7 April 2012

Cerpen : Queen Control (ii)





3 bulan kemudian...

“Kau serius nak kahwin dengan Rafie tu?” Lila menyoal

“Yup.” Sepatah Quwin balas.

“Dulu kau jugak yang cakap tak nak kahwin. Tiba-tiba sekarang kau bagitau aku kau nak kahwin? Apahal bercanggah sangka fakta nie?” Lila tak puas hati bukannya dia gembira kawannya nak kahwin. Tapi pelik!

“Sebab aku tak nak menyusahkan abah dengan ibu aku lagi... lagipun aku dah janji tak bantah cakap diorang kan. Abah aku pun suka dengan Rafie tu. Anggap ja la aku nak balas budi diorang.”

“Lepas tu hutang budi dibayar bodi? Macam tu?” kening Lila terangkat sebelah.

“Hish, brutal betul bahasa kau. Sentap hati mak nak…” Quwin cuba ketawa dengan lawak yang dibuatnya. Tapi malangnya hambar betul dia rasa. Lila pun tak gelak dengar lawak dia tu.

“Hurmm, tu salah satu sebab aku terima pinangan Rafie tu… tapi yang sebetulnya aku sebenarnya nak tutup mulut orang. Lepas berita aku nyaris-nyaris kena jual dengan bapak ayam tu satu kampung tau, semua orang sibuk mengata aku dengan keluarga aku… sibuk nak tabur fitnah yang aku nie dah tak laku, aku nie dah tak suci...” Quwin mengeluh perlahan…

Lila terdiam. Fahamlah dia sekarang kenapa Quwin tiba-tiba buat keputusan nak kahwin. Maruah keluarga dengan maruah dirinya yang perlu dipertahankan.

“Aku rasa untuk kali nie biarlah… aku nak ikut keputusan ibu dengan abah aku. Ibu dah banyak berkorban untuk aku. Mak kandung aku sendiri pun nak jual aku dekat rumah pelacuran. Kau bayangkan Lila… tak ke gila mak aku tu? Nak jual darah daging sendiri dekat rumah pelacuran semata-mata nak tampung duit dadah dia. Padanlah bapak aku cerai dia talak tiga. Memang dia layak terima pun.” Quwin menahan sebak, suaranya bergetar.

“Sabar Quwin… aku tau kau kuat… kau boleh hadapi semua nie. Kalau tu yang kau rasa terbaik untuk kau. Aku sebagai kawan akan sentiasa doakan kebahagiaan kau.” Lila tersenyum lagi sebelum memeluknya.

“Thanks Lila… kau sahabat dunia akhirat aku.” Quwin menyapu air mata yang tiba-tiba mengalir di pipinya.

“Nanti jangan lupa bawak rombongan satu keluarga kau datang kenduri kahwin aku.” Quwin cuba menceriakan suasana yang suram tadi kembali.

“Hish, jangankan satu keluarga satu kampung aku usung bawak ke kenduri kau… haha.”

“Bajet! Kau ingat wedding aku tu wedding of the year ke apa?”

Lila hanya ketawa melihat muka Quwin yang cemberut tu.

-----------------------------------------------------------------

“Aku terima nikahnya Qu Nur Awina bt Qu Fakrul…….”

“Sah!”

“Kau dah jadi isteri orang Quwin…” Lila berbisik perlahan di telingan Quwin.

Quwin mengangguk lemah.

“Doakan yang terbaik untuk aku ya, Lila…”

“Aku sentiasa doakan kau bahagia Q. Tu suami to be love too kau tu dah sampai…hehe.” Lila mengusik. Berapa banyak ‘tu’ daa…

Quwin menggigit bibir mendengar usikan kawannya tu.

“Salam tangan suami tu, Wina…” Lembut suara Puan Fitriah memberitahu Quwin.

Quwin tunduk menyalami tangan suaminya, matanya terpejam. Sebaik sahaja badannya tegak semula sebuah ciuman hinggap di dahinya. Hati Quwin tiba-tiba berdebar-debar… DUPDAPDUPDAP! Macam nak tercabut. Pertama kali seorang lelaki menciuminya.

“Ha, jangan bergerak Rafie. Cium lama-lama sikit nak tangkap gambar nie.” suara abang Yob, photographer perkahwinan Quwin memberi arahan.

Hati Quwin panas ja… hamsap punya photographer ada ke suruh posing lama-lama. Hati aku nie macam dah nak tercabut tau tak! Tapi yerlah dah nama pun dia menjerit dalam hati mana orang tau kan.

-----------------------------------------------------------------

Ayat pertama yang Rafie tuturkan dekat Quwin masa mereka dalam bilik pengantin malam tu berjaya buat Quwin rasa macam sembelih kepala dia buat masak lemak gulai tempoyak!

“Kenapa semua kawan-kawan awak panggil awak Quwin?? Q? awak nie bajet Que Haidar ke?”

Terbeliak biji mata Quwin. Perghh! Kurang ajar jugak laki aku nie.

“Nama glamour.” Tapi dua patah ja Quwin balas.

“Ooo, tak rasa pelik ke? Bunyi macam nak panggil ayam bagi makan pun ada… kur, kur, kur… meh makan dedak meh… kur… kurr… kurrr…” Rafie membuat gaya bagi ayam makan.

Perghhhhhh! Dia hina kau Quwin… sabar Quwin suami tu… nanti tak pasal berita esok pagi. ‘PENGANTIN BARU KICK BOXING SUAMINYA SAMPAI KOMA DISEBABKAN SUAMI SAMAKANNYA DENGAN AYAM!’ fuh, glamour habis tajuk surat khabar pun.

“Dah terbiasa…” lain di hati, lain yang di luah.

“Oooo…” sepatah Rafie balas. Yala dua puluh patah Si Rafie tu cakap, dua patah ja yang Si Quwin tu balas.

“Krik! Krik! Krik….” Bunyi cengkerik saja yang kedengaran.

Quwin hanya melihat cicak-cicak tengah bercengkerama dekat atas siling bilik tu.

Rafie mengusap belakang tengkuknya.

Dua-dua tak tau nak cakap apa. Tiba-tiba…

“Err, awak…” Rafie buka mulut.

“Yerr??” Muka Quwin bercahaya.

“Tak rasa ke bunyi Quwin dengan bunyi buah Kuinin tu nak sama??” Rafie muka curious plus innocent yang tak berbelah bahagi gila.

Quwin menepuk dahinya.

YaALLAH! Apa masalah laki aku nie??!

-----------------------------------------------------------------

 “Amacam first night?? Ummphh! Tak??” Muka gatal Lila dah menjelma.

“Kau pilih Lila kau nak kaki ke kau nak tangan?? Tapi aku syorkan kaki lah sebab sekali kena conform puas seumur hidup.” Quwin muka ketat.

“Ala, relax la sis… baru sehari jadi pengantin baru tak kan mood kureng kot? Tak best la kau nie.” Lila muka masam.

Quwin memicit kepalanya perlahan, pening bila teringatkan malam semalam punya kisah. Rafie nie lurus bendul pun ada Quwin rasa, ada ke nak disamakan nama dia yang havoc tu dengan ayam dan buah kuinin? Tak berasas langsung!

-----------------------------------------------------------------

Setelah berpindah ke rumah sendiri.

“Tak sesuai la kat situ. Kita letak pasu bunga tu kat sini.” Rafie memberi cadangan.

“Tak mau! Tak cantik letak situ. Saya nak letak dekat sini jugak.” Quwin bertegas.

“Situ halang laluan orang jalan la… kita letak sinilah awak.”

“Saya kata tak nak. Tak nak! Saya nak letak dekat sini jugak.” Quwin bercekak pinggang.

“Ok, fine… kita letak dekat situ.” Rafie mengalah. Sebabnya dia tau Quwin takkan mengalah punyalah.

“Ha, tau takut.” Quwin tersenyum bangga. Hayy, first day kat rumah baru dah tunjuk aura Queen Controlnya.

-----------------------------------------------------------------

“Rafie. Tukarlah baju. Baju hijau tak sesuai lah dengan kulit awak.” Quwin bukan memberi cadangan tetapi lebih kepada arahan!

“Tak nak. Saya suka warna hijau.” Rafie membantah.

“Tukar.” Quwin jegil mata.

“Tak nak! Tak nak!” Rafie menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali.

“Tukar jugak! Pakai baju nie.” Quwin menghulurkan baju baru kepada Rafie.

Pink?? No way I’m gonna wear that.”

You will and you must too.” Quwin bercekak pinggang.

Rafie buat tak tau. Dia sudah nak capai kunci keretanya tapi tak semena-menanya. Quwin menraik tangannya.

“Pakai baju nie dulu. Baru boleh pergi kerja.” Kejap tangannya memegang tangan Rafie.

Rafie dah gelisah kalau macam nie. Sampai bila pun dia tak ke ofis. Akhirnya dia mengalah lagi. Quwin menang.

Quwin tersenyum puas melihat Rafie memakai baju pink. Walaupun dia nampak muka Rafie cemberut. Tapi dia tak peduli… yang penting Rafie pakai baju pink tu.

“Comel laki aku…” Quwin tersengih sorang-sorang.

-----------------------------------------------------------------

Petang tu Quwin menerima sejambak bunga. Taulah dia sapa gerangan tuan punya badan yang mengirim bunga tu kepadanya. Rafie.

Quwin tersenyum sorang-sorang…

“Hoi, tesengih-sengih… tau lah syok dapat bunga, laki dia bagi.” Lila mengomel.

“Biarlah kalau kau nak. Kau kahwin lah cepat nanti laki kau bagilah bunga dekat kau.” Quwin senyum mengejek.

“Eleh… setakat bunga besar nie. aku boleh order kat kedai bunga pastu suruh budak kedai tu hantar bunga tu kat aku. Habis cita.” Quwin terbahak-bahak dengar ayat Lila.

“Woi, apa barang order sendiri suruh hantar dekat diri sendiri. Sedih gila hidup.”

“Biar la. At least aku tak macam orang tu. Queen Control! laki dah punya baik sayang kat dia pun tak tau nak hargai.” Lila kalau cakap dengan Quwin memang tak bertapis.

“Aku dah cakap… laki aku pun akan tunduk dekat aku.” Quwin tersenyum bangga. Bunga di tangan dibeleknya.

“Berlagak! Ujub. Takbur. Kufur nikmat. Tuhan tarik balik nikmat laki mithali macam Rafie tu baru kau tau.” Lila membidas.

Quwin buat tak tau ja.

-----------------------------------------------------------------

Rafie tak putus-putus cuba memenangi hati Quwin. Hari tu di belinya Quwin sepasang barang kemas baru. Tapi tak lut jugak bininya tu.

Tak cukup dengan tu dibawanya isterinya tu pergi honeymoon dekat luar negara. Dia harap sangat dekat sana nanti boleh lah dia dengan Quwin berbaik. Sekurang-sekurangnya Quwin akan setuju pindah ke biliknya Tapi….. habuk pun tarak! Quwin memang hati batu. Semua nak ikut kepalanya saja. Rafie dah naik rimas.

Hari-hari dikirim bunga dan hadiah kepada isterinya. Tapi Quwin langsung tak kesah.

Rafie ingat lagi, pada malam ulang tahun mereka. Beria dia buat candle light dinner surprise untuk isterinya yang berhati batu dan kaki mengarah tu. Tapi hasilnya?

“Buat apa membazir duit buat semua nie? dah la saya penat nak tidur.” Quwin langsung tak jamah makanan yang Rafie sediakan. Malam tu sedikit sebanyak Rafie mula terasa hati dengan sikap Quwin.

-----------------------------------------------------------------

Quwin tengah sedap-sedap landing depan televisyen layan Hindustan ‘Mann’ Rafie tiba-tiba buka mulut.

“Bila nak balik Kuala Pilah?”

“Huh??” Quwin tak dapat tangkap sebab ralit tengok muka hensem Amir Khan masa muda-muda dulu.

“Abang tanya bila Wina nak balik Kuala Pilah?” Rafie mengulang lagi sekali soalannya.

Kali nie 180 darjah kepala Quwin berpusing menghadap Rafie.

“Huhhh??” lagi kuat bunyi ‘huhh’ nya tu ditambahkan lagi dengan muka berkerut-berut.

Rafie pulak mengerutkan dahi. “Apa yang ‘Huhh’nya? Tak kanlah effect Hindustan kot sampai soalan suami pun dah tak tau nak jawab?”

“Tak, tak… bukan masalah soalan tu… saya balik Kuala Pilah esok pagi. Saya pelik bahasa yang awak guna. Who the heck is abang and Wina?”

“La pulak… dah nama pun suami isteri takkan nak bahasa diri sendiri abang pun salah?? Panggil nama isteri sendiri pun tak boleh??” Rafie melipat gandakan lagi kerutan didahinya.


“Sejak bila pulak nak bahasakan diri abang nie? hish, pelik ah! Guna bahasa biasa sudah.” Quwin menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum menghadap ke arah televisyen semula.


“Ah, tak kira! Abang nak juga Wina panggil abang ‘ABANG’, Wina abang tak nak dengar dah bahasakan diri Quwin ke Q ke apa ke… NO! my wife name is Qu Nur Awina and I prefer her to be call as Wina… Titik.” Rafie bercekak pinggang.


Quwin buat tak endah ja. “Gila…” perlahan Quwin balas tapi sempat didengari Rafie.


“What? Gila…? Ok fine, I’ll prove to you how gila I can be.” Serentak dengan tu Rafie terus mencempung Quwin yang sedang berbaring terlentang di hadapan ruang tamu.


“Wei, apa main kasar nie! Rafie lepaskan saya.” Quwin meronta-ronta.


Nope. Abang tak akan lepaskan Wina… malam nie Wina kena tidur dengan abang.” Rafie terus berjalan menuju ke arah bilik tidur utama.


Terkedu Quwin mendengar jawapan Rafie. ‘Biar betul Rafie nie! Tidak! Aku tak rela...!!!’


“Rafie please I’m not ready yet…” lemah suara Quwin.


Terhenti langkah Rafie dibuatnya.


Then? When will you be ready? Our marriage are almost 6 month Wina…” lemah pula suara Rafie membalasnya.


I myself even don’t know… sorry Rafie…” Quwin menundukkan wajahnya.
Terdengar keluhan keras dari Rafie.


Fine… take as much time as you need.” Rafie terus menurunkan Quwin dari dukungannya tadi.


“Rafie… I’m sorry…


Rafie tak mengendahkan Quwin, dia terus memasuki bilik utama dan mengunci pintu bilik tersebut. Buat pertama kalinya Rafie terasa mengalah dalam memenangi hati Quwin. Baginya itu akan menjadi kali terakhir dia cuba menjadikan Quwin sebagai suri hatinya dalam erti kata sebenar. Hati Quwin terlalu kuat. Rafie dah berputus asa.


-----------------------------------------------------------------


“Morning… breakfast?” Quwin menanya sambil menuang kopi ke dalam cawan.


No, thanks.” Rafie terus ke muka pintu rumah.


“Tapi jamah la sikit roti nie, nanti perut tu kosong. Jamah sikit ya.” Quwin menyuakan roti bakar ke mulut Rafie.


“It’s ok, saya dah kenyang… awak makanlah.” Rafie terus menolak tangan Quwin dan menuju ke arah keretanya.


Baru semalam dia membahasakan dirinya Abang dan panggil aku Wina… “Rafie marahkan aku.” Quwin membuat kesimpulan sendiri. Dia hanya memandang kereta Rafie keluar dari garaj rumah mereka.


Quwin tak tau yang bermula detik pagi tu hubungannya dengan Rafie akan berubah.


-----------------------------------------------------------------


“Rafie… esok pergi tengok Final Destination 5 nak tak? Ramai kawan saya cakap cerita nie sedap. Jomlah.” Beria-ria Quwin mengajak Rafie keluar. Tapi…


“Saya sibuk.”


Quwin hampa.


-----------------------------------------------------------------


“Rafie,minggu depan company tempat abah kerja ada buat family day dekat Cherating. Kita join nak macam best ja saya tengok. Kita pergi ya.” Muka Quwin bercahaya semacam mengharapkan sangat perkataan “Ok.” Keluar dari mulut Rafie. Tapi…


“Saya outstation minggu depan seminggu.”


Quwin kecewa.


-----------------------------------------------------------------


“Rafie, Mimi ajak ke rumah dia orang malam lusa. Dia ada buat makan-makan sikit. Kita pergi ya?” Quwin memegang lembut tangan Rafie berharap Rafie tak akan mengecewakannnya lagi sekali. Tapi…


“Saya nak jumpa client.”


Quwin Frust.


-----------------------------------------------------------------


“Rafie hujung minggu nie kita balik kampung nak? Tengok Opah. Kita balik yer…” Quwin berharap sangat Rafie setuju kali nie. Tapi…


“Saya ada meeting, awak baliklah sendiri.”


Quwin sebak.


-----------------------------------------------------------------


“Rafie, kita dinner kat luar malam nie nak? Kawan saya ada bagitau dekat Bangi ada Chinese Food Restaurant yang baru di buka. Kita try nak?” Quwin senyum penuh berharap. Tapi…


Nope, saya banyak kerja malam nie.”


Quwin menangis.


-----------------------------------------------------------------


“Sampai hati Rafie buat aku macam nie.” tersedu-sedu Quwin menangis di hadapan Lila.


“Rafie buat apa dekat kau?” Lila menongkat dagu dihadapan Quwin.


“Dia buat dunno ja dengan aku! Waaaaaa!” makin kuat esak tangis Quwin.


“Mesti ada sebab tiba-tiba dia buat dunno dengan kau nie kan? Baik kau mengaku apa kau buat dekat Rafie sampai dia kecik hati dengan kau.” Lila nie kawan Quwin ke kawan Rafie?


“Mana aku tau… tiba-tiba dia tak endahkan aku… isk, isk, isk..” sedu Quwin semakin kuat.


“Kau ada cakap apa-apa kot dekat dia tu yang dia kecik hati.” Serkap jarang Lila kali nie mengena.


“Ada la sikit kot… tapi sikit ja…”


“Apa yang kau buat?” Lila dah geleng kepala.


“Ala, aku cuma cakap jangan bahasakan diri dia abang, jangan panggil aku Wina, jangan manja-manja dengan aku, jangan paksa aku ehem-ehem dengan dia kalau aku tak ready, jangan campur urusan aku, jangan…” Quwin terdiam, matanya yang sembap memandang wajah Lila yang sedang menjungkitkan keningnya sebelah.


“Wuaaaaaaa!!” makin kuat lagi Quwin menangis. Lila hanya mampu menggelengkan kepalanya.


“Dah tu boleh kau tanya lagi apa salah kau? Sikit punya banyak ‘Jangan’ kau dekat si Rafie tu. Mana kawan tak kecik hati dengan kau.”


“Wuaaa… Lila aku salah… aku salah… macam mana nie.” esak Quwin semakin kuat, bahunya terhenjut-henjut menahan sedu.


Lila hanya mampu memandang keadaan Quwin sekarang tapi tiba-tiba dia tersenyum. Hebat jugak penangan Rafie sampaikan Quwin yang ego tinggi melangit nie boleh mengaku salah dengan boleh menangis sampai macam nie sekali. Queen Control dah bertemu Kingnya!


“Kau mintak lah maaf dengan dia habis cerita.”


“Tapi… aku malu…”


“La, kalau malu macam mana masalah nak selesai?”


“Tapi kalau dia tak nak maafkan aku?” Quwin buat muka innocent.


Small the matter la sis.” Lila memetik jarinya. “Kau buat macam nie…” Lila membisikkan sesuatu di telinga kiri Quwin.


Terbeliak biji mata Quwin dengar apa yang Lila cakap.


“Gila kau! Tak nak lah aku buat macam tu.” Quwin merengus. Idea gila betul!


“Gila tak gila. Kau nak baik balik tak dengan Rafie?” Lila mengugutnya.


“Nak…” lemah suara Quwin menjawab.


“Kalau nak… buat ja jangan banyak songeh.”


-----------------------------------------------------------------


Petang tu Rafie pulang dari tempat kerja seperti biasa. Penat betul dia rasa hari tu, apa taknya tiba-tiba clientnya buat last minute recommendation. Lepas tu complaint kerja yang dah sedia siap. Pening! Ikutkan hati dia, nak ja dia batalkan contract dengan Berjaya Maju Holdings tu. Huh! Nama syarikat ja yang gah Berjaya Maju Holdings konon tapi otak mundur juga. Rafie mengeluh lagi. Penatnya. Dipicit perlahan dahinya. Tiba-tiba Rafie terasa sentuhan lembut dibahunya.


“Kenapa nie bang? Nampak penat sangat… banyak sangat ke kerja kat office. Hurmm?” Quwin bertanya dalam nada yang menggoda di telinga kanan Rafie sambil tangannya lembut memicit bahu suaminya itu.


Terkejut Rafie dengan tindakan Quwin, sebelum nie jangan nak picit tolong bukakan pintu pun Quwin tak pernah buat.


“Err… tak pa saya ok.” Rafie cuba melepaskan tangan Quwin dari bahunya. Tapi Quwin tetap tak mengubah posisi tangannya bahkan lagi ligat memicit bahu Rafie.


“Tak apa Wina tau abang penatkan. Wina picitkan ya.” Bertambah lembut lagi suaranya.


Akhirnya Rafie mengalah, kelembutan tangan Quwin memicit bahunya buatkan dia terleka.


Quwin tersenyum… 


Plan A berjaya.


--------------------------------------------------------


Next step. Bila dia dah termakan pujuk rayu kau. Kau jangan pulak nak buat kepala batu lagi! Buang perangai Queen Control kau tu.” Lila memberi amaran.


“Mana ada aku Queen control!” Quwin menafikan.


“Haipp! Jangan melawan cakap sifu. Nak baik dengan laki kau tak?” Lila mengugut.


“Nak… yela-yela aku dengar.”


“Bagus. Apa yang dia suka kau masakkan ja walaupun kau tak suka. Faham! Kena ikat perut suami dulu sebelum ikat hati dia.”


Quwin mencuka… Rafie punya pasal. Lautan antartika sanggup aku renangi. Aicehh!


“Ok, Rafie suka makan pekasam. Tapi aku tak suka pekasam. Busuk…” Quwin merungut. Selama nie tak pernah sekalipun dia hidangkan pekasam atas meja makan tu semata-mata sebab dia tak suka makan walaupun dia tau Rafie suka.


Tiba-tiba suara Lila muncul. “Quwin…ingat jangan Queen Control.”


Quwin cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Gila betul macam dah menghantui ja suara Lila tu.


Pekasam di hidangkan di atas meja!


--------------------------------------------------------


Makan malam tu. Lain yang dirancang, lain yang jadi.


“Aik? Mana datang pekasam nie?” Rafie pelik sepanjang dia kahwin dengan Quwin nie la kali pertama ada pekasam dalam rumah mereka. Sebab dia tau Quwin tak suka bau pekasam yang busuk tu.


“Wina la yang masak, Wina tau abang suka makan pekasam tu yang Wina masak malam nie. abang rasalah sedap tau.” Quwin cuba menyendukkan pekasam ke dalam pinggan nasi Rafie.


Wait-wait… biar betul awak nie. 6 bulan lebih kita kahwin. 6 bulan lebih Quwin… sekalipun awak tak izinkan saya makan pekasam nie. Kenapa pulak tiba-tiba malam nie awak masak pekasam? Awak ada rancangkan sesuatu kan? Baik mengaku.” Wah, menuduh pulak Rafie nie.


Berkerut dahi Quwin. “Mana ada! Wina ikhlas masak dekat abang pekasam nie.”


Kecik hati dia sampai hati Rafie syak bukan-bukan.


“Ye ke?” Rafie masih rasa was-was. Akhirnya dijamah nasi dengan lauk lain sahaja. Pekasam yang Quwin masak langsung dia tak makan. Takut kena mandrem punya pasal. Ish, ish, ish…


Plan B. Fail! Tak berjaya…


--------------------------------------------------------


“Tak pa… tak pa langkah kedua tak berjaya. Kita guna plan C!” Lila bersemangat.


“Ada ke plan C? hari tu kau tak cakap pun dekat aku.” Dahi Quwin berkerut.


“Jangan melawan Sifu. Aku sebut tu maknanya ada lah aku baru terfikir tadi.” Lila nie memang tau.


“Apa plan C tu?”


“Kau buat-buat sakit. Tarik simpati dia!” Lila senyum melebar sambil mengurut dagunya.


“Tapi aku tak sakit. Macam mana nie?”


Lila tepuk dahi kuat. “Kau gosok ketiak kau dengan sabun sampai badan kau panas. Tempek koyok kat dahi biar nampak macam sakit. Tu pun nak kena ajar.”


“Ooo, ok-ok.” Quwin mengangguk-angguk.


Perbualan mereka tadi terngiang-ngiang di telinga Quwin, dengan semangat waja nak tarik simpati Rafie, Quwin pun ikut cakap Lila tu. Di gosoknya ketiak dia tu dengan sabun. Badan pulak di lumur dengan balm gamat biar ada effect bau orang sakit. Dahi kiri kanan di tempek koyok.


Tapi malam tu Rafie telefon.


“Awak, sorry malam nie saya tak balik rumah. Saya kena pergi Kedah 3 hari. Urgent. Bye.


“Abang… Wina tak si..”


Belum sempat Wina habis cakap…


“Tuttttttttttt.”


Rafie dah letak telefon.


“Abang… hasyummm!” kang dah jatuh sakit betul-betul. Sia-sia ketiak Quwin melecet.


Plan C fail!


--------------------------------------------------------


Quwim tersenyum sambil tengok tiket di tangannya bila teringat perbualannya dengan Lila..


“Plan C kau tak menjadi lah!” Quwin bengang.


“Tak pa back up plan. Plan D! kau beli tiket wayang.”


“Buat apa? Rafie bukannya suka tengok wayang.”


“Jangan banyak songeh lah. Beli ja tapi make sure cerita hantu. Faham?” Lila nie memang dictator la.


“Ok fine. Aku beli. Then?? Dah beli tiket nak buat apa?”


“La, kau pi lah tengok movie tu. Pastikan bila ada part hantu kau menjerit. Lepastu kau buat-buat terpeluk dia. Dah peluk tu peluk la kuat-kuat. Hehe.” Lila menyengih.


“Gatal kau. Tapi I like… hehe.” Patut lah berkawan diorang nie. Sama-sama gatal.


“Quwin?? Quwin? Ok tak nie?” Rafie melambai-lambai di hadapan Quwin.


“Ha, ah ok-ok…”


“Kalau tak ok kita cancel tengok movie nie.” Rafie dah nak simpan kunci keretanya.


“Eh, Wina ok… jom-jom…” terus dia menarik tangan Rafie ke kereta. Plan D wajib menjadi.


Dalam panggung wayang menggedik Si Quwin… hantu keluar sikit jerit! Lampu dalam movie tu terpadam kejap, jerit! Adegan kena kejar dengan hantu ja, lagi kuat jerit! Lepastu macam dia dengan Lila plan. TERpeluk Rafie. TERpeluk la sangatkan.


Rafie pun bulat-bulat percayalah Quwin tu takut. Kesian punya pasal dia pun peluk la balik isteri dia tu. Melebar senyum Quwin tu. Punyalah happy Rafie balas balik pelukan dia, sampai part hantu tak muncul pun Quwin menjerit. Yang best tu menjerit kuat tapi muka tengok Rafie! Bukan wayang tu. Parah Quwin nie angau melampau-lampau. Padahal setakat movie hantu nie macam tengok spongebob ja bagi dia.


Quwin tersenyum puas.


Plan D success!


--------------------------------------------------------


Quwin memandang syarikat tempat suaminya bekerja. Ish, nak masuk tak masuk nie. kerja gila semua nie. Tali belon di pegangnya, di tambah lagi dengan sekotak kek dengan teddy bear besar dia bawak untuk Rafie. Tak pernah dibuat seumur hidup benda memalukan nie. Quwin teringat kata-kata Lila tempoh hari.


“Cayalah! Next step. Plan E!”


“Banyaknya plan kau Lila… sampai huruf berapa plan kau nie?” Quwin menyoal.


“Hish! Jangan melawan cakap sifu. Nak baik dengan laki kau tak?” Tu ja la modal Lila ugut Quwin.


“Nak… apa plan E?” lemah ja dia balas. Rafie punya pasal Lila yang mereng tu pun dia sanggup ikut.


“Bagus. Kau buat surprise untuk dia dekat office.”


“Gila! Tak nak aku malu tau tak.”


“Quwinnnn… nak baik dengan…” belum sempat Lila cakap Quwin dah potong.


“Ye-ye aku tau… aku nak baik dengan laki aku. Fine, aku buat.”


Quwin mengeluh perlahan. Dia mengumpul semua keberanian yang ada. Langkah kaki di atur yakin menuju office Rafie. Setelah menanya penyambut tetamu di mana bilik Rafie Quwin bergerak ke sana. Sebaik tiba di hadapan bilik Rafie. Quwin membaca bismillah tombol pintu di buka dan…


Surprise abang!” Muka ceria Quwin berubah.


Terdiam Quwin bila melihat Rafie dengan seorang perempuan kat dalam bilik tu. Yang menambah sakit hati Quwin. Rafie sedang meriba perempuan tu!


Air mata Quwin tumpah. Tak sangka Rafie sanggup buat macam nie.


“Quwin, saya… err, abang dengan Maisa tak da apa-apa hubungan. Bukan macam yang Quwin nampak.” Rafie cuba menjelaskan. Dilihatnya Quwin berjalan ke arahnya dan Maisa perlahan. Quwin merenung Rafie. Kemudian Maisa bersilih ganti sebelum…


“Pekkkk!” ditekapnya kek ke muka Maisa dan Rafie. Terkejut hamba ALLAH yang berdua tu.


My face!” Maisa menjerit.


“Padan muka kau perempuan murah.” Quwin membalas. Kemudian dia terus berlari meninggalkan Rafie.


“Huh, kau nak sangat buat surprise kat Rafie tu. Last-last kau yang dapat ‘surprise’ Quwin. Padan muka kau. Ada laki tak tau nak jaga.” Quwin menangis semahu-mahunya dalam kereta. Air matanya laju sahaja turun. Tiba-tiba dia teringat perbualannya dengan Lila. Ayat tu bergema-gema di telinganya.


“Aku dah cakap… laki aku pun akan tunduk dekat aku.” Quwin tersenyum bangga.


“Berlagak! Ujub. Takbur. Kufur nikmat. Tuhan tarik balik nikmat laki mithali macam Rafie tu baru kau tau.” Lila membidas.


Quwin menangis lagi kuat bila terfikir kata-katanya. Dia menyesal! Menyesal yang sangat-sangat. Tapi dah terlambat. Hati Rafie dah tertutup dia dah ada perempuan lain.


“Berlagak! Ujub. Takbur. Kufur nikmat. Tuhan tarik balik nikmat laki mithali macam Rafie tu baru kau tau.”


Ayat Lila berulang-ulang. Masa nie lah baru Quwin mula sedar akan perbuatan dia. Di layar minda dia mula terbayang segala kesalahannya kepada Rafie. Betapa dia selalu buat Rafie makan hati dengan sifat Queen Control dan degilnya tu.


“Abang… Wina mintak ampun…” sedunya kembali bergema.


--------------------------------------------------------


Berminggu lamanya Quwin menyembunyikan dirinya dari Rafie. Dia tak pulang ke rumah mereka mahupun ke rumah abahnya.

“Sampai bila kau nak menyembunyi diri Quwin? Kesian Rafie… dia cari kau macam nak gila… kau balik lah. Tak baik buat macam nie dekat laki…” buat pertama kalinya Lila dapat menghubungi Quwin pagi tu setelah sekian lama sahabatnya menyembunyikan diri sebab kecewa.

“Buat apa dia cari aku… dia kan dah ada perempuan lain.”

“Quwin… cuba kau bersemuka dengan dia. Bincang elok-elok. Tanya sapa perempuan tu. Aku rasa semua nie salah faham ja. Balik ya Quwin?” Lila masih cuba memujuk Quwin.

“Aku tak nak balik… aku malu dengan Rafie. Aku dah banyak buat salah dengan dia.” Nada suara Quwin dah berubah.

Lila mengeluh perlahan. Parah betul kali nie… “Quwin… cuba kau cakap dekat aku, kau ada kat mana sekarang? aku jumpa kau…” Lila mencuba nasib.

“Tak… aku tak nak bagitau. Aku nak sendirian.” Terus talian diputuskan.



Bersambung...


P/s : Agak-agak apa ya nanti yang akan jadi dekat Quwin dengan Rafie??? hehe ;)


8 comments:

  1. cik writer cpt2 la smbung cerpen ni.
    x sbr duk tunggu ni.

    ReplyDelete
  2. siti : baik! seruan anda di sahut... hehe nanti saya update. ;)

    ReplyDelete
  3. bak kata omputih what goes around comes around (ntah btol x ni, ke terbalik)he..

    ReplyDelete