... comel macam tukang buat cerita ni.. eh... ;)

      btw tq anon.

      Delete
  14. Sy pn rsa nk prgi giant jgak skarang nie..mana tahu kot-kot TERtolak troli orang yang spesies macam amru kn best..haaha..by the way,your story the best..chaiyok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2.. kunjungi pasaraya Giant terdekat dengan anda untuk bertemu jodoh... Hahaha. Psst, nanti sebelum TERtolak troli tu check dulu troli bujang ke troli suami orang. Jangan salah tolak. ;)

      Btw THANKS SO MUCHH! muahh

      Delete
  15. Tahniah sis .
    Semua karya awak berjaya buat saya buat guling2 .
    Hahaha
    Dah lama cari cerpen yg mcm awak punya . Baru jumpa . Suka sgt .
    Good job sis !
    Teruskan berkaryaa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih anon untuk komen yang superb the best ni :)
      rasa hiang penat lelah mengarang cerita2 ni.

      Delete
  16. Sgt bersahaja watak kyra...santai je baca....senyum je saya ...tahniah

    ReplyDelete